Wednesday, December 07, 2016

Majlis Jamuan Meraikan Staf APC dan SPC 2016

Assalamualaikum..

Lamanya blog tak berupdate.. sayang plak tinggalkan.. gambar banyak tapi mood ke laut.. tu yg sunyi sepi jer blog nie.. Jom laa layan citer hari nie..

7 Disember 2016

Hari ini telah diadakan majlis Jamuan meraikan staf yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang.. Dulu² mereka diraikan di Dewan Tunku Canselor.. sebab ekonomi meleset..jadi penyampaian sijil dibuat di peringkat Jabatan sahaja.. Tak pe laa.. boleh juga buat makan² sambil² mengeratkan sillaturrahim antara staf..kan..

Jadi orang dapur..bantu menyiapkan untuk hidangan steamboat..

Dah siap susun semua makanan.. 

Ayam bakar.. dipanggang sendiri.. 

 Pengarah sedang memberi ucapan.. sebelum penyampaian sijil

 Sedap... ada meehoon sup, set nasi beriani, bubur pulut hitam, 
steamboat, ayam panggang, buah²an

Sebelum bersurai..ambik gambar kenangan.. untuk tahun 2016..nie
 bersama Pengarah dan teman²


Thursday, November 17, 2016

Miivio Blood Pressure Monitor

Assalamualaikum..

Akhirnya dapat gak beli Blood Pressure Monitor nie.. maklum laa 
aku nie ada darah tinggi.. Dah pernah ada sebelum nie.. tapi dah rosak.

Survey kat Lazada dan 11 Street dan masa tuh harganya RM160.
Ingat dah nak oder tapi asik laa tangguh².  Kebetulan plak hari
Jumaat lepas kan Lazada wat offer, aku tengok laa harga untuk
BP Monitor nie.. wah dah turun pada harga RM138.00 so apa lagi aku
grab laa satu.. Free shipping.. tu yang penting.. hehehe
Memang banyak brand tapi aku prefer brand Miivio yang ini.. 

Senang bila ada BP Monitor.. so leh tunjuk doktor bacaan  BP aku..


Kelebihan pada BP Monitor nie leh laa tau samada bacaan tu 
Tinggi sangat (Servere), 
Tak Berapa Tinggi (Moderate) 
Sederhana Tinggi (Mild) dan 
Normal (ok-ok sangat).


Tuesday, November 15, 2016

Chia Seeds In The House..

Assalamualaikum..

Akhirnya dapat juga beli Chia Seeds nie.. Pergi lunch kat Fakulti
Akademi Islam tengok ada orang jual kat ruang legar.. beli je laa.
Harga RM24 per 250g... Dah kebetulan jumpa terus je beli.. Ingat plan 
nak cari kat Giant tapi sehari ke sahari tak pergi² juga.. 



Thursday, October 27, 2016

Bercuti Ikut Hubby Kursus Ke Melaka...

Assalamualaikum..

Pada Khamis, 13 Oktober 2016, lepas aje anak aku abis exam weols ambik dia kat sekolah dan shoot ke Melaka.  Hubby aku ada kursus pada hari Jumaat hingga Ahad. Pas tuh plak dia dapat 1 bilik sorang jadi aku cadangkan weols ikut sekali laa..kan. Oleh kerana dia kursus esok jadi weols kena booked bilik di hotel yang lain.  Jadi aku pun search kat Agoda dan dapat laa weols booked bilik kat Hallmark Crown di bandar Melaka dan berdekatan plak ngan Novotel yang hubby akan kursus di situ. Di Hallmark weols dapat RM133.00 semalam (1 Queen Bed dan 1 Single Bed) termasuk breakfast.  Pada aku kira murahlaa kan.. so grab aje laa harga tuh.. 

Sampai di Melaka kena laa weols guna Cik Waze.. iyelah bandar Melaka nie.. banyak yang jalan sehala.  Alhamdullillah dalam pukul 3 petang weols pun sampai laa kat hotel.  Check-in.. pas tuh plak dia orang upgrade weols punya bilik.. dapat laa Katil King ngan 1 Single Bed.. Bilik punya laa luas..hehe.. seronok laa jugak. 




Lepas berehat² weols keluar ke bandar melaka.. saje je jalan² pas tuh weols gi cari makan laa.. Dapat recomendation untuk pergi makan Asam Pedas kat kedai Asam Pedas Pokok Besar sebelah jer ngan Claypot Asam Pedas.

Asam Pedas ikan jenahak dengan set nasi dan kerang rebus

Bersarapan pagi di hotel 

Sebelum weols check in kat Novotel.. weols singgah dulu di Masjid Selat.  
Cantik masjid nie ditepi laut.  Hubby sempat solat Jumaat di sini..


Lepas solat weols terus ke Novotel untuk check-in plak.

So bilik yang hubby dapat 2 Single Bed dan weols tambah 
satu extra bed dan breakfast plak bawah umur 16 tahun percuma..


Bilik air dan toilatries..yang ada.. 


So weols aka berkampung di sini selama 3 hari 2 malam.. Jadi aku apa lagi layan baca novel laa.. kat dalam bilik.. sementara hubby gi kursus..


 Pagi sarapan di restoren hotel laa.. 



Hubby sambung lagi kursus sampai ke malam..


Sarapan hari ke 2 

Lepas sarapan weols posing di lobby..hotel.. 


Sebelum balik posing² lagi


Sebelum balik ke KL, weols gi singgah ke Klebang Coconut Shake.. punya laa ramai orang.. penuh..Nasib baik ada tempat duduk.. Weols just order air je laa.. sebab plan nak gi makan kat tempat lain..

Nyummy.. sedap.. 

Lepas tuh search waze weols ke Restoren Nasi Ayam Baba.. sedap jugak laa.. teruja orang dok citer pasal nasi ayam nie.. sambal dia lain sikit.. so terjah laa.. jugak..


Selesai makan weols pun teruskan perjalanan balik ke KL.. sebelum sampai umah singgah ke Dobi dulu..setel kain baju.. pas tuh balik laa ke rumah.. Alhamdullillah..selamat sampai...

Wednesday, October 12, 2016

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

Kejadian semalam 11 Oktober 2016 di IKEA Damansara
bersama ofismate..


Thursday, October 06, 2016

Sambutan Hari Jadi Ofismate

Assalamualaikum..

N3 throwback laa yer.. tengah ada mood nie aku up kan laa.. sebab ada gambar kat dalam henfon aku nie..

Selepas Mesyuarat Bahagian bulan 8 yang lalu, weols buat laa sambutan hari jadi staf.  Untuk jamuan ofismate pakat² wat masak sendiri jek.. Dia orang masak nasi ayam guna periuk noxxa.   Alhamdullillah menjadi dan sedap... Dah makan² boleh laa potong kek plak..





 



Wednesday, October 05, 2016

Wordless Wednesday

Assalamualaikum...

Ofismate dengan rajinnya..membuat mangga dan kedondong asam boi



Friday, September 30, 2016

Makan Ayam Bakar di ADI-G Ayam Bakar Station

Assalamualaikum..

Minggu lepas ofismate ajak gi makan ayambakar.  Kiranya makanan sihat laa.
Kedai nie terletak di Medan Selera bersebelahan dengan A & W PJ dan juga dekat² 
ngan Nasi Kandar Zainal dan juga berdekatan JPJ PJ.  
Kalau korang dok cari² makanan cam nie leh laa terjah ke sini.
Kalau tengahari memang ramai gak laa.. Beratur ikut giliran.






Tuesday, September 20, 2016

Majlis Makan Malam Kesatuan

Assalamualaikum..

Lama dah blog nie.. terbiar sepi.. nie tengah dok
 gagahkan diri.. mengupdate N3 yang tertangguh.. Moh laa nengok 
apa yang ada dulu yer..


Sabtu, 20 Ogos 2016

Dah lama rasanya aku tak join majlis makan malam Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM) nie.. Aku join pun sebab ada geng yang nak pergi.  Tema malam tuh Retro laa.  Majlis di adakan di PJ Hilton.  Aku ada ajak hubby join sekali tapi dia tak nak.. so dia hantarkan aje laa aku ke sana. Gerak dari rumah dalam pukul 6.45 petang.. pas tuh singgah kat Petronas kejap untuk solat maghrib.  Bukan tak nak solat kat hotel, takut ramai orang plak kan.. Sampai dalam pukul 8 malam gitu.. Wanie dah tolong bookkan tempat.. kiranya tahun nie.. ramai gak laa yang join.. 

Majlis berjalan dengan lancar sambil makan² ada laa persembahan.. Majlis berakhir dalam pukul 11 malam.. 









RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss