Tuesday, September 08, 2015

Novel ~ Aku Di Pinang Duda

Assalamualaikum..




Firman seorang ayah yang bertanggungjawab membesarkan anak² 3 orang sendiri setelah ditinggalkan isteri selama 5 tahun..tapi miang laa plak ahakss.. Jatuh cinta ngan Rania walaupun pada mulanya nak pinang si adik tapi last2 gi pinang Rania si kakaknya.. Rania walaupun garang dan kasar tapi seorang yang berhati lembut.. Pandai ambik hati anak² tirinya.. sampai tak suka kan ibu kandung mereka.. sebab ibu kandung tidak mengambil berat.. Korang baca laa.. mmg best.



Kredit ~ Aku Beri 5 Bintang



Sinopsis ~

Lelaki bernama Firman Ahmed itu memanglah tidak digemari oleh Nurul Rania. Dalam pertemuan awal lelaki itu sudah mengakui dirinya duda yang memerlukan teman. Pertemuan seterus-seterusnya, ada sahaja gelagat lelaki itu yang membuatkan darahnya naik. Lelaki gatal! Rania memang alergi lelaki persis itu. Apatah lagi dengan title duda yang digalas Firman, pasti sahaja telahan itu dirasakan benar. Apa yang membuatkan dia benci dengan lelaki itu?

“You ada urusan apa kat sini?”
“Dah nama pun hospital. Buat apa lagi?”
“Oh, setahu I, banyak tujuan manusia datang ke hospital ni, Cik Rania. Kalau untuk wanita.. mungkin memeriksa kandungan. Atau kesuburan. You yang mana satu?”


Dah berkawan dengan adiknya, boleh pula meminang dirinya. Memang nak kena pelangkung si duda itu! Namun kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana perginya.

Perkahwinan mereka bermula normal seperti manusia lain. Ada manis ada duka. Adatlah manusia perlukan masa untuk serasi dengan pasangan hidup mereka. Kehadiran anak-anak tiri, Irsyad, Iqbal dan Ferhad mengubah persespsi Rania kepada perkahwinan.


“Sekarang ni Irsyad pergi naik atas cakap pada daddy, daddy pun jangan jadi pemalas! Jangan banyak cakap! Tahu nak membongkang aja. Pergi cepat bagitahu daddy!”
“Daddy kata daddy penat drive. Mummy tadi duduk aja dalam kereta membesarkan punggung kat sebelah daddy.”


Namun bahagia mereka mula diuji. Hanez, bekas isteri Firman tiba-tiba menyampaikan hajat mahu mengambil alih jagaan ke atas anak-anak kandungnya. Hatinya tidak mampu menolak rasa cemburu melihat anak-anaknya lebih menyayangi ibu tiri berbanding dia. Semudah apa rintangan hidup mereka? Apa mahunya orang ketiga itu sebenarnya



1 comment:

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss