Friday, February 27, 2015

Makan Pecal Kat Ofis

Assalamualaikum..

26 Februari 2015

Wanie ofismate aku rajin plak nak buat pecal.. dia bawa sayur² dari rumah
  Weols tolong laa dia potong² potong sayur² tuh dan kemudian celur..
Shaza juga ada bawa kacang cuma letak air jerk..
Dah siap boleh laa makan beramai²..

Pagi² dah layan PECAL







Thursday, February 26, 2015

Layan A&W Laa Plak...

Assalamualaikum..

Singgah kat Petronas dekat Bt 3 Shah Alam.. untuk solat sebelum hantar anak
aku balik asrama.. dekat situ plak ada A & W.. jadi nampak sedap laa plak
sebab dah lama tak layan.. so apa lagi.. masuk dan order laa..

Faveret kalau A & W nie semestinya Rootbeer Float laa.. 
layaaannssss








Wednesday, February 25, 2015

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

Oder nie utk meeting semalam.. 

Friday, February 20, 2015

Novel ~ Dicintai Atau Mencintai

Assalamualaikum..



Aku dah beli novel nie dah lama.. kat atas rak.. baru nak baca..
rupanya best jugak novel nie

Kisah 2 beradik berebutkan seorang perempuan.. tapi abang yang dapat walaupun
banyak dugaan yang dialami oleh mereka untuk mendapat happy ending..

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis ~

Kata orang, cinta itu manis macam madu tapi baginya cinta itu lebih manis daripada itu… Kata orang, terluka itu pahit tapi baginya terluka itu perit…

Sengal, mental dan gila. Itu gelaran untuk lelaki yang bernama Mohd Zariq Asyraf. Bagi Qyra, pertemuan dengan lelaki itu sangat menjengkelkan dan menyampahnya kepada lelaki itu tidak terluah dengan kata. Perasaan itu semakin menjadi-jadi apabila mereka mula bekerjasama.


“I cakap dengan you tadi you tak dengar ke?” – ZARIQ

“You cakap dengan I ke?” – QYRA

“Ada orang lain lagi ke dalam kereta ni?” – ZARIQ

“Your driver tu bukan orang ke?” – QYRA

Bagi Zariq, gadis yang bernama Qyrana Najwa itu pula seorang yang perasan bagus. Perangai tak semenggah dengan rupa. Mulut pula ya ampun, bukan main berbisa apabila berbicara. Satu yang disoal tapi sepuluh yang dijawabnya. Kalau disuruh memilih, gadis seperti itu memang tidak akan tersenarai langsung sebagai calon pilihan. Titik!

Namun perancangan Allah, tiada siapa yang dapat menduga. Akhirnya dalam asyik bergaduh, rupa-rupanya ada sayang dalam hati masing-masing…

“Love you like crazy.” - ZARIQ

“Tak apa. You gilalah sorang-sorang, nanti I cari boy-friend lain.” – QYRA
 

Thursday, February 19, 2015

Novel ~ Cinta Si Gadis Dobi

Assalamualaikum..



Aku memang suka ngan hasil tulisan Syeena Hamdan nie.. memang best..


Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang..

Sinopsis ~

ARDINI SYAZA, gadis periang dan manja. Suka buat kesimpulan tanpa bertanya. Dunia hari-harinya hanyalah Armada dan Kedai Dobi Mesra. Hinggalah suatu hari, dia bertemu dengan seorang jejaka yang membuat hidupnya huru-hara. 

"Nama?" soal Dini. 
"Ajad." 
"Huh? Abjad? Dalam banyak-banyak nama, Abjad nama kau." Dini ketawa terbahak-bahak. Tak selindung langsung. 
"Ajad. A-J-A-D. Nasib aje kau ni cun tau," tempelak si pemilik kasut biru. Geram. 
"Telefon?" Dini tahan sabar. 
"012-7771717. Keep in mind. Manalah tahu kau rindu kat aku." Si pemilik kasut biru kenyit mata. 

AJAD SAFIY, baru pulang dari luar negara setelah bosan merantau. Auranya kuat. Suka mengusik dan mudah mesra tapi belum bersedia untuk terikat dengan mana-mana perempuan sehinggalah bertemu Ardini Syaza. 

“Ardini Syaza. She’s our great accountant, Ajad,” beritahu Dato’ Salleh. 
“What?!” Ajad rasa macam nak terjun bangunan lima belas tingkat itu. 
Gadis dobi tu akauntan? Aduhhh… mana nak letak muka ni. Dahlah dia mengutuk Dini kaw-kaw. 

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal mulalah suka. Ardini tak mahu, tapi Ajad tetap nak juga. Tatkala Ardini dah boleh terima, Ajad pula tunjuk perangai dia. Bermulut manis dengan semua wanita buat Ardini curiga.

Tapi, Ajad kata.. hati dia hanya untuk Ardini. Cuma Ardini yang suka buat kesimpulan sendiri. Jadinya, nak salahkan siapa?


Wednesday, February 18, 2015

Happy Birthday To You... My Dear Hubby

Assalamualaikum..



Hari ini 18 Februari adalah hari lahir buat hubby ku yang tersayang.

Happy Birthday To You,.........
Happy Birthday To You..........
Happy...... Birthday....... To You...........
Happy Birthday To.... You.....

Selamat Hari Jadi Abang..... 
Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
sihat sejahtera dan sentiasa diberkati oleh Allah hendaknya..
Aaaaammmmmiiiiinnnnn...

Terima kasih kerana menjadi suami dan ayah yang terbaik..


p/s ~ Selamat Bercuti uolss...

Tuesday, February 17, 2015

Novel ~ BOS Senget PA Sengal

Assalamualaikum..




Apa yang boleh aku katakan.. aku suka dengan gaya penulis ini.. sempoi jerk.. Kesengalan Deeba dan kesengetan Taufiq yang membuatkan citer nie menarik dan nak terus membaca. Part yang sedih tuh mmg menitis jugak laa ayor mata aku nie.. Banyak cara Taufiq meluahkan perasaannya tapi yang paling aku suka masa Taufiq meluahkan perasaannya di dalam radio.. dalam bahasa Tagalog..plak tuh.. pas tuh disuruhnya Deeba gi google untuk dptkan translation..ahakss.. Mmg sweet. Deeba nie plak bila berdepan dengan Taufiq asik laa kalut sampai ada masa tuh terlanggar cermin pintu laa.. macam2 lagik.. Deeba plak tak sangka yang Taufiq bekas komando yang garang nie ada plak nilai sweet muit gitu.. 

Walauapapun.. thumbs up untuk penulis..

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

FARAH ADEEBA, anak sulung berjiwa muda yang cepat melatah dan degil. Segala keputusan adalah mengikut kepala sengalnya. Meninggalkan bakal tunang dan menggondol kepala ikut suka hati. Namun gigih bekerja dan menyambung pelajaran sambil bekerja demi amanat arwah papanya.
Pertemuan dengan Taufiq Badlishah, sebagai bosnya buat hidup Adeeba haru-biru. Adeeba yang suka menjawab sengal buat Taufiq geram. Taufiq tekad menolak Adeeba walaupun disua oleh Dato’ Noraini sebagai PA nya.

NAMUN, strategi Taufiq berubah apabila mata Adeeba serupa dengan mata yang dicari…

“Deeba, daripada kau keluarkan dalam surat khabar, baik kau keluarkan memo letak kat noticeboard kita tu. Pasti kau akan terima berpuluh borang permohonan.” Gelak Hasnah lucu. Tak pernah terfikir langsung di fikirannya yang Taufiq akan mengambil tindakan seperti itu. Mana pergi ketegasan sikapnya?


“Saya tak beranilah, Has. Nak letak kat surat khabar pun tak berani. Nak letak kat notice board pun tak berani. Mahunya saya ditembak oleh Dato’ dengan Tan Sri nanti. Sesengal-sengal saya pun, saya masih waras dalam bab yang tak senonoh macam ni. Kau rasalah Has, kenapa tiba-tiba bos buat macam tu ya?” soal Adeeba mencari jawapan.
“Bagaimana bos beri arahan ni pada kau, Deeba?”


Adeeba membuka telefon pintarnya semula.

-Dinner with me tonight. Or else advertise my picture in newspaper. Lonely GM needs company-

“Gila sengal bos kau tu Deeba.” Gelak Hasnah terburai.
“Habis kau balas apa Deeba?” Adeeba tak menjawab, sebaliknya disentuh tetingkap mesej di telefon pintar lalu dihulurkan pada Mastura pula.

-Bos nak saiz A5 ke, A4 ke atau full pages? Nak berapa hari. Seminggu sekali atau setiap hari selama seminggu? Saya tunggu reply bos untuk dapatkan quotation yang terbaik-

SAMPAI bila mereka begini? Dan apa akan terjadi apabila Adeeba juga diintai lelaki lain dan diteropong juga oleh seseorang yang mahu musnahkan hidupnya…
 


Friday, February 13, 2015

Makan² Dengan Keluarga..

Assalamualaikum..

Hujung minggu lepas bawa anak gi makan² layankan aje laa gambar yang ada nie yer..

Mee Bandung.. anak yang request..

Susah betul nak ambik gambar si bujang nie.. tu pun curik² 

Tengok laa..gayanya kalau diambik gambar...ada je aksinyaa.. 





Mee kari aku punya.. 

Layankan makan Pizza laa plak..








 Balik tuh singgah solat..di Masjid Shah Alam.. aku 1st time solat kat sini.. Alhamdullillah..


Thursday, February 12, 2015

Badan Masih Lagi Kurang Sihat

Assalamualaikum..

Semalam aku MC.. batuk yang teruk dan demam 
dengan tahap kepanasan 38 DC.
Hari nie masuk ofis.. masih lagi batuk.. 



Novel ~ Episod Cinta Harlys

Assalamualaikum..



Kredit ~ Aku beri 4.8/5 bintang

Sinopsis ~

Kerana satu peristiwa hitam, Harith dan Arlyssa disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan. Namun, ikatan itu hanya sekadar di atas kertas, Enam tahun mereka berpisah kerana ego masing-masing. Pertemuan yang diatur oleh Puan Ainidan Syed Yusri memaksa Arlyssa kembali bersama Harith dengan status ISTERI.

“Bilik ni ke bilik kita?”
“Apa dia? Bilik kita? Sejak bila pulak ada istilah ‘bilik kita’?!”
“Err.. kalau bukan bilik kita, bilik siapa?”
“Ni bilik saya! Kalau awak nak tidur, awak boleh tidur saja di mana-mana pun tapi bukan di bilik ni dan bukan di bilik-bilik yang lain sebab bilik-bilik tu semua dah ada orang punya!”

Pergaduhan sudah seperti makanan ruji buat Harith dalam hidup bersama Arlyssa. Tapi Harith tersangat sabar. Dan sekeras kerak nasi, akhirnya lembut juga jika direndam dengan air. Begitulah juga dengan hati Arlyssa. Semakin hari rasa sayang dan cinta semakin berkembang mekar di dalam hati. Tambah manis apabila cinta yang dihulur berbalas kembali. Terasa dunia milik mereka.

Perhubungan yang semakin menemui titik kebahagian tiba-tiba dilanda badai. Perkahwinan yang menjadi rahsia dalam keluarga Harith akhirnya terbongkar. Penolakkan dari Puan Hasnah memberi tamparan besar kepada Harith. Dia berbelah bahagi. Di kanan isteri, di kiri pula ibu kandung.

Masalah yang sedia ada semakin bertimpa dengan kewujudan Najwan dan Humaira yang mempunyai misi untuk menghancurkan rumah tangga pasangan ini. Siapa Najwan? Siapa pula Humaira? Dan adakah bahagia akan selamanya bersama mereka?

Wednesday, February 11, 2015

Novel ~ Yang Manis

Assalamualaikum..



Kisah yang tak banyak konflik sangat..dan tak berat.. 

Kredit ~ Aku beri 4.8/5 bintang

Sinopsis ~


IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga. 

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”
“Apa?”

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”

Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah paling layak menemani hidupnya.

RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya.

“Perempuan macam tu yang hang pilih?”

“Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.”

Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta? 


Tuesday, February 10, 2015

Majlis Kesyukuran...Di Ofis

Assalamualaikum..

Jom layan N3 tertunggak.. ada banyak tak sempat nak update.. plan² kayuh...

Rabu, 28 Januari 2015

Pada hari nie.. ofismate buat majlis makan² sempena dia orang yang dapat naik pangkat dan dapat jawatan tetap.  Tahniah diucapkan.. Dia orang belanja.. Terima kasih.  Moga dimurahkan rezeki hendaknya.. Makanan di oder dari D'Salai..

Jom laa layan gambar ekk..


 Ayam berempah, Sambil Ikanbilis Petai, Daging Salai Mangga dan ABC

Ulamaan dan Sambal Belacan, Ikan Masin, Buahan, Air Oren dan kuih muih..




wafie bersama dengan ofismate 

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss