Tuesday, October 27, 2015

Novel ~ Sejuta Nafas Cintamu

Assalamualaikum..




Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

DEMI ‘perjuangannya’, Puteri Manis tekad mendekati playbuaya tersohor, Luzman. Lelaki yang langsung tidak dikenali secara peribadi. Demi ego mahu menakluki si gadis sebutan ramai, Luzman tekad mahu menjadi yang pertama menakluki Puteri Manis. Pertemuan pertama di tempat songsang… Usai segalanya, tiada pertemuan kedua lagi! Itu tekad Puteri Manis.

Saban tahun Luzman mencari Puteri Manis yang berjaya ditaklukinya. Dia jatuh cinta. Malangnya, pertemuan pertama dahulunya, gadis itu menutup separuh wajahnya hingga sukar untuk dia jejaki. Lapan tahun berlalu, Luzman tidak pernah putus asa sehinggalah dia bertemu seorang gadis berhijab. Luzman yakin itu Puteri Manisnya...

“Ohh! Maaf. Nanti, katakan pada isteri awak yang awak telah menyelamatkan seorang perempuan dari tersungkur di lantai. Tak lebih dari itu,” kata Aufa. Luzman tertawa kecil. Lucu! Pandai Puteri Manis berlakon selamba seolah-olah tidak mengenalinya.

“Jangan risau. Saya bagi tahu umi saya, yang ini ciuman bakal menantunya. Betul, kan?” soal Luzman terus-terang. Dia tak mahu berkias. Dia tak mahu ambil masa berfikir. Inilah gadis yang ditunggu-tunggunya. Cukuplah dia kesal lapan tahun lalu. Kini tanggungjawab depan mata. Nikmat bersama Aufa bertahun dahulu buatkan dia tak mampu lupakan. 

“Tak baik menipu. Tak cium bau syurga,” ucap Aufa tanpa memandang Luzman yang mula mengiring badannya, memandang tepat ke arah Aufa.

“Saya cakap perkara yang benar... Dan bau syurga di depan mata saya inilah paling kuat buat saya nak cium untuk melepaskan rindu. Saya rindu awak, Puteri. Awak Puteri Manis saya, kan?” soal Luzman cukup manis. 

Aufa terus berpaling. Wajah Aufa berubah. Air liurnya terasa berpasir. Khilaf lama sememangnya merantai diri. Terus Aufa mahu berlalu pantas.

NUR AUFA ALIA panasaran... Lelaki silam mengejarnya sedangkan dia sudah bertaubat dan berjaya dengan kerjayanya sebagai pereka kasut dikenali. Dan, apakah sebenarnya berbaloi ‘perjuangan’ lapan tahun yang lalu oleh Aufa aka Puteri Manis ini?

“Kau tak akan terlepas Puteri. You will be mine soon,” – Luzman
“Calon suami Ufa, perlu khatam al-Quran depan nenek. Dia perlu mengimamkan solat wajib tuk selama 44 hari di sini. Dia mampu mengupas dan berdiskusi tentang adab dan tanggungjawab suami dan isteri dalam Islam dan akhir sekali dia perlu ikhlas menyayangi Ufa tanpa mengharapkan balasan.” - Aufa


Monday, October 26, 2015

Cerpen ~ Takdir Cinta Kita

Assalamualaikum..

Jom pada yang minat membaca cerpen leh layan citer nie..




Selamat membaca yer...



Friday, October 23, 2015

Beli Kek Dan Makan Di Resepi Rahsia

Assalamualaikum..

Lama betul tak bersiaran kat sini.. Tengahari tadi weols pergi makan
ke Resipi Rahsia.. Dalam pada tuh nak beli  kek kat situ.

Hari ni ada offer beli satu percuma satu.. So aku, Wanie ngan Shaza
share la beli.. Kira murah laa.. sebab satu kek tuh RM88 dapat percuma
sebiji kek lagi.. Jadi aku ngan Wanie share RM22 jer seorang..
dan Shaza RM44... Nyuummyyy

Ini keknyaa... nyuummyy..keduanyaa berasaskan Cheesseeee


Tom Yum Kung.. 


Cheese Spanish kalau tak silap la

Green Apple Kasturi.. sedappnnyaa..




Friday, October 16, 2015

Novel ~ Abang Sayang Adik Manis

Assalamualaikum..



Laa hai Meor Baihaqie.. awat laa romantika sangat nie..  Untung betul
Qaseh Daria nie.. ada orang admire dia dalam diam..

Nak tau citer kena laa dapatkan novel nie.. berbaloi²

Jom layan sinopsis yer.. 

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

“Qaseh. You know what. The truth is you don’t need a boyfriend to be happy. But you need me. Your future husband. Trust me!” – Meor

Bercinta dengan orang lain. Tapi berkahwin dengan orang lain. Memang ada yang terjadi. Contoh terdekat adalah Qaseh Daria. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba saja lelaki tu ajak dia kahwin. Tak nak! Dia dah ada Zakuan sebagai kekasih hati. Tapi kalau dah jodoh tu kuat, kahwin juga mereka akhirnya. Itupun dengan seribu satu janji yang dia buat dengan kekasih hati.


Cuma..
Bila dah kahwin, dia ada masalah besar. Suami dia super duper sweet! Manis melekit hingga ke dasar hati. Jatuh cintakah dia? Tambah lagi bila kekasih hati mula buat hal. Mulalah dia rasa nak bubarkan semua janji-janji bodoh sebelum kahwin tu.

Ye! Dia dah sayang tahap tak boleh dikira pada Meor Baihaqie. Hidup dia memang untuk Meor sahaja. Zakuan? Tolak tepi. Tapi, bila bunga sakura sudah pun memenuhi hatinya, Zakuan datang kembali menuntut janji.


“Lepas ni sila pulangkan Daria pada aku. Aku tak kisah nak ambil bekas kau” - Zakuan

“Sekali aku dah pakai, aku memang tak ada niat nak bagi orang lain rasa. Maaf, salah tempat nak cari barang terpakai.” – Meor

Meor memang suami yang terbaik. Tak pernah sekalipun cuba melepaskan dirinya walaupun diri sendiri dah terluka. Dia pulak macam mana? Walaupun mulut memaksa diri untuk pergi tapi hatinya menjerit sendiri. Hati Meor adalah hatinya. Cinta Meor juga adalah cintanya. Sanggupkah terus-terusan menyakiti hati lelaki sebaik Meor? 
Sanggupkah dia membuatkan hati Meor tercalar sendiri?


“Tinggalkan Qaseh, abang!” – Qaseh


“Abang tak ada sebab untuk tinggalkan Qaseh. Tapi abang banyak sebab untuk terus bersama Qaseh. Qaseh Daria memang dilahirkan untuk Meor Baihaqie. Abang tak pernah rasa sedih sejak kehadiran Qaseh dalam hidup abang. Apapun yang jadi abang terima. Tapi permintaan Qaseh ni buat hati abang sakit, pedih. Abang tak boleh, sayang” – Meor Baihaqie

Apa yang akan berlaku pada rumahtangga yang dia bina atas kebodohan diri sendiri. Sejauh manakah dia untuk mengenali cintanya? Dan seteguh manakah cintanya untuk membenarkan Meor Baihaqie berada di carta teratas hatinya? Pada Meor, dia ingin kekal sebagai abang sayang kepada adik manisnya. Kerana dia adalah pereka cinta mereka!



Thursday, October 15, 2015

Cerpen ~ Bootirella

Assalamualaikum..

Suka layan cerpen.. nie ada yang menariknya..




Kalau boring² boleh laa layanss... mini novela.. ini..
dengan bahasa yang santai.. 


Friday, October 09, 2015

Novel ~ Yang Bernama Cinta (Special Edition)

Assalamualaikum..



Kisah yang tidak mengecewakan dari Hani Fazuha.. memang best.. :)

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

Pulangnya jiran depan rumah dari luar negara buat sejarah lama yang cuba dilupakan Hani tersingkap kembali. Tapi peliknya, lelaki itu bagai lupa yang mereka pernah ada sejarah silam yang menyakitkan.

“Bagi nombor telefon.” – Hazril 
“Nak buat apa?” – Hani 
“Agak-agak nombor telefon tu boleh buat gulai tempoyak tak?” – Hazril

Perubahan drastik Hazril buat hidup Hani yang tenang-tenang selama ini bertukar huru hara.

“Semalam tu...sebab tangan aku macam dah mencabul kau. Senang cerita kita kahwin ajelah.” – Hazril
“Kau pernah tak sarapan dengan kaki kerusi? Kalau tak pernah, tolong hentikan bercakap benda mengarut.” Hani .

Jenuh mengelak, tapi.... api cinta yang Hazril tiupkan terlalu kuat. Kerana rasa itu memang sudah lama ada di situ, ianya sangat mudah dihidupkan. Sampai satu tahap, kerana cinta, dia sanggup apa saja walau berkahwin tanpa restu keluarga.

~ Saya panjat ikut tingkap, sembunyi-sembunyi masuk bilik awak ya? - Hazril
+ Jangan buat lawak boleh tak? Saya tengah sakit ni - Hani

Sampai bilakah mereka harus main sembunyi-sembunyi, intai-intai balik pintu? Apa akan jadi bila Hazril diharuskan berkahwin dengan wanita lain hanya kerana kesilapan silamnya sedang hubungan mereka masih menjadi rahsia?

Dan...tatkala setia yang diharapkan menjadi terlalu mahal harganya, luka lama yang sudah bertampal kembali berdarah.

P/S : Pada yang cari novel nie boleh laa add FB IdeaKreatif atau cari agen² 
yang jual novel jika masih ada lagi.. sebab limited kan.. takut dah abiss..


Thursday, October 08, 2015

Novel ~ Mimpikan AKU, Please!

Assalamualaikum..



Ohh Akbar.. yang garang tapi sebenarnya lembut hati.. 
Pekerja gelarkannya T'REX..ahakss.. 

Jom laa layan sinopsis.. 


Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

MAJLIS berjalan dengan lancar. Pengantin juga sudah ditepung tawar. Hanya menunggu untuk bergambar dan pulang.

Elise turut berada di situ. Mulanya dia hendak pulang selepas makan. Tetapi Aunty Kaur menahannya dengan alasan mahu pulang bersama. Kebetulan wanita itu terjumpa kawan lamanya yang sudah lama terpisah tanpa khabar berita. Sudah lebih sejam mereka berbual, hari pun sudah semakin lewat. Mata Elise sudah kuyu menahan kantuk. Lama lagi ke Aunty Kaur ni nak bersembang?

Prang!!!

Mata Elise terus segar. Pantas dia menoleh ke arah bunyi kaca pecah itu. Kelihatan seorang lelaki sedang terbongkok-bongkok mengutip pinggan dan sudu. Makanan juga bersepah-sepah di atas lantai. Elise terus bangun untuk membantu lelaki itu.

“Meh saya tolong.” Elise mengutip serpihan kaca dan diletakkan di atas dulang.
“Ada ke aku mintak tolong kau?” Akbar mengerutkan dahinya melihat Elise yang dirasakannya menyibuk itu.

Elise terpanar memandang Akbar di hadapannya. Orang nak tolong bukan nak cakap terima kasih! Pijar wajahnya menahan malu. Nasib baik tiada orang berdekatan kecuali beberapa orang yang sedang bersembang sesama mereka. Dan serta-merta hati Elise terasa tidak suka kepada Akbar yang sedang merenungnya dengan tajam itu.

“Awak ni datang bulan ya?” sindir Elise.
Akbar berang. “Lebih kau blah, jangan kacau aku!”

Dia pantas mengutip serpihan pinggan dan sisa makanan sebelum berdiri tegak. Elise juga turut berdiri tegak. Tingginya lelaki ini. Mata bertentang mata.

“Awak ingat saya nak mengurat awak ke? Saya cuma nak tolong aje,” beritahu Elise dengan suara yang direndahkan. Dia tidak puas hati.

Akbar yang baru hendak melangkah, terhenti seketika. Sambil tersenyum sinis dia berkata, “bukan nak menolong cuma nak menyibuk. You are trying to flirt with me! Bukan aku tak perasan kau asyik tengok aku aje dari pagi tadi.”

Elise rasa tak percaya dengan kata-kata Akbar tadi. Apa yang dimaksudkan oleh Akbar adalah sewaktu dia ‘ter’renung Akbar pada pagi tadi. Lidahnya serta-merta menjadi kelu. Bukan kerana kata-kata Akbar, tetapi senyuman sinis itu amat menarik perhatiannya. Lesung pipit di kiri dan kanan, bibir yang meleretkan senyum sinis dan....

“Nampak tak apa yang aku cakap tadi?” Wajah Akbar kembali serius sebelum dia melangkah dari situ. Menyampah melihat gadis yang tak punya rasa malu itu. Entah apa yang ada dalam fikiran gadis itu? Langkahnya mati apabila bibir mongel itu berbicara.

“Hei, sedara. Saya tenung awak bukan sebab awak tu menarik pun. You know what, you got something on your teeth. Here.” Elise menunjukkan dengan telunjuknya ke gigi hadapannya sendiri.

Akbar buat muka tak peduli dan berjalan pergi dari situ.
Elise melihat langkah Akbar yang semakin menjauh. “Ceh! Apa yang aku buat ni? Kau memang bodoh! Lelaki perengus gila tu pun kau nak terpegun ke?”

Dia mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri. Entah kenapa dia terasa senyum lelaki itu menarik perhatiannya. Dan memang ada sesuatu pun di gigi tersusun cantik milik lelaki itu. Nasib baik ada alasan, kalau tidak buat malu kaum aje!

“Laila! Kenapa tu? Jomlah, dah lewat ni…” panggil Aunty Kaur setelah temannya pulang. Dia hairan melihat wajah tidak puas hati Elise.

“Jomlah.” Ajak Elise. Dia masih tidak berpuas hati dengan lelaki perengus itu. Dia juga yang salah kerana merenung lelaki itu. Macam perempuan gatal pulak!


Tuesday, October 06, 2015

Novel ~ Encik Fayed My Man

Assalamaualaikum..





Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

Jatuh cinta dengan bos? Mustahil bagi Cik Nur Azah Amira untuk mengidamkan lelaki seperti Encik Fayed Arya. Apatah lagi, lelaki kacak ini menjadi idaman Cik Liyana Datuk Manan yang sentiasaa vogue dan seksi. Fayed Arya, bukan seperti lelaki lain yang memandang kecantikan luaran wanita. Hatinya sudah pun dimiliki. Tiga tahun hatinya dihuni cinta. Hari pertama terpandang gadis polos itu, hati terus mengangguk suka. Suka tapi tak terluah. Namun, satu kejadian menyebabkan gadis pujaan hati terlepas satu ayat yang menjadi pengikat janji.

“Jom kita couple!”~ Nur Azah Amira
“Daripada kita jadi couple, baik saya pinang awak terus! Dah sure awak tu akan jadi milik saya!” ~ Encik Fayed Arya

Menjadi pasangan bercinta, digertak dan dihalang, sedikit pun tidak memberi luka kepada Fayed Arya. Baginya, hanya Nur Azah Amira sahaja yang layak berdamping dengannya. Hanya Cik Nur kesayangannya yang mampu membahagiakannya. Walaupun jauh Nur melarikan diri, dia tetap akan menjejaki.

“No matter what happens, you will never leave me.Understand? Sebab saya akan cari awak walau ke lubang cacing sekalipun!”~Fayed Arya

Akhirnya, mereka satukan dengan satu lafaz yang sah. Paling indah apabila perkahwinan mendapat restu keluarga. Bagi Fayed Arya, sudah lengkap hidupnya dengan adanya Nur Azah Amira di sisi. Namun, di hari pernikahannya itu, dia menerima tetamu yang tak diundang. Cik Liyana muncul menagih cinta Fayed. Bagai melukut di tepi gantang! Namun, Fayed Arya teguh dengan cinta hatinya. Cik Nur tiada tandingan.

“Ada tak saya cakap kat awak, hari ni yang awak nampak cantik, Nur Azah Amira,” ~ Fayed Arya
“Ada, Encik Fayed Arya,” ~ Nur Azah Amira
“Awak selalu nampak cantik di depan mata saya, sayang. Tak payah make up tebal pun, hati saya dah tertarik dan sayang,” ~ Fayed Arya

Amarah Liyana semakin memuncak. Melihat Fayed dan Nur bahagia. Bagi Nur, kepercayaan adalah penting. Bukan dia tidak tahu, Cik Liyana selalu mencari peluang untuk mendekati Fayed. Tapi rasa cinta Fayed kepada dia terlalu tinggi. Fayed memang tidak sukakan Liyana. Bagi Fayed, datang lah seribu Liyana pun, hatinya tetap pada Nur Azah Amira.

“Saya tak mahu lukakan hati awak, Nur. Walau datang seribu Liyana pun, Nur Azah Amira tetap menjadi keutamaan saya. Awak kena ingat tu”~Fayed Arya

Kata orang, dari mata turun ke hati. Namun, mampukah hati bertahan daripada dugaan dan desakan? Pasti ada yang kecewa dan terluka. Sanggupkah Nur Azah Amira menjadi seoarang isteri yang sentiasa berdiri di sisi suaminya? Menuruti setiap permintaan dan berhadapan dengan pelbagai ancaman? Setiakan Fayed dengan janjinya untuk melindungi cinta hatinya?


Monday, October 05, 2015

Cerpen ~ Mr. Dearly Hubby

Assalamualaikum..

Jom nak share kat uols semua.. cerpen yang menarik..




Jom layanss... panjang gak laa cerpen nie..



RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss