Saturday, June 11, 2016

Novel ~ Shhh I Love You

Assalamualaikum..



Memang dah jodoh agaknya..sebab nama pun sama AIDAN & NADIA .. 
Aidan dan Nadia memula diperkenalkan oleh adik masing-masing.. tapi jual mahal. Bila Aidan tahu nama penuh Nadia, dia teringat akan arwah tunangnya yang meninggal akibat kemalangan dan telah mendermakan jantungnya.. Nadia adalah penerima jantung tersebut.. Kerana dia terlalu taksub dan sayang ngan arwah tunangnya dia terbuka hati untuk berkenalan dengan Nadia nie.. Memula tuh memang laa sebab akan jantung tuh tapi lelama dia sendiri jatuh cinta ngan Nadia dan mereka berkahwin.. kalau nak tau apa jadi lepas berkahwin kena laa uols baca sendiri yer.. ada gak la konflik sikit.. tapi tak laa berat..

Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis 

NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?

AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi? 

“Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?” – Nadia

“Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?” – Aidan

Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.

Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya? 

“Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!” – Nadia 

Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri. 

“Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya.” – Nadia

Try me.” – Aidan 

Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. Tetapi, benarkah hanya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia yang lebih besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi?

1 comment:

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss