Friday, February 26, 2016

Sambutan Tahun Baru Cina Mymi1

Assalamualaikum..

20 Februari 2016 (Sabtu)

Aku ikut hubby pergi open house Tahun Baru Cina  Mymi1 di Selayang bersebelahan TESCO.  Open house ini dibuka untuk ahli-ahli dan juga kaum keluarga.. So weols pun tak ketinggalan laa saje nak memeriahkan suasana lepas ambik anak kat asrama dia..








Thursday, February 25, 2016

Lawatan Ofis Ke Eco World Majestic

Assalamualaikum..

Hari ini aku join satu lawatan ke Eco World Majestic.  Memang tak de plan pun nak pergi.. tapi sebab bas ada kekosongan so aku pun join laa sekali.. Tempat ini katanya dibuka secara percuma sampai 3/3/2016..kalau tak silap..harap² pihak ECO lanjutkan laa peluang utk masuk percuma.. lepas tuh akan dikenakan bayaran.. tapi tak pasti berapa ringgit laa plak..

Jom tengok gambar laa.. yer..








Wednesday, February 24, 2016

Makan² Lagi Ngan Ofismate

Assalamualaikum..






Layan Boat Noodle minggu lepas ngan ofismate

Monday, February 22, 2016

Novel ~ Suami Paksa Rela

Assalamualaikum..



hahaha.. mmg karl ngan wafa kedua2nya sengal..mmg best dan x de konflik sgt..
 senyum jek baca kisah 2 org nie.. yg x leh blah bila wafa salat berus gigi karl kat jamban.. 
hihihi jenuh karl dok bilas mulut ngan listerin sampai sebotol.. pastu plak 
suruh karl buang air besar kat jamban x de pintu tengah2 malam.

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

Gara-gara frust menonggeng apabila si kekasih curang, Wafa Adlina tekad mulakan hidup baru. Keputusan yang paling sengal diambil. Dia nak kahwin! Tapi, bila pelan dah ada, calon suami pula tak ada. Ah, payah macam ni!



Tiba-tiba, kawan baiknya rekomenkan abang sepupunya sendiri. Satu blind date khas menemukan dia dengan Karl Elliyas, si playboy pencen. Kalau tengok dari segi luaran, Karl memang nampak sempurna. Tapi, bila lelaki itu dah tunjuk perangai sebenar, boleh meletup hati dia sebab menahan geram. Heh!

“Awak serius ke nak kahwin dengan saya ni?”
“Seriuslah. Kalau aku tak serius, aku tak datang sini. Tak datang jumpa Mak Jemah kau tu.”
“Memanglah. Tapi, kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya?”
“Sebab kau ni spesial.”
“Apa yang specialnya?”
“Speciallah. Kat mana lagi aku nak jumpa perempuan desperate macam kau ni yang sibuk nak kahwin bila ex-lover dia nak kahwin. Kau ajelah satu-satunya. Hahaha!” ~

Perkahwinan tanpa syarat itu terjalin dengan luar biasa. Tanpa cinta, mereka bisa hidup seperti pasangan suami isteri yang sebenarnya. Sampailah satu saat, muncul Idham dan Jasmine yang sibuk mahu mencipta konflik. Mampukah Karl dan Wafa bertahan? Rasa dalam hati, adakah itu cinta? Atau, hubungan yang seakan-akan rela ini hanyalah kerana terpaksa semata-mata? 



Friday, February 19, 2016

Novel ~ Jangan Padam Rindu

Assalamualaikum..



not bad.. geram ngan fauzan memula tu tapi bila dah baca part fauzan tu baru tau napa dia.terpaksa tinggalkan ellina.. sayang sungguh fauzan pada ellina... hingga sanggup nipu utk.dptkan ellina..hmmm yg best tu ada kolam tertutup dlm rumah.. bestnya.. 


Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

Ellina tak sangka dia dilamar oleh tuan haji kerepot yang bertongkat! Dia tak rela nak bertunang dengan lelaki tua yang gatal tu. Nak kahwin? Lagilah tak ingin!

Ellina: Lagi satu, bukan semua orang tuan haji boleh beli hatinya dengan kebendaan. Note4 pink ni memang awesome tapi itu tak bererti saya dah jatuh tergolek kat sini.

Mereka tak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Mujurlah ada media canggih tu. Kalau tak, ‘muntah hijau’ dibuatnya kalau terpaksa bercakap secara langsung dan bertentang mata dengan tuan haji.

Tuan haji: Ellina, saya ikhlas nak kahwin dengan Ellina. By the way, Note4 pink tu saya hadiahkan dengan ikhlas. Saya tak ada intention pun nak buat Ellina jatuh tergolek kat sana. Ellina, jatuh tergolek ke?

Serius Ellina tak boleh tahan. Geli betul dengan lelaki tua yang bertongkat tu. Tapi nak buat macam mana? Apa pilihan yang dia ada?

Ellina: Saya serius. Apa kata kahwin saja dengan ibu saya? Saya lebih rela jadi anak tuan haji. Please marry my mom.

Tuan haji : Ellina… I want to marry you, not your mom.

Ellina pasrah. Majlis pertunangan dijalankan walaupun hati tak rela. Tak ikhlas! Tapi, kenapa bila tiba hari pertunangan orang lain pula yang bertunang dengan dia? Bukannya tuan haji. Dan Ellina rasa nak mati bila ‘orang’ itu sebenarnya yang meminangnya. Ellina rasa tak menentu bila ‘orang’ itu yang menjadi tunangnya. Kenapa ‘orang’ itu? Kenapa orang yang telah merobekkan hatinya muncul semula dalam hidupnya?

“Simpan rindu dalam hati!”



Thursday, February 18, 2016

Selamat Hari Lahir Hubbyku

Assalamualaikum..


Hari ini 18 Februari adalah hari lahir hubbyku yang tersayang..

Selamat Hari Jadi Abang.  Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
sihat sejahtera dan hidup diberkati oleh Allah hendaknya..

Terima kasih menjadi suami dan ayah yang baik buat kami.. Alhamdullillah

Aaaammiinnn...

Tuesday, February 16, 2016

Tak De Motor Sendiri Motor Ayah Pun Jadi Laa..

Assalamualaikum..

Sesekali bila dia mintak disuruh ambilkan gambar
so gunakan laa dengan sepenuhnya..ikutkan aje laa lagaknyaa..tuh

Hai laa anak bujang ku.. kan main lagik dia..
posing² ngan motor ayah lagak cam motor sendiri.. adoiyaai

 




Monday, February 15, 2016

Hadir Majlis Kahwin di Wangsa Maju

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas aku ikut hubby hadir ke majlis perkahwinan salah sorang ex-student BMI.  Dia kiranya suami isteri adalah ex-student BMI.  Majlis di adakan di Dewan Masjid Seksyen 2 di Wangsa Maju.  Majlis yang sangat simple tapi sangat barakah..

Pelamin simple dan sweet jerk..






Cenderahati dari pihak pegantin..  

 Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai



Friday, February 12, 2016

Novel ~ Seteguh Fayqa

Assalamualaikum..


Dzariff yang sengal dan suka mengarah tapi bila time sweetnya..adohai..melting jadinya....
Fayqa yang memula tuh sudah menyerah kalah bila si langau asik ngendeng jerk ngan si laki.. tapi bila dinasihatkan oleh ipar duai yang very the sporting dan juga oleh mamanya..dia bangkit mempertahankan suaminya tu.. Citer yang sangat bagus dalam menangani masalah rumahtangga dan juga kasih sayang dalam keluarga.. I like!!

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang


Sinopsis ~

FAYQA LARA LYANA, gadis yang mempunyai latar belakang yang misteri, tersadai di rumah kawan baiknya kerana terlibat dalam peristiwa hitam yang menimpa kawan baiknya, Dzahim. Hidup di bawah satu bumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain yang ceria dan penyayang membuatkan dia terasa kehilangan keluarganya sendiri.

Dzariff, si abang yang sentiasa berprasangka negatif tentang Fayqa menjadikan hidupnya lintang-pukang. Dzariff ataupun digelar sebagai jeneral sengal sering mengganggu hidupnya dengan arahan dan aksi yang tidak masuk akal. Fayqa yang teguh dapat bertahan dengan sikap sengal si abang.


“Why is it that my reproductive part always become your point of attack?” - DZARIFF

“Sorry. Mulut awak tak ada insurans.” - FAYQA

Jodoh datang tanpa dirancang. Fayqa tidak sangka si jeneral sengal rupa-rupanya ada hati terhadapnya. Bercinta? Jauh sekali. Atas nasihat ibunya, Fayqa menerima lamaran yang tiba-tiba hadir. Lalu bermulalah kehidupan yang manis namun tetap­­ tidak dapat lari daripada dugaan yang melanda.

“Saya tak sebut nama sesiapa pun. Saya tak tuduh sesiapa pun. Yang saya nampak, awak yang beria-ia hendak lindungi orang itu. Kenapa?” - FAYQA

“Faye, can you hear what you are saying? Inilah sebabnya abang suruh Faye move on. Sekarang Faye curiga pula dengan abang, tuduh abang nak lindungi orang tu. Faye nampak tak negativity breeds more negativity.” - DZARIFF


Fayqa yang naif, tidak pandai cemburu, tidak pandai bersangka buruk. Namun apabila satu peristiwa hitam menimpanya, dia sedar dia perlu bertindak. Berserah? Tidak sama sekali apabila kebahagiaan rumah tangganya menjadi taruhan. Akal digunakan untuk mengelakkan sebuah kehancuran.

Apabila orang tua berikan nasihat supaya banyak bersabar selepas berkahwin, dia tidak sangka hingga ke tahap ini seorang isteri perlu bersabar. Sejauh mana Fayqa dapat bertahan?

Thursday, February 11, 2016

Novel ~ Kontrak Janji Setia Antara Kita

Assalamualaikum..



Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

“Kinah mintak maaf, abang. Kinah tak tahu apa yang abang suka makan,” ucap Sakinah. Jelingan tajam berserta ketapan sepasang bibir nipis itu menunjukkan suaminya sedang menahan marah. Sakinah tunduk. Air liur dikerongkong ditelan pahit. Perasaan gerun dan takut itu hadir semula.


“Kau apa pun tak tahu. Yang kau tahu minta maaf dua puluh empat jam,” kasar Rafiq berbahasa. Akhbar yang baru dibacanya dilipat kasar lalu dicampak ke lantai. Sakinah tergamam. Surat khabar itu jatuh tepat ke kakinya. Tengkingan suaminya bergema lagi hari ini. Sakinah sebak.

“Ma... maafkan... Kinah.” Tersekat-sekat butir bicara Sakinah. Begitulah dia setiap kali berhadapan dengan Rafiq. Tergagap-gagap seperti pesalah walaupun kadangkala kesalahan itu bukan dating daripada pihaknya. Namun, terpaksa juga dia yang tunduk memohon maaf.

“Entah apalah yang umi aku berkenan sangat pada kau? Semuanya serba tak kena. Bertambah menyusahkan aku adalah!” Rafiq menempelak. Dijeling pada Sakinah yang berdiri di sisinya. Gadis itu masih diam terpaku seperti harihari sebelumnya.

“Orang kampung memang macam nikan? Suka berpaut pada orang kaya untuk hidup senang. Pantang nampak yang berduit lekas sangat pasang jerat. Entah ubat guna-guna apalah yang umi terkena sampai paksa aku kahwin dengan kau?” Sengaja Rafiq menambah kata. Kata-kata yang hanya akan menyakiti hati Sakinah.

Mereka terjebak bersama. Amar Rafiq dan Sakinah terperangkap dalam ikatan perkahwinan demi memenuhi kepentingan masing-masing. Kalau bukan kerana Shafiq, mustahil bagi Rafiq menerima wanita dalam hidupnya kembali. Kepedihan semalam banyak mengajarnya agar lebih berwaspada. Kecurangan si bekas isteri telah merubah Rafiq menjadi seorang yang cengil dan bengis pada wanita yang menjadi isterinya. Demi menjaga kepentingannya dan Shafiq, Rafiq akhirnya mewujudkan sebuah kontrak bagi mengikat ‘kaki’ Sakinah.

“Ambil ni.”

“Apa ni? ”

“Baca dan kemudian kau perlu tandatangan surat perjanjian itu.”

“Surat perjanjian? Tapi untuk apa?”

“Untuk jaminan masa depan. Bacalah tapi kalau kau tak nak baca pun tak apa. Aku cuma perlukan tandatangan kau.”

Sampai satu ketika tanpa dia menduga, akhirnya kesabaran sang isteri mula menipis yang membuatkan Rafiq tercengang.

“Selama ini, Kinah telan semua kata-kata abang biarpun hati Kinah pedih mendengar setiap maki hamun abang. Kinah cuba memahami situasi abang yang masih dibelenggu dengan kecurangan Suraya.

“Tapi pernah ke abang cuba memahami hati dan perasaan Kinah? Tak pernah, kan? Yang abang tahu, hanyalah melemparkan kata-kata amarah dan tak puas hati abang. Pada abang semua perempuan sama seperti Suraya termasuklah Kinah.

“Selama enam bulan perkahwinan kita, pernah tak Kinah curangi abang? Pernah tak Kinah ambil kesempatan? Kinah sedar Kinah cuma anak kampung yang hidup menumpang. Kinah tak ubah seperti pengasuh Shafiq dan orang gaji dalam rumah ni. Dan Kinah tahu dalam hati abang sekali pun tak pernah sudi menerima Kinah sebagai isteri. Mungkin itulah perkara yang selayaknya berlaku dalam hidup Kinah.”

Saat bunga-bunga cinta mewangi, Rafiq diuji lagi. Kepercayaan yang dibina mulai goyah. Kehadiran Zulfi Hakimi dan Tengku Rizal memburu curiga Rafiq. Sakinah terhimpit. Bersalahkah dia? Atau prasangka seorang suami yang menjadikan kebahagiaan mereka sukar untuk digapai?

Bagaimana pula dengan Maria yang memendam rasa cinta terhadap sang suami? Dan mampukah Sakinah bertahan apabila Suraya kembali menagih cinta Rafiqnya? 



Wednesday, February 10, 2016

Anak Aku Demam

Assalamualaikum..

Cuti Raya Cina tak de gi mana² sebab anak aku demam panas sejak
hari Ahad lepas.. pergi doktor..dah makan ubat tapi demam panasnya
tak ilang² asik on off aje.. so semalam pergi lagi ke kelinik..
kena ambik darah.. alhamdullilah klinik call malam bagi tau
darah yang diambik normal.. so tak de laa nak risau sangat maklum laa
sekarang nie memang banyak kena denggi..

Hari ni dan esok dapat MC dari doktor.. patutnya hari nie dia sekolah
sebab dia sekolah agama tak sama ngan sekolah kebangsaan cuti seminggu...
Harap cepat sembuh..dan boleh ke sekolah..



Thursday, February 04, 2016

Membeli Ikan Di Nursery Ofis

Assalamualaikum..

Hari ini ada jualan ikan kat ofis aku nie.. kolam yang kat nursery tuh
ikannya dah boleh dijual.. Ini kira kali kedua aku beli.. hari tuh
ada gak dibuka untuk dijual tapi aku tak pergi.. kali nie ikut ofismate
aku dia orang nak membeli..aku pun join laa sekaki beli sekali..

Aku beli ikan talapia merah (sekilo RM7) adalah dalam 3 ekor
 ngan ikan patin (sekilo RM5) dalam 2 ekor size sedang².
Boleh untuk buat makan² weols keluarga yang tak berapa nak besar nie..

Kolam kat nursery

Wanie paling banyak membeli.. ikan keli, talapia berkilo²

Tu dia ikan talapia fresh.. ada yang siap lompat² lagik..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss