Thursday, December 31, 2015

Novel ~ Suamiku Ketua Gengster

Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2015.  Esok kita akan 
menyambut tahun baru 2016. Moga tahun baru akan datang ini 
akan lebih bermakna dan hidup akan lebih bahagia dan juga 
dilimpahi dengan rezeki serta diberi kesihatan yang lebih baik. Insyallah.
Aaaaammmiinnn..



Tengku Ishaan ketua gengster tapi yg jenis baik laa.. suka dan cinta giler ngan cikgu tuisyenya Sarah.. Sanggup caras Sarah dari tunangnya.. mcam2 cara dia buat utk dptkan buahatinya tu.. TI nie mmg romantik walaupun gengsternya tu menyerlah..

Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

Tengku Ishaan Danish. Orangnya berkarisma, berpenampilan segak dan menjadi rebutan ramai wanita. Dengan jawatan CEO Seri Jaya Holding Berhad yang disandangnya, sesiapa saja menanti peluang untuk mendekati. Namun siapa duga, di sebalik semua itu, dia adalah seorang ketua gengster!

“Kau jangan fikir aku akan berhenti di sini saja Sarah. Selagi kau tak jadi milik aku, selagi itulah aku akan terus kejar kau sampai akhirnya, kau sendiri yang datang menyerah pada aku. Itu janji aku.” ~ Tengku Ishaan Danish

Nurul Salah Sulaiman. Dia hanyalah seorang gadis biasa. Tiada impian lantaran hidup sendiri lebih banyak diatur orang sejak dulu. Caranya kekampungan, rupanya pun tidak seindah mana, tetapi mengapa dia juga yang dikejar Tengku Ishaan Danish sedari dulu? Apa istimewanya dia di mata lelaki itu hingga Tengku Ishaan Danish sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan cintanya?

“Tengku buat apa ni, hah? Suka hati saja nak babitkan saya dalam masalah Tengku dengan awek Tengku. Tengku jangan fikir Tengku tu orang kaya, Tengku boleh cakap apa saja yang Tengku suka tanpa fikir perasaan orang lain!”~ Sarah

Dellina Datuk Mokhtar. Lapan tahun dia menunggu Tengku Ishaan Danish. Mampukah dia menerima hakikat apabila Tengku Ishaan Danish memilih Nurul Sarah sebagai isteri dan bukan dirinya? Rahsia apakah yang wujud antara Dellina dan Tengku Ishaan Danish hingga Dellina sukar melepaskan lelaki itu pergi begitu saja? Manakala Dahlan, bekas tunang Sarah, mampukah melihat Sarah hidup bahagia di samping Tengku Ishaan Danish setelah Sarah menjatuhkan maruah dia sekeluarga?


1 comment:

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss