Thursday, February 11, 2016

Novel ~ Kontrak Janji Setia Antara Kita

Assalamualaikum..



Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

“Kinah mintak maaf, abang. Kinah tak tahu apa yang abang suka makan,” ucap Sakinah. Jelingan tajam berserta ketapan sepasang bibir nipis itu menunjukkan suaminya sedang menahan marah. Sakinah tunduk. Air liur dikerongkong ditelan pahit. Perasaan gerun dan takut itu hadir semula.


“Kau apa pun tak tahu. Yang kau tahu minta maaf dua puluh empat jam,” kasar Rafiq berbahasa. Akhbar yang baru dibacanya dilipat kasar lalu dicampak ke lantai. Sakinah tergamam. Surat khabar itu jatuh tepat ke kakinya. Tengkingan suaminya bergema lagi hari ini. Sakinah sebak.

“Ma... maafkan... Kinah.” Tersekat-sekat butir bicara Sakinah. Begitulah dia setiap kali berhadapan dengan Rafiq. Tergagap-gagap seperti pesalah walaupun kadangkala kesalahan itu bukan dating daripada pihaknya. Namun, terpaksa juga dia yang tunduk memohon maaf.

“Entah apalah yang umi aku berkenan sangat pada kau? Semuanya serba tak kena. Bertambah menyusahkan aku adalah!” Rafiq menempelak. Dijeling pada Sakinah yang berdiri di sisinya. Gadis itu masih diam terpaku seperti harihari sebelumnya.

“Orang kampung memang macam nikan? Suka berpaut pada orang kaya untuk hidup senang. Pantang nampak yang berduit lekas sangat pasang jerat. Entah ubat guna-guna apalah yang umi terkena sampai paksa aku kahwin dengan kau?” Sengaja Rafiq menambah kata. Kata-kata yang hanya akan menyakiti hati Sakinah.

Mereka terjebak bersama. Amar Rafiq dan Sakinah terperangkap dalam ikatan perkahwinan demi memenuhi kepentingan masing-masing. Kalau bukan kerana Shafiq, mustahil bagi Rafiq menerima wanita dalam hidupnya kembali. Kepedihan semalam banyak mengajarnya agar lebih berwaspada. Kecurangan si bekas isteri telah merubah Rafiq menjadi seorang yang cengil dan bengis pada wanita yang menjadi isterinya. Demi menjaga kepentingannya dan Shafiq, Rafiq akhirnya mewujudkan sebuah kontrak bagi mengikat ‘kaki’ Sakinah.

“Ambil ni.”

“Apa ni? ”

“Baca dan kemudian kau perlu tandatangan surat perjanjian itu.”

“Surat perjanjian? Tapi untuk apa?”

“Untuk jaminan masa depan. Bacalah tapi kalau kau tak nak baca pun tak apa. Aku cuma perlukan tandatangan kau.”

Sampai satu ketika tanpa dia menduga, akhirnya kesabaran sang isteri mula menipis yang membuatkan Rafiq tercengang.

“Selama ini, Kinah telan semua kata-kata abang biarpun hati Kinah pedih mendengar setiap maki hamun abang. Kinah cuba memahami situasi abang yang masih dibelenggu dengan kecurangan Suraya.

“Tapi pernah ke abang cuba memahami hati dan perasaan Kinah? Tak pernah, kan? Yang abang tahu, hanyalah melemparkan kata-kata amarah dan tak puas hati abang. Pada abang semua perempuan sama seperti Suraya termasuklah Kinah.

“Selama enam bulan perkahwinan kita, pernah tak Kinah curangi abang? Pernah tak Kinah ambil kesempatan? Kinah sedar Kinah cuma anak kampung yang hidup menumpang. Kinah tak ubah seperti pengasuh Shafiq dan orang gaji dalam rumah ni. Dan Kinah tahu dalam hati abang sekali pun tak pernah sudi menerima Kinah sebagai isteri. Mungkin itulah perkara yang selayaknya berlaku dalam hidup Kinah.”

Saat bunga-bunga cinta mewangi, Rafiq diuji lagi. Kepercayaan yang dibina mulai goyah. Kehadiran Zulfi Hakimi dan Tengku Rizal memburu curiga Rafiq. Sakinah terhimpit. Bersalahkah dia? Atau prasangka seorang suami yang menjadikan kebahagiaan mereka sukar untuk digapai?

Bagaimana pula dengan Maria yang memendam rasa cinta terhadap sang suami? Dan mampukah Sakinah bertahan apabila Suraya kembali menagih cinta Rafiqnya? 



1 comment:

  1. tajuk menarik kak.... sipnosis pun best...



    okeyy tgu jadi drama heheeheheh

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss