Friday, December 04, 2015

Novel ~ Encik Suamiku Hipster

Assalamualaikum..



Novel yang menarik.. jalan ceritanyaa.. dan tak banyak sangat konflik.. 
dan juga tak la berat.. so boleh laa layannss..


Kredit ~ Aku Beri 4.9/5 Bintang

Sinopsis ~

Hania telah melanggar tradisi keluarganya. Mengikut tradisi keluarganya, setiap keturunan ibunya perlu berkahwin sebelum atau selewat-lewatnya pada usia 23 tahun. Namun, kala usianya sudah mencecah 25 tahun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami.

“Aku dah tak ada pilihan. Mak aku tu duk membebel aje setiap hari sebab aku dah langgar tradisi keluarga dia. Umur aku tahun ni dah dua puluh lima tahun, tau? Boyfriend banyak kali ada, tapi seorang pun tak pernah nak menjadi. Sebab itulah aku pasrah ikut cadangan mak aku tu.”~ Hania


Disebabkan terlalu tertekan kerana emaknya hampir setiap hari mendesak dia supaya berkahwin, dia pasrah menyerahkan hal jodoh kepada emaknya. Dia hanya boleh melihat bakal tunangnya itu selepas dia sah bertunang! Itu syarat yang emaknya telah tetapkan. Dua minggu selepas dia bertunang barulah encik tunang menghubunginya untuk berjumpa dalam keterpaksaan.


“Helo cik tunang, awak ingat awak tu artis popular? Awak ingat awak tu Dato Siti Nurhaliza? Siap nak ada pihak TV berebut-rebut jadi penyiar tunggal ala-ala eksklusif majlis wedding kita? Awak ni memang kuat berangan, ek?” - Saffarin


Alangkah terkejutnya Hania apabila melihat bakal suaminya ialah lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini dalam satu insiden pelanggaran yang tidak diduga. Siapa sangka, lelaki yang dia anggap ‘sesuatu’ itu ialah tunangnya! Haru-biru hidupnya. Selain itu, gaya pakaian bakal suaminya yang digelar fesyen hipster itu cukup dia tidak berkenan. Sebiji macam alien di matanya!


“Tapi, abang aku tu kaya tau? Kondo ni aje dekat dua juta harganya, dia boleh beli dengan selamba.


Kereta Volkswagen Beetle dia tu pun mahal. Semua dia beli dengan duit hasil jual baju-baju dia tu.


Sebelum kau kena cerai dengan dia, kau kikislah harta dia dulu.” - Hakem


Bisakah Hania menerima encik suami hipster sebagai teman sehidup sematinya.





0 Pengomen Terdiva:

Post a Comment

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss