Wednesday, September 30, 2015

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..
Makan nie kat Restoren Jamal Mohamed di Kelana Jaya..

Wednesday, September 23, 2015

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

Weekend Lepas Family Day UniKL BMI.. so ini laa yang weols dapat..

Alhamdullillah.. 

Door Gift

Cabutan Bertuah..


Friday, September 18, 2015

Cerpen ~ Biar Betul Suamku Pilot?

Assalamualaikum..

Meh sini nak share cerpen yang boleh korang layan..




Free² tuh boleh laa korang baca yer.. 

Thursday, September 17, 2015

Makan² Di Seoul Dengan Ofismate

Assalamualaikum..

Jumaat, 28 Ogos 2015


Aku dan ofismate Wanie, Shaza dan Ann ada beli voucher makan² kat Seoul dari Groupon.  Dapat laa sorang kena bayar dalam RM29 kalau tak harganya dalam RM37 gitu..

So weols pergi branch Seoul kat Paradgm Mall kat Kelana Jaya.  Ini kali ke 2 aku makan² kat Seoul nie.. dulu 1st time makan kat Bangunan Pantai dekat ngan Menara Telekom tuh tapi rasanya sekarang dah tutup..Layan jugak laa makan kat sini.. Hari Jumaat memang ramai orang...





Sedap gak.. layan steamboat ngan grill sekali..  dengan pilihan
bermacam² jenis sos..


Macam² sayur ada pilih jer mana nak.. berapa kali nak ulang pun boleh..




Eskrem  dan ABC sendiri buat pun ada.. pun boleh makan sampai puas..





Alhamdullillah kenyang perut suka hati..

Monday, September 14, 2015

Cerpen ~ Dia.. Yang Tercipta Untuk Ku

Assalamualaikum..

Pada uols yang meminati cerpen atau nak ngisi masa lapang tu
boleh laaa layan cerpen nie..




So selamat membaca.. yer...

Thursday, September 10, 2015

Novel ~ NUH

Assalamualaikum..



Tengku Nuh Ebrahim seorang yang pemalu..tapi mahu jatuh cinta dengan Fazhana seorang yang sangat brutal, kasar tapi cantik.. Cerita yang tak de banyak konflik.. kiranya seronok laa membacanya.. Nuh yang suka ngan Hana tapi tak berani nak berterus terang jadi Hana juga laa yang bertindak lebih agresif..bila dia nak kan Nuh.. tekezut gak laa Nuh nie..dengan keberanian Hana.. Kalau nak tau kena laa baca.. tapi novel ini limited edition.. kalau nak kena cari laa kut2 ada yang nak jual..kan..

Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

Dia dan Hana mungkin berbeza.
Mereka berbeza tingkah juga cara.
Namun dia yakin, perbezaan itu hanya akan dapat dirapatkan jurang apabila mereka disatukan.
"Saya suka awak...awak suka saya...kita kahwin nak?"
Sudikah dia menerima lamaran seselamba itu?
Ada ke yang buat kerja macam tu?
Tengku Mariam pula bagaimana?
Adakah bondanya itu ada rancangan lain untuknya sama seperti yang diatur untuk Luth?
Kuatkah dia nak melawan seperti Luth?
Payah!
Kerana dia adalah Tengku Nuh Ebrahim. Anak bonda yang paling menurut kata.





Tuesday, September 08, 2015

Novel ~ Aku Di Pinang Duda

Assalamualaikum..




Firman seorang ayah yang bertanggungjawab membesarkan anak² 3 orang sendiri setelah ditinggalkan isteri selama 5 tahun..tapi miang laa plak ahakss.. Jatuh cinta ngan Rania walaupun pada mulanya nak pinang si adik tapi last2 gi pinang Rania si kakaknya.. Rania walaupun garang dan kasar tapi seorang yang berhati lembut.. Pandai ambik hati anak² tirinya.. sampai tak suka kan ibu kandung mereka.. sebab ibu kandung tidak mengambil berat.. Korang baca laa.. mmg best.



Kredit ~ Aku Beri 5 Bintang



Sinopsis ~

Lelaki bernama Firman Ahmed itu memanglah tidak digemari oleh Nurul Rania. Dalam pertemuan awal lelaki itu sudah mengakui dirinya duda yang memerlukan teman. Pertemuan seterus-seterusnya, ada sahaja gelagat lelaki itu yang membuatkan darahnya naik. Lelaki gatal! Rania memang alergi lelaki persis itu. Apatah lagi dengan title duda yang digalas Firman, pasti sahaja telahan itu dirasakan benar. Apa yang membuatkan dia benci dengan lelaki itu?

“You ada urusan apa kat sini?”
“Dah nama pun hospital. Buat apa lagi?”
“Oh, setahu I, banyak tujuan manusia datang ke hospital ni, Cik Rania. Kalau untuk wanita.. mungkin memeriksa kandungan. Atau kesuburan. You yang mana satu?”


Dah berkawan dengan adiknya, boleh pula meminang dirinya. Memang nak kena pelangkung si duda itu! Namun kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana perginya.

Perkahwinan mereka bermula normal seperti manusia lain. Ada manis ada duka. Adatlah manusia perlukan masa untuk serasi dengan pasangan hidup mereka. Kehadiran anak-anak tiri, Irsyad, Iqbal dan Ferhad mengubah persespsi Rania kepada perkahwinan.


“Sekarang ni Irsyad pergi naik atas cakap pada daddy, daddy pun jangan jadi pemalas! Jangan banyak cakap! Tahu nak membongkang aja. Pergi cepat bagitahu daddy!”
“Daddy kata daddy penat drive. Mummy tadi duduk aja dalam kereta membesarkan punggung kat sebelah daddy.”


Namun bahagia mereka mula diuji. Hanez, bekas isteri Firman tiba-tiba menyampaikan hajat mahu mengambil alih jagaan ke atas anak-anak kandungnya. Hatinya tidak mampu menolak rasa cemburu melihat anak-anaknya lebih menyayangi ibu tiri berbanding dia. Semudah apa rintangan hidup mereka? Apa mahunya orang ketiga itu sebenarnya



Friday, September 04, 2015

Novel ~ Pergi

Assalamualaikum..


Cerita nie agak berat sikit.. tapi masih boleh hadam laa.. :)


Kredit ~ Aku Beri 4.5 Bintang

Sinipsis ~

RABIATUL ADAWIYAH... Kerana kekhilafannya, dia dihalau oleh keluarga. Dibuang tanpa diberikan peluang untuk meminta keampunan dan menebus dosa semalam. Kerana kesilapannya juga, dia keseorangan selama lima tahun. Dia hilang cinta, dia hilang jejak keluarganya dan dia juga hilang permata hati. Dan sehingga kini mimpi ngeri itu sentiasa mengganggu lena tidurnya.

SYAKRI... Saat dia bakal bertunang, dia bertemu dengan si gadis misteri, gadis berniqab yang menyewa di sebelah rumah keluarganya. Dan saat hatinya mula terpaut, rahsia gadis tersebut menyingkap kisah semalam yang menusuk hati... Kisah yang membawa duka dalam keluarganya.

“Perlu ke nak menyamar?” - SYAKRI
“Saya tak pernah menyamar!” - RABIATUL ADAWIYAH
“Bangkai mana boleh ditutup dengan daun. Lambat laun baunya akan tetap ada...” – SYAKRI

Pada saat Rabiatul Adawiyah tertekan dengan masalah-masalah yang tiba-tiba hadir, dia bertemu dengan seseorang yang ingin menjadi pelindungnya. Seseorang yang tidak kesah dengan latar belakangnya. Seseorang yang sudi menghulur tangan ketika dia lemas dalam perasaannya.

“Sebenarnya, dengan bersaksikan Tok Taha dan mak dek serta kawan Rabiatul Adawiyah, dengan berbesar hati saya ingin menjadikan dia sebagai suri hidup saya. Dengan niat lillahitaala.” – AFIF HAIKAL

Cinta? Dia tidak percaya. Cinta hanya melekakan dirinya dan cinta juga membuatkan dia jauh dari keluarga. Kisah cinta semalam masih meninggalkan bekas dalam hatinya. Namun dia tiada pilihan lain. Saat dia mahu memulihkan keadaan yang keruh, siapa sangka keluarga kandungnya mengenakan syarat untuk membayar harga erti sebuah keluarga dan keampunan.

“Baiklah... Kalau itu kehendak kamu dan Allah dah gerakkan hati kamu datang ke sini, pak cik setuju. Tapi dengan satu syarat...” - ENCIK JALAL

Kerana lelaki hidupnya menjadi sengsara... Dan kerana lelaki juga dia mampu mengembalikan hubungan dengan keluarganya tetapi bersyarat. Mampukah dia menggapai kembali bahagianya?



Thursday, September 03, 2015

Novel ~ Suamiku Workaholic

Assalamualaikum..



Syazwan nie nampak jer kerek dan sombong tapi dalam hati rupanya dah
lama jatuh cinta ngan Dayah.. tu pasal bila Dayah putus tunang dia dengan rela aje setuju dengan cadangan keluarga untuk berkahwin dengan Dayah.  Dayah plak kena laa pandai memikat hati si suaminya ini.. dengan menggunakan beberapa teknik menggodanya..ahakss..


Kredit ~ Aku beri 4.5 bintang


Sinopsis ~

Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah.

“Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!” – Dayah

Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri!


“Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?” - Syazwan.
“Tak boleh ke?” - Dayah
“Kopi tongkat Ali?” - Syazwan
Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum.” – Dayah


Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?


Wednesday, September 02, 2015

Jamuan Perpisahan dan Hari Lahir

Assalamualaikum..

Selasa, 25 Ogos 2015

Pagi telah diadakan mesyuarat bahagian.. dan selesai dalam pukul 10.30 pagi.
Pas tuh weols siap² untuk buat Jamuan Perpisahan ofismate, En. Shakip yang
bersara pada 21 Ogos yang lalu.  Memandangkan weols tak sempat nak buat 
jamuan raya.. jadi sekali gus laa tuh.. weols pun jemput laa kawan² dari bahagian 
lain jugak untuk sama² makan² kat tempat weols nie.. 

Selain dari tuh weols pun buat jugak untuk sambutan hari jadi.. untuk bulan
April, Mei dan Jun.. terlewat sikit sebab masa bulan Julai kan kita pose.. jadi tak de laa jamuan makan² nie.. kira hari nie sekali harung laa majlis nyaa.. nak cut kos laa katakan.. hehehe

 NewYork Cheese Kek..kali nie.. selalunya Indulgence aje kan.. so tukar plak





 Acara memotong kek.. 


Merasa laa jugak potong kek.. 





Teman² bz nak siapkan pulak untuk jamuan.. tengahari.. 


 Antara menu yang ada.. kuih karipap, kuih koci, Laksa pahang, rojak buah..


 Makan tengahari.. Ayam berempah, Masak lemak ikan masin nenas,
 asam pedas daging tetel,  sambal ikan bilis petai, sayur campur, ikan masin,
 ulaman dan sambal belacan


 ABC memang wajib ada kalau ada jamuan makan² gini..


 Bos sedang bagi sedikit ucapan pada En. Shakip..


Ofismate yang hadir sama² meraikan..


Selamat Bersara En. Shakip yang telah berkhidmat selama 33 tahun..
dan selamat menjadi Sura Rumah Tangga.. yer..


Bergambar kenangan.. dengan ofismate


 Okey now seperti biasa aksi gedix² wefie weols semua..dengan ofismate laaa







Alhamdullillah majlis berjalan dengan lancarnya..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss