Thursday, January 29, 2015

Novel ~ Kupikat Jandaku

Assalamualaikum..





Kredit ~ Aku beri 4.8/5 bintang

Sinipsis ~

Tiga tahun berlalu, Izyan yang polos sudah menjadi Izyan yang berbeza. Cuma satu yang masih sama, dia kekal sebagai janda. Menyandang gelaran itu tanpa dia tahu apa salah dan silapnya.

Raif yang ego muncul kembali dengan versi yang berbeza. Cuma yang masih sama, dia tetap mahukan Izyan kembali sebagai isterinya. Melepaskan Izyan dulu adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dia lakukan.

“Aku nak mengurat kau. Nak pikat janda aku ni balik. Boleh kan?” – Raif Sufyan 
“Saya dah serik dengan awak.” – Izyan

Memang Izyan serik. Dulu dia bodoh. Kerana cinta yang buta, dia terima lamaran Raif walau baru seminggu perkenalan mereka. Kerana cinta, dia terima apa saja perlakuan Raif walau dilukai berkali-kali.
Tapi hari ini, dia sudah jadi Izyan yang baru. Izyan yang tidak mudah diperkotak katikkan sesuka hati. Apatah lagi, dia sudah punya seseorang yang lebih baik dari Raif.

“Saya suka awak, Yan. Sangat-sangat suka. Awak tahu, kan?” – Zahin

Tapi masalahnya, kenapa rasa hatinya terhadap Zahin tidak sama seperti apa yang dia rasa saat bertemu Raif? Adakah cintanya pada Raif masih bersisa?
Siapakah yang akan dipilih Izyan? Si duda yang sering buat jantung dia tidak tentu hala rasa atau si teruna yang sayangkan dia separuh mati?



Wednesday, January 28, 2015

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

Sebelum hantar balik asrama.. Mesti dia request nak makan dulu.. biasa laa..
kalau makan kat asrama mana ada sedapnya kan.. So layankan aje laa















Tuesday, January 27, 2015

Novel ~ Bukan Dua Tapi Tiga?

Assalamualaikum



Cerita yang tak berapa berat.. tapi best laa sebab iye citer tentang
kembar 3 orang seiras plak tuh.. Perangai 3 orang kembar yang
bermacam karakter.. Kalau uols nak tau kena laa baca.. okey..


Kredit ~ Aku beri 4.8/5 bintang

Sinopsis ~

Setelah 26 tahun membawa diri ke kota London, Munirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya Aleya, Alisa dan Alina untuk berjumpa dengan suaminya, Dato Syed Mohd Kadir yang sebelum ini tidak mengetahui akan kelahiran tiga puteri kembarnya selepas dia menghalau keluar Munirah dari rumahnya.

“For what? Kenapa kita nak jumpa dia? Kewujudan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all this time, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” – NUR ALEYA.

“Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun kita tinggal di London, ada tak dia cari ibu? Ada tak? Tak! Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” – NUR ALISA.

“Dia tu abah kita! Walau apapun kesalahan abah, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita.” –NUR ALINA.

Akhirnya hanya Alina pulang bersama Munirah untuk berjumpa dengan Dato Syed Mohd Kadir. Kewujudan Alina diterima baik oleh Dato Syed Mohd Kadir yang menyangka Alina ialah anak tunggalnya. Namun, kehadiran mereka berdua tidak disenangi oleh isteri kedua Dato Syed Mohd Kadir, Kartika kerana bimbang kedudukannya tergugat. Yang pasti, harta dan syarikat milik Dato Syed Mohd Kadir akan diwarisi oleh Alina kerana Alina satu-satunya zuriat kandungnya yang ada.

Keadaan bertambah rumit selepas permintaan Munirah untuk bercerai tidak dipersetujui oleh Dato Syed Mohd Kadir yang ingin memulakan kisah hidupnya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama wanita yang dahulunya dibenci dan kini dicintainya sepenuh jiwa.

Kerana terlalu bimbang keselamatan Munirah dan Alina, Aleya dan Alisa menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Malaysia. Laut yang tenang pasti akan bergelora dengan kehadiran Aleya dan Alisa. Ada saja cara mereka berdua lakukan agar Munirah dan Dato Syed Mohd Kadir tidak bersatu semula. Kehadiran Tengku Iskandar, Dr. Nazri dan Zahari kononnya seperti The Three Musketeers yang sentiasa berada di samping Dato Syed Mohd Kadir seringkali menggagalkan rancangan Aleya dan Alisa.

Lalu dapatkah Dato Syed Mohd Kadir mengetahui kewujudan dua lagi anaknya? Berjayakah Aleya dan Alisa memisahkan ibu bapa mereka? Mampukah Dato Syed Mohd Kadir memiliki semula cinta wanita yang pernah disakiti dan dilukai selepas 26 tahun?


Friday, January 23, 2015

Makan² di PappaRich laa pulak..

Assalamualaikum..

Rabu, 21 Januari 2015

Mentang² laa baru dapat bonus dan nak masuk gaji.. weols nie makan besar lagi..ahaks.. Weols ke Nexus Bangsar South.  1st time ke sini.. saja nak usha² tempat nie.  Dah tengahari kan.. so cari tempat makan laa.. Weols terjah PappaRich. Nie pun kiranya 1st time gak laa makan² kat sini.  Jom layan apa yang weols makan ekk..  Sedap jugak laa makanan kat PappaRich nie..







 
Coffee Ais - Wanie punya


BG Cafe Latte - Ann punya.. 


Soya Milk Pudding - Shaza punya.. 


Layer Tea Latte - aku punya.. sedap..menepati citarasa 


Curry Laksa.. - aku punya ler


Dry Curry Mee - Wanie


KuayTeow Beef  - Shaza


Pappa Chicken - Ann 


Alhamdullillah kenyang perut.. suka hati.. :)

Thursday, January 22, 2015

Novel ~ Suamiku Paling Sweet

Assalamualaikum..





Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang..

Sinopsis ~

“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS


Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” – IZZ
“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA
“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ


Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.


Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya.


Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

Wednesday, January 21, 2015

Lunch Di Khadijahs' Kitchen

Assalamualaikum..

Tengahari Jumaat lepas weols lunch di Khadijah's Kitchen..



Membelek menu..tengok apa yang sedap 


Gambar² yang tergantung di dalam restoren 

Suasana restoren.. tak ramai sangat orang.. 



Ini set menu yang aku oder.. Laksa Nyoya, Kuih Kasui, 
Cucur Bawang dan Teh O Es Limau  (RM17.00)

Wanie oder Laksa Penang, (RM10.80) & 
Shaza oder Asam Pedas (RM10.80) dan Sup Sayur..(RM10.80)


Tuesday, January 20, 2015

Novel ~ Kerana Aku Untukmu

Assalamualaikum...



Kredit ~ Aku beri 4.9/5 bintang

Sinopsis ~


DARRIZ IMDAD... kepulangannya ke tanah air menemukannya dengan seorang wanita anggun, jelita dan cukup mempesona. Hati disentuh perasaan indah yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Perasaan indah bila jatuh cinta… buat kali pertama!


“Fakhry tu siapa Zenia? Abang you?” ~ Darriz Imdad
“No, Fakhry tu suami I.” ~ Zenia



Jiwa terhenyak pedih dengan sebuah kenyataan. Memang tidak ada manusia yang berdosa kerana jatuh cinta, tapi jatuh cinta kepada isteri orang, sudah tentu salah! Lalu perasaan cinta diusir walaupun terlalu sukar mahu menghapus bayangan Zenia daripada hidupnya. Tambahan pula kehadiran Aiman ibarat ‘tali’ yang terus mengikat mereka berdua.



ZENIA... Dua tahun perkahwinan tanpa cinta bersama Fakhry, benar-benar telah mendera jiwa Zenia. Zenia jelak dengan perangai kaki pukul dan sikap suka berfoya-foya Fakhry sehingga sanggup berzina di rumah sendiri. Akhirnya ikatan itu terlerai jua. Namun kehidupan Zenia masih tidak aman kerana Fakhry masih terus mengganggu.



Kehadiran Darriz Imdad yang lebih berani merapati membuatkan dia berasa selamat dan dilindungi. Perasaan cinta mula berbenih, hingga akhirnya mereka disatukan biarpun mendapat tentangan hebat daripada ibu Darriz Imdad sendiri. Namun ribut taufan menjengah kebahagiaan mereka. Semuanya gara-gara Fakhry. Sikap obsesi Fakhry terhadap Zenia akhirnya membawa kepada konflik yang tidak disangka-sangka. Banyak hati yang terluka!



“Have some pride Fakhry, begging someone to like you is so pathetic!” ~ Zenia



“Aku takkan mengalah, aku tetap takkan lepaskan kau macam tu aje. Kau tetap hak aku dan aku akan paksa kau untuk terima aku semula!” ~ Fakhry



Jadi di mana pengakhiran kisah cinta tiga segi ini? Darriz Imdad atau Fakhry yang berjaya memiliki seluruh diri Zenia? Dan mampukah bahagia muncul kembali setelah ada noda hitam yang terpalit?


Monday, January 19, 2015

Novel ~ Misi Cinta Mr. Bad Guy

Assalamualaikum..




Ini adalah novel kedua dari penulis rupanya novel pertama plak kisah
ayah si Ahqaf.. aku kena cari laa nie.. bagi aku novel nie best
so pada uols yang suka novel.. tak rugi membelinya..

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang..

Kalau Anggerik tahu lelaki itu anak The Legend Rizky Dhan, sumpah dia tak akan berani dekat. Tapi semuanya berubah apabila dia dipaksa menjadi pembantu peribadi lelaki itu. Perangai malas Ahqaf masih boleh terima lagi. Tapi perangai gatal miang buluh tu memang dia tak boleh terima. Kalau betul dia ada kuasa, memang dia dah sumpah Ahqaf menjadi Hello Kitty Pink! Lalu, dia nekad berhenti kerja. 


Namun, permainan Ahqaf belum tamat. Anggerik hanya miliknya. Itulah kata dua yang diberikan kepada papanya. Daripada pembantu peribadi tiba-tiba sahaja bertukar status kepada isteri. Dia segera memainkan peranan. Memaksa keluarganya berjumpa ibu dan ayah Aneggerik.

"Saya nak kahwin dengan Anggerik cepat. Saya lelaki sejati. Memang pantang kalau duduk berdua dengan perempuan cantik ni. Nanti takut tak sempat tekan brek." ~ Ahqaf

"Tka sempat tekan brek, menjunam la kamu ke neraka." ~ Ayah Anggerik.

Jadi isteri kepada lelaki yang digelar Mr. Bad Guy itu tersangatlah mencabar. Dia rambut hitam berkilat, tapi si suami tase ala-ala Marilyn Monroe. Tak boleh nak menggedik dan mengeletis.

"Saya ni isteri. Bukannya bantal peluk." ~Anggerik

"Dan saya ni pulak suami. Jadi, meh aku nak peluk kau. Jangan nak marah-marah. Nanti esok bangun muka macam cendawan kering." ~ Ahqaf


Memang jadi masalah besar gila bila dah jatuh cinta pada isteri sendiri. Macam mana nak jadi penggoda? Dapat pula isteri yang kaki gaduh juga. Lagilah bertambah payah misi untuk dia menggoda isteri sendiri. Anggerik kata Ahqaf harus menjadi model Calvin Klein untuk memikat dirinya yang seperti model Victoria Secret. Berjayakah misi Anggerik dan Ahqaf untuk memikat hati pasangan masing-masing? Adakah mereka dapat memiliki cinta yang luar biasa? Inilah Misi Cinta Mr Bad Guy

Wednesday, January 14, 2015

Sambutan Hari Jadi Umar, Ahmad, Anis dan CD

Assalamualaikum..

Sabtu, 10 Januari 2015

Weols sekeluarga ke Keramat kerana dapat jemputan dari Angah.  Dia buat makan² dan sambut harijadi anak²nya.  Weols sampai dalam pukul 3 petang dan majlis baru je nak bermula. 

Jom layan gambar je laaa yer..

Blueberry Cheese Kek 


Karot Kek 


Oreo Cheese Kek 


 Sham pun bz membantu.. potong ayam panggang untuk Nasi Ayam


Lagsana tuh pun Angah buat sendiri.. sedapp dan nyummy.. 


Kek-kek yang Angah buat sendiri.. 


Birthday boys and girl seronok memotong kek  

Selain dari weols, sedara dan adik beradik CD datang memeriahkan majlis.. 


Kek nie dikeluarkan sebelum weols balik.. 
Kek ke empat yang Angah buat..rajin betul 

Happy Belated Besday buat Fatin Anis.. dia sambut sekali birthday 
Dok tayang handbag yang makngah dia hadiahkan..

Balik dari Keramat, anak ngadu lapor.. singgah kedai teman dia makan..


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss