Tuesday, May 03, 2016

Novel ~ Untuk Sekali Lagi

Assalamualaikum..



suka ngan semua watak dlm novel ni.. terutamanya ngan hani dahlia.. comel sgt.. dah laa disayangi oleh 3 org lelaki penting dlm hidup dia.. ada papa, daddy dan babah..


Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

Peluang itu... salahkah kalau meminta? Berdosakah kalau memberi?

Ini bukan cerita kahwin paksa, kahwin kontrak, atau juga bukan cerita tentang wanita yang menderita kerana menjadi isteri kedua!

Ini adalah cerita seorang wanita, Rose Raihanah yang telah berjaya menemui cinta pertamanya, Hud Daniel.

Lelaki itu datang ke dalam hidupnya dengan seribu satu rasa berkait dengan cinta. Akan tetapi, cinta pertama itu datang dengan pakej harga yang sangat mahal. Dia terpaksa membayarnya dengan tekad untuk menghadapi semua cabaran yang mendatang agar kebahagiaannya dapat dipertahankan.

Lumrah seorang wanita, sekuat mana penampilannya, seteguh mana pendiriannya, pasti akan kalah juga saat diri terasa tidak diperlukan. Kalau hati sudah terluka, walaupun masa boleh menyembuh sakitnya, tapi parutnya tetap ada. Lalu, bersama rahsia yang dikandung di dalam badan, berbekalkan kecekalan seorang wanita yang terasa dirinya dipinggirkan, dia akhirnya mengatur langkah membawa diri ke perantauan. Di sana, dia bertemu dengan Ilhaan Sufiy, seorang teman yang setia dan berjaya mengisi kekosongan jiwa.

Demi sebuah kehidupan baru untuk diri dan buah hatinya, Rose Raihanah terpaksa membuat satu keputusan. Sekalipun ada hati yang bakal merana, ada jiwa yang bakal disakiti, namun dia harus memilih.

Untuk sekali lagi, Hud Daniel datang menagih sebuah kemaafan.


“...Berilah peluang kedua pada perkahwinan kita. Berilah peluang kedua untuk abang. Berilah peluang kedua pada cinta kita...” – Hud Daniel

Untuk sekali lagi, Ilhaan Sufiy juga datang menuntut.

“You’ve promised me. Untuk sekali lagi saya nak ingatkan janji itu. Ini bukan rasa yang biasa-biasa, love. Rasa ini rasa cinta, sebab itu saya terpaksa menjadi seorang yang pentingkan diri. Saya mahu cinta saya. Saya mahu awak, Rose Raihanah.” – Ilhaan Sufiy, si teman sejati

Apakah keputusan Rose Raihanah? Antara Hud Daniel dan Ilhaan Sufiy, siapakah yang bakal mendapat peluang itu? Sesungguhnya, walau siapa pun yang bakal menerimanya, peluang itu harus ada!
 

1 comment:

  1. bagus akak..sempat jek bace novel kan...lieya ari tu pinjam kat library kkm novel seketul...sudahnye smapai abis duedate taksempat bace haahahahaha adoiii lah....

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss