Thursday, December 10, 2015

Novel ~ Tulip Merah Untuk Dia

Assalamualaikum..




Tamat sudah novel ini ku baca.  Novel ini mengandungi 
1303 muka surat..paling tebal
yang pernah aku baca.. tapi ku gagahi jugak sebab best.. 
dan tak rugi membelinyaa..
Aku beli masa PB1M dan kebetulan plak tinggal 1
 buah aje yang ada kat rak tuh.. so apa lagi
terus aje laa grab.. sebab ofismate aku pun rekemen jugak novel
 nie..dan memang berbaloi-baloi..

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

KATA QASEH… Zafril tu... macam angin. Kejap O.K dan kejap K.O. Bila datang mood tsunami. Main bedal aje. Bukan reti nak jaga hati dan perasaan orang lain. Cakap ikut sedap mulut dia aje mengalahkan Mak Enon hilang gigi palsu! Kalau hilang semua lelaki kat dunia ni, jangan haraplah dia nak pilih Zafril!

“Cik kak oiii! Lain kali... bila berjalan pandang depan. Jangan pandang bawah! Jangan kelam-kabut! Jalan pakai mata, jangan pakai kepala lutut! Kan dah terlanggar. Nasib baik tak jatuh lagi. Kalau tak... mahu bengkak dahi tu pula. Luka yang ada pun belum sembuh betul-betul... nak tambah luka lagi? Tak serik ke?” ~ ZAFRIL AMSYAR

KATA ZAFRIL… Qaseh tu... nampak aje muka nerd, sopan dan lembut! Tapi bila dapat menjawab dan melaser orang... Hesy! Boleh tahan berapi. Hilang semua ayu. Panas aje telinga ni. Terbakar hati. Rasa nak tenyeh aje mulut yang comel tu dengan kapur barus. Jangan haraplah budak kampung yang tak lulus SPM tu menjadi pilihan hati! Memang taklah.

“Encik Zafril mana tahu saya ikhlas ke tidak? Kalau saya tak ikhlas, saya iron aje semua kemeja Encik Zafril tu sampai terbakar. Biar berlubang. Itu baru betul-betul tahu saya ikhlas atau tidak, kan?” ~ QASEH CHINTA SARI

TAPI…

Siapa mereka untuk melawan takdir Tuhan?


Dalam ikatan ‘paksa-rela' mereka bersatu.


Mampukah cinta antara gadis kampung tidak lulus SPM ini berputik dengan si bakal CEO?


Mampukah mereka mengecapi bahagia atas kedukaan dan kehilangan insan tersayang?


Siapakah dalang sebalik ‘tragedi' yang berlaku?


Siapa pula Amriza, Fatihah, Naufal dan Achap dalam hubungan mereka?


Berjayakah mereka si amatur cinta?





2 comments:

  1. Semput jg kalu sy bc ni da lama xlyn novel yg hmpr 1000++ ms ni ;)

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss