Friday, January 29, 2016

Cerpen Pilihan ~ LOFAR

Assalamualaikum..

Pada uols yang tak berapa nak suka baca novel boleh laa layan cerpen..
So cerpen pilihan aku...


Agak menarik.. so layansss.. yer..

Thursday, January 28, 2016

Hmm..Sedapnyaa..

Assalamualaikum..

Macam² brand sekarang nie orang jual..
Nie aku kirim ngan ofismate..beli kat Pantai Dalam..

Captain Coffee

Hazelnut ngan coklat.. hmm..pekaat melekat kat tekak.. 
Sedap.. RM5 gelas besar.. 


Wednesday, January 27, 2016

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

Dapat cenderahati dari China.. ofismate ada lawatan ke sana..


CELLMAXX ~ Makanan Kesihatan

Ini adalah N3 Melekat.  Entry Terbaru ada di bawah yer.. TQ...

Assalamualaikum...

Di sini aku nak memperkenalkan satu produk makanan kesihatan untuk uols semua iaitu CELLMAX. Jika ada yang berminat boleh laa call atau whassap hubby aku di talian 010-3116008 ZAININ


Sedikit Info tentang produk CELLMAX ~

CellMaxx adalah produk kesihatan untuk merangsang pertumbuhan sel-sel baru dalam tubuh manusia utk membantu sel mampu merawat sistem badan secara semulajadi tanpa unsur-unsur dadah atau sebagainya...Ianya adalah keluaran sebuah syarikat di Malaysia iaitu Maxxima Nutraceutical, 


Boleh juga lawat Group FB CellMax di SINI


Makanan kesihatan ini bagus untuk diri sendiri atau 
berikan pada ibubapa kita..








Salah satu testimoni CELLMAX

Pn. Kamariah Mansor yang mengidap bermacam penyakit kronik 
kembali sihat..




Kak Mai bekas pesara kakitangan KKM juga pengguna produk 
CELLMAX kerana dia pengidap resdung selama 20 tahun..













Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang produk kesihatan ini 
boleh berhubung terus dengan ZAININ di 010-3116008

Tuesday, January 26, 2016

Ofismate Berniaga

Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas, ofismate aku Ann dan Shaza dia orang 
kongsi berniaga sebab UMCare bagi peluang staff dan student 
bukak perniagaan pada setiap hujung bulan.. Dia orang kena cuti laa
Yang ni kira cam pasar tani laa.  Tapi pada bulan nie punya tak 
berapa nak meriah sangat sebab student sedang bercuti jadi
kedai yang bukak pun tak de laa banyak. Macam² ada.. 
So aku pun ada laa turun dan bagi support kat dia orang berdua nie..

Ada baju, buah²an, Mangkuk Tingkat, Baju, Shawl dan Air

Ann & Shaza.. giat berniaga.. 

Ann's Green Tea


Friday, January 22, 2016

Novel ~ Si Kolot Suamiku

Assalamualaikum..


Best citer novel nie.. korang tak rugi kalau beli.. layanss..

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

“Nama kau Kudin ya?”

“Apasal kau gelak?”


“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”

Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!


Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!


Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.


Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?




Thursday, January 21, 2016

Novel ~ Belahan 2 Jiwa (Limited Edition)

Assalamualaikum..


Macam roller coster bile baca novel nie.. Sebab pernah 
dikecewa oleh ex-girlfriend dan tertangkap basah dengan Nour Aein, 
Rushdan menganggap Nour Aein yang rancang.. bila dan kawin teruk 
NourAien didera..sabo je laa NourAien nie.. 


Kredit ~ Kredit Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

Nour Aien – mangsa keadaan yang sering dirundung malang. Kepayahan hidup mengajar jiwanya menjadi kental. Meredah apa jua badai yang melanda. Rushdan – lelaki ego berjiwa keras, perilaku ganas dan mulut celupar. Bertindak terburu-buru dan menyesal kemudian. Secocok namanya, Rush…semuanya cepat dan pantas, tiada istilah berlengah Takdir mereka sudah termaktub sejak azali. 

Mereka bertemu dan berpisah tanpa sezarah rasa cinta. Anehnya, pabila pertembungan berlaku lagi, Rushdan menghempap Nour Aien dengan kesalahan yang tidak pernah tercatur pun. Terhumban ke kanca benci dan amarah yang tak bersempadan, Nour Aien cekalkan hati demi sebelah jiwanya yang dibawa pergi. Terkurung dalam loteng istana yang penuh berdawai besi, Nour Aien menghadam setiap maki hamun Rushdan yang serba tak kena. Benarlah kata orang, kalau sudah disumbat minda sendiri dengan persepsi keji, sampai bila-bila pun asyik mengeji sajalah. Sudah hilang segala kebaikan di dunia ini. 

Begitulah Rushdan. Sukarnya mengubah seketul minda yang sempit. Apatah lagi, membibitkan rasa cinta dalam sekeping hati yang tidak berjiwa. Mampukah Nour Aien melentur hati itu agar mendakap dua jiwa yang terpisah?



Wednesday, January 20, 2016

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..

1st time makan satay kambing pas tuh plak cicah ngan sambal kicap tapi sedap laa
Weols makan nie kat satu medan selera di Kampung Baru..


Lai Chi Kang



Monday, January 18, 2016

Cerpen Pilihan ~ Kau Tunggu Aku Ke?

Assalamualaikum..

Jom petang² nie kita layan baca cerpen pilihan aku nie



Thursday, January 14, 2016

Makan Ikan Bakar Di Tangling

Assalamualaikum..


Tengahari tadi ofismate ajak gi makan ikan bakar kat Tangling. 
 Ini kira 1st time  laa aku makan kat sini.. Sedap jugak laa.. Selalunya 
kalau nak makan ikan bakar  aku akan ajak hubby ke Belamy
 belakang istana tuh.. Alhamdullillah kenyang perut.. 
boleh laa ajak hubby ke sini plak lain kali.. 

Sapa yang tak pernah pergi, uaols boleh kedai ikan bakar nie sebelah jer
ngan Sekolah Perempuan Methodist dan sebelah Masjid Negara

Ikan bakar nie yang buat sedapnya kalau sos cicahnya sedap
Sampai sekarang tangan masih bau lagi walaupun dah bersabon..hmm..
Antara ikan bakar yang weols ambik ialah kembung, pari dan keli




Wednesday, January 13, 2016

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..


Ofismate jual mangkuk tingkat yang sangat comel..dan telah 
dimodenkan.. ada jugak style classic..

Tuesday, January 12, 2016

Novel ~ Dia Anak Jeneral

Assalamualaikum..



Jeneral Hambali seorang yang sangat garang dan tegas. Cari calon suami untuk anak Syirin. Memula tuh terima laa si Syirin nie tapi bila tunang Nukman berpaling pada ex-girlfrennya.. langsung Syirin mintak putus tapi biasa laa nak putus tuh kena penampar dulu laa dari ayahnya.. Dalam masa yang sama Syirin nie jatuh cinta ngan Zakif, kontraktor yang datang membaiki bilik air di rumah Jeneral nie.. Di mintanya Zakif masuk meminang dan masa hari meminang tuh siap kena akad nikah terus tapi lepas nikah tak boleh jumpa.. sampai hari persandingan dan bernikah balik depan pendaftar nikah.. Dah nikah plak si ayah nie masih tidak dapat lagi menerima Zakif.. Memang keras kepala sungguh laa.. Kalau nak tau lebih lanjut kena laa beli yer.. 

Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur…termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.


“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya…saya terima pinangan awak.”

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh…ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.


Friday, January 08, 2016

Cerpen Pilihan ~ Suami Dunia Akhirat

Assalamualaikum..

Jom layan cerpen ini.. sangat laa menyentuh hati..
korang kalau baca boleh menitiskan air mata...



Thursday, January 07, 2016

Cerpen Pilihan ~ Mr. H, Miss D

Assalamualaikum..


Kalau boring boleh korang layan cerpen yang jadi pilihan aku nie..


Wednesday, January 06, 2016

Cerpen Pilihan ~ High Speed Love

Assalamualaikum..

Hai dah lama tak baca cerpen.. so pembuka tahun baru 2016 nie
nak share cerpen yang best jugak laa..

so korang layanss okey..


Novel ~ Magisnya Cinta

Assalamualaikum..



Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa.

Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.

Namun...

Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati?
Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.

Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. - Adib Haiman



Tuesday, January 05, 2016

Novel ~ Encik Abang Kuda (Limited Edition)

Assalamualaikum..



Citer yang boleh dihadam dan tidak banyak konflik.. layanss..

Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

“Adik suka lelaki yang loving, caring . Tapi yang paling penting sekali...dia mestilah pandai tunggang kuda macam Bang Han! Baru adik rasa hidup adik ni indah bak fairytales.”

Setiap kali ditanya tentang calon suami pilihan oleh abang-abangnya, pasti ketiga-tiga ciri ini yang meniti di bibir. Khayla Ilham Hakimi yakin, lelaki sebegitu wujud. Menunggu saat yang terbaik untuk muncul. Dan nak temui lelaki yang memenuhi ciri ketiga itu, satu saja jalan yang perlu Khayla ambil. Daftar kelas menunggang kuda!

Takdir yang tertulis memang indah. Hari pertama jejakkan kaki di Pusat Ekuin UPM, dia dipertemukan dengan seorang jejaka kacak, si pemilik Ninja Hijau! Loving dan caring tu macam ada. Tapi tak kisahlah. Yang Khayla pentingkan sekarang ni, lelaki mata hijau itu sangat memenuhi ciri utama untuk dijadikan calon suami pilihan sebab...DIA PANDAI MENUNGGANG KUDA!

Tatkala salam perkenalan mahu dihulur, mulut laser Encik Abang Kuda meranapkan terus impian yang berkepuk-kepuk di dada. Gara-gara insiden perlanggaran depan tandas perempuan membuatkan helmet lelaki itu jatuh tergolek atas lantai batu, Khayla dijerkah sekuat hati.

“Opps...sori!”

“Macam tu ke cara minta maaf?” - RAZIN

“Hallo Hฯ‹bscher! ” – KHAYLA ILHAM HAKIMI

“Verrฯ‹ckt!”

Orang puji dia handsome, orang balik disumpah gila. Harap muka saja kacak tapi mulut...Na’uzubillah. Reject!!!

Tambah perisa sakit hati, pengakuan jujur lagi ikhlas teman akrab Encik Abang Kuda membuatkan dunia Khayla semakin kelam dan usang.

“Kesian you kena angin lintang my sweetheart. Forgive him ya. Hari ni mood dia tak baik. Sebab tu dia marah-marah. Selalunya dia baik dengan semua orang.” - HAIKEL
APA DIA? SWEETHEART? My oh my. Patutlah tak segan-silu marah perempuan. Dia GAY rupanya!!!

RAZIN: Selepas menyedari Khayla merupakan gadis yang dicari-cari selama ini, dia kembali memasang strategi untuk memikat. Segala kesempatan yang ada, semua dia rembat janji budak helmet ini senantiasa dekat dengannya. Jatuh basikal, Razin tolong rawatkan. Keluarga Khayla tiada di Malaysia saat dia mengalami kecederaan, Razin bawa balik rumah sendiri jumpa mama kesayangan. Memang tak mahu lepas lagi sampai bila-bila. Baginya, Khayla Ilham Hakimi adalah miliknya seorang dan tak sabar nak halalkan hubungan yang terjalin ini.

KHAYLA: Villa kotej Razin yang lengkap dengan kandang kuda dan padang rumput nan menghijau sangat mendamaikan hati. Ditambah-tambah kasih Mama Razin yang sangat menyayangi dirinya membuatkan Khayla tidak canggung tinggal bersama keluarga kecil ini. Di villa ini dia menemui cinta. Di kandang kuda ini juga kasihnya tersemai buat lelaki bermata hijau itu. Namun status ‘minat’ Razin yang amat diragui membuatkan perasaan halus itu dibuang jauh-jauh.

Mampukah Razin meluahkan isi hati jika Khayla awal-awal lagi dah sediakan jurang pemisah dan menganggap dirinya lelaki songsang semata-mata?

Bagaimana reaksi Haikel tatkala pulang dari outstation di Jepun, ‘sweetheart’nya itu dah pun jatuh cinta pada orang lain?

Dan apa pula kena-mengena Tisya, bekas kekasih Razin, dalam hidup Khayla selama ini? Semuanya bakal terjawab dalam ENCIK ABANG KUDA!

“Bang Han...adik dah jatuh cinta.”

“Good for you.”

“Tapi dia gay...”

“Bangkang!”


Bonus Cerpen:

1) Jangan Pernah Lukai Aku Lagi 1
2) Suamiku Encik Stalker
 

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss