Friday, April 29, 2016

Makan² Dengan Kengkawan

Assalamualaikum..

Hari nie aku dan ofismate jalan² cari makan.. dah lama tak kuar berempat.. so jalan jauh sikit hari..nie.. Memula plan nak makan ikan patin tempoyak kat Shah Alam.. tapi rupanya hari Jumaat tutup laa plak.. so weols google laa cari tempat makan yang sedap.. so terjumpa laa Restoren Jemari kat Seksyen 7 Shah Alam dekat laa ngan sekolah anakku..  Restoren nie berdepan dengan butik Rina Salleh..

Weols oder Ala-carte jerk.. Makan yang biasa² je pun.. tapi sedap..dan puashati..



 Tomyam campur dia sedap..kuah pun pekat..




Kueyteow pun sedap.. kira bebaloi laa..

Thursday, April 28, 2016

Aktiviti Aku Hari Isnin Lepas..

Assalamualaikum..

25 April 2016 (Isnin)

Hari ni aku dan hubby cuti.. sebab anak pun dapat cuti sempena sukannya.. Mak plak ada appoiment doktor kat GH so weols pun hantar laa mak ke hospital dulu.  Lepas tuh weols ke rumah flat kat Setapak nak ambik surat dan bayar bil² rumah tu yang tertunggak.  

Selesai hal semua tuh.. hubby ajak gi makan.. dari hari tuh lagi aku teringin nak makan sup cicah ngan roti... pernah laa bagi tau dia.. ajak dia gi makan sup nie kat Jalan Doraisamy.. tapi memang tak dan laa kan.. Jadi hari nie.. hubby ajak laa aku gi makan sup gak tapi kat jalan Setapak nie.. Rupanya belakang masjid kat jalan Setapak nie ada satu kedai sup mamak..  Macam² jenis sup ada.. Jadi aku oder sup kambing dan hubby oder sup ayam.. cicah ngan roti..Hmm sedap gak laa.. kuah supnya pun pekat..kenyang perut aku..

Lepas makan tuh weols gi ambik mak aku dan weols ke pejabat loyer nak setel bayaran untuk keluarkan geran umah flat setapak dah selesai terus laa balik umah sebab si bujang tuh tak ikut weols keluar.. tengok dan tercongok depan pintu pagar..  

Malam lepas Maghrib weols hantar laa dia balik asrama..

Hmm..sedap sup daging kambing nie cicah ngan roti.. 


Kedainya belakang Masjid nie yang dekat Jalan Setapak

Restoren Sup & Popia Zaiton Hussin

Wednesday, April 27, 2016

Sukan Tahunan Safinatun Najah 2016

Assalamualaikum..

24 April 2016 (Ahad)

Weols ke Sekolah Rendah Agama Seksyen 3 di Shah Alam sebab hari sukan tahunan sekolah anakku Safinatun Najah.. Weols ingat macam tahun lepas guna padang sekolah yang berdekatan.. rupanya kat Seksyen 3.. kena laa weols Waze ke situ.. Weols pun pergi agak lewat sikit.. dalam pukul 10 gitu baru sampai kat padang sekolah.. Macam² acara ada.. Rumah Turqoise juara keseluruhan..

Sebelum ke padang.. weols jamu selera dulu.. kat kedai mamak.. 

Acara yang berlangsung.. 


Amboi semangat betul anakku..main terompah gergasi.. caiyok²

Anakku ngan kawannya.. rumah Turqoise.. 


Hubby ngan Aziz.. dulu dia pun sekolah kat Safinatun

Tuesday, April 26, 2016

Ber Steamboat dan BBQ

Assalamualaikum..

23 April 2016 (Sabtu)

Dapat jemputan dari Angah ajak ke rumah. Katanya nak buat makan² sebab dah lama weols tak berkumpul makan² sama².  Rasanya lama jugak tak Keramat.. 

Sebelum sampai ke rumah Keramat, weols singgah beli Durian sebagai buah tangan.. Weols beli laa dalam 4 biji besar² gak laa.. Harganya pun boleh tahan gak laa.. Tapi tak kisah laa kan.. untuk makan² apa de hal sangat..

Sampai di Keramat, rupanya Kak Sal sekeluarga pun ada sama.. Dia orang dah sampai malam sebelumnya.. Datang KL sebab ada jemputan anak kawan Abg Usop nak kawin.. Bila weols sampai jer baru laa mula nak masak² dan makan²nya..

Seronok plak buat Steamboat dan BBQ sekali.. guna periuk elektrik.. Makan plak ramai² memang meriahnya.. Minum plak ngan LaiChiKang.. memang sedap laa..  Angah pun sempat buat kek tiramsu..

Alhamdullillah kenyang perut.. terima kasih atas jemputan..pada Angah, Kak Yong dan Kak Yang sekeluarga..







Thursday, April 21, 2016

Novel ~ My Soulmate

Assalamualaikum.



Ada hikmahnyaa Ayuni ditinggalkan oleh bekas tunang kerana lepas itu dia dicintai oleh 2 orang lelaki yang berkawan baik..Citer yang melibat hati dan perasaan, persahabatan. Kerana sahabat sanggup serahkan wanita yang dicintai pada kawan baik.. Tapi orang kata kalau dah jodoh tak kemana..kan.


Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

Ayuni Zara - Dia terperangkap oleh perasaan mencintai dan dicintai oleh dua orang sahabat. Meletakkan hati dan perasaannya kepada orang yang salah setelah merasakan bosnya itu ialah soulmatenya selepas dua kali diselamatkan daripada kemalangan yang hampir meragut nyawanya, biarpun dia sedar cintanya itu cinta terlarang.
Taufik Hidayat - Dia assistant kepada sahabat sendiri, telah jatuh cinta separuh mati kepada Ayuni Zara. Ditentang hebat oleh sahabatnya itu hanya kerana sebab yang tidak boleh diterima. Namun kerana cinta, dia tetap dengan pendiriannya kerana gadis itu telah mengembalikan sinar bahagia dalam hidupnya.
Hisyam Datuk Bakri - Dia telah ditunangkan dengan Zetty Nur Sarafina. Seolah-olah menjilat ludah sendiri. Tanpa diduga dia telah jatuh cinta kepada cinta hati sahabatnya hingga dia nekad mengkhianati hati sahabtnya itu dan mengecewakan hati si tunang.
Konflik demi konflik berlaku. Baik Ayuni mahupun Hisyam, masing-masing terpaksa berpijak di bumi yang nyata dan terpaksa menerima ketentuan takdir bahawa mereka memang tidak dijodohkan bersama. Masing-masing nekad untuk mengakui bahawa mereka ialah soulmate hanya sekadar dalam hati mereka. Itulah janji mereka tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun kecuali DIA.
"...The very moment I heard my first love story, I wanted a soulmate of my own. I searched blindly, not knowing where to look. Finally, I realised... lovers don't just meet anywhere. They're in each other all along..." -Hisyam
"...Sometimes I think a soulmate is someone who lets you be the person you want to be..." -Ayuni Zara
Ternyata cinta Ayuni dan Hisyam tidak bertitik noktah di situ apabila seorang soulmate tetap akan menjadi soulmate dalam hati pasangannya apabila sekali lagi cinta mereka dipertemukan waaupun ia datang dengan cara cerita yang berbeza. Penuh air mata dugaan dan pengorbanan kerana seorang soulmate bukan sekadar pasangan serasi, yang sehati sejiwa tetapi sebaliknya yang saling melengkapi.



Wednesday, April 20, 2016

Novel ~ Kahwin Kampus

Assalamualaikum..



Kredit ~ Aku Beri 4.5/5 Bintang

Sinopsis ~

Ayah terpaksa berpindah dan Nur Zulaikha harus tinggal bersama Nanny. Tapi, syarat perpindahan itu cukup payah. Ika perlu mengahwini Muhammad Nadzim Shah kerana mereka akan serumah. Bagaimana untuk berkahwin dengan Abang Shah kalau selama ini Ika menganggap lelaki itu sebagai abang sendiri? Lagipun, Ika sudah ada Faez. Lebih penting lagi, Abang Shah juga sudah ada Shira, si rambut karat yang vogue itu. Tapi yang peliknya, kenapa Abang Shah setuju?

 “Betul ke Abang Shah setuju kita bernikah?” “Ya, memang betul abang setuju!” Apa lagi yang Ika boleh kata kalau hanya dia saja yang membantah. Berkeras macam manapun, pilihan ayah tetap Abang Shah, bukan Faez. Perkahwinan mereka menjadi rahsia kerana Ika masih belajar. Duduk sebumbung hanya di hujung minggu. Status suami isteri hanyalah di atas kertas. 

Tapi, bila tiba-tiba Shira muncul menuntut Shah tunaikan janji, kenapa hati Ika mula terasa pedih? “Ika setuju!” – Ika “Apa yang Ika setuju?” – Shah “Ika setuju abang kahwin dengan Shira, tapi lepaskan Ika.” - Ika Apa akan berlaku pada rumah tangga mereka jika Shira berterusan menuntut janji dari Shah untuk mengahwininya? Mampukah Ika mempertahankan haknya atau terpaksa rela menerima keputusan Shah?


Monday, April 18, 2016

Bawa Anak Outing..

Assalamualaikum..

10 April 2016 (Ahad)

Hari ini aku ke sekolah anak aku. Minggu nie outing jer.. so ambik kain baju dia pergi ke self-service laundry basuh kat sana sekali ngan keringkan dan ada juga servis untuk gosok.  Malas nak bawa balik so bawa dia jalan² aje laa.

So weols ke Mid Valley.. pusing² kat dalam tuh.  Ada plak PC dan Elektronik Fair. Ramai sungguh orang berasak².  Weols kat dalam tuh pun tak lama.. sebab ramai orang.  Dari Mid Valley anak sibuk nak cari baju kat Metro Kajang.. jadi weols ke sana laa plak.. Layankan aje laa.. budak bujang nie.. Dapat laa 2 helai baju.  Pas tuh weols rush ke Shah Alam.

Ambik baju yang digosok kat kedai dobi pas tuh singgah makan. Tengok plak kat sebelah kedai dobi tuh ada kedai Satay Willy.  Oder laa satay dan anak aku nak makan nasi so aku oder kan Nasi Kukus Kak Wok siap set ngan air teh o ais.  Dekat 1/2 jam tunggu satay tak kunjung tiba anak aku dah siap makan..Pas tuh perasan orang kat sebelah yang datang kemudian dah dapat.. sabo je laa hati nie.. Lagi pun tak kan nak tunggu lagi sebab nak cepat hantar anak masuk asrama dia.. So pergi kat kaunter terus weols cancel oder, cuma bayarkan nasi ngan air jer.. yang sempat. Yang sakit hati tuh tak de plak nak cakap mintak maaf ke apa.. adesss sabor je laa hati masa tuh.. 

Hantar anak balik asrama.. so masa on the way balik ke rumah singgah makan kat Bukit Cheras..tak pe laa janji kenyang perut Alhamdullillah..


Dua orang kesayanganku

IT Fair kat Mid Valley

 Muka boring tunggu makanan..

Air Epal.. nie je laa sempat layan.. 

Nasi Kak Wok anak aku makan nie.. nasib baik ada 
order nie kalau dia pun makan satay sure lapo..
tunggu satay tak sampai² 

Ni laa Satay Willy branch kat Shah Alam.. fail laa servis dia orang.. 

Hubby layan nasi putih, tomyam campur dan telor dadar.. 

Kueyteow KungFu yang tak macam Kueyteow KungFu


Friday, April 15, 2016

Novel ~ Jejaka Edisi Terhad

Assalamualaikum..



Kredit ~ Aku Beri 4.5/5 Bintang

Sinopsis ~  

“Encik, takkan semua bilik nak buat studio?” ~ Sara.

“Suka hati sayalah. Saya bayar, kan?” ~ Que.

Kisah hidup Cik Akustik Konsultan, Sara Nabila huru-hara apabila bertemu dengan pramugara kacukan Inggeris, Que Zafril. Konon hati takkan goyah dengan godaan bersahaja Que Zafril kerana yang terpahat di hati hanyalah si tall, dark and handsome, Shah Ezlan. Namun, hari demi hari hatinya mula berubah rentak.

Que mempunyai banyak persamaan dengan abang kesayangan Sara, Sean Norman. Kaki snooker, kaki motor besar. Apatah lagi setelah dihalau keluar dari rumah dek angkara sahabat baik merangkap kakak ipar, Indah yang buruk perangainya, hanya Que yang menceriakan harinya. Terasa diri dekat dengan Sean Norman apabila bersama Que. Namun… mahu dicampak ke mana si tall, dark and handsome?

“Love is crap!”



Wednesday, April 13, 2016

Tahniah..Hubbyku Sayang

Assalamualaikum..

Hasil dari interview untuk kenaikan pangkat tempoh hari, semalam baru 
dapat surat mengesahkan hubby aku berjaya dalam kenaikkan
 pangkat.  Alhamdullillah rezeki juga tuh.. 
Tahniah diucapkan pada hubbyku.  
Terima kasih pada Dean dan Deputy Dean atas good recommendation.
Besar dah tanggungjawab sebab kena jaga anak buah yang ramai..
Moga terus success dimasa hadapan.. Insyallah.. Aaammiinn 

Congrats my dear.. hubby.. 

Amboi senyum jer dia..yer..  

Nak enterframe gak laa gambar weols berdua.. ahakss..

Novel ~ Jangan Biar Cinta Berlalu (Special Edition)

Assalamualaikum..



Best... sambungan dari Novel Jangan Bilang Benci dan Kau Yang Aku Cinta 
Special Edition.. kisah lepas dia orang kahwin.. memang sweet sangat..!!
Bad & Hans
Hafriz & Kimrie


Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang



Tuesday, April 12, 2016

Novel ~ Aku Yang Kau Cinta

Assalamualaikum..



Memang susah nak berhenti bila baca buku nie.. nak tau apa kesudahannya.. hans ngan bad dua2nya ego.. baca novel nie sempat gak laa airmata aku meleleh.. sanggup bad takle han. sampai han jatuh cinta pas tu malam pertama sanggup nak ceraikan sebab nak balas dendam.. eei geram ngan bad nie.. dlm sibuk nak cerai ngandung jugak han nie.. lepas beranak leh lak bad jatuh cinta. masa nie dok sibuk plak nak goda han.. tapi aku kesian kan kawan baik han si benji yg dah lama syok ngan dia x dpt tawan hati han.. sbb.han mmg dah jatuh cinta ngan bad si.playboy nie.. Han nie.sorang anak yg x dpt kasih sayang dari ibu ayah sebabkan dia nak yg x cantik macam along dan adiknya.. walaupun dilayan dgn buruk masih lagi hormat kan keduanya..

Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

Hannissa Amsyar mahu dikenali sebagai Hans, gadis skema dan selekeh yang tidak suka bercinta ketika di universiti. Malah, amat membenci lelaki yang pemalas dan tidak tahu berdikari. Dia punya prinsip, ingin berjaya dalam hidup tanpa gangguan mana-mana insan bernama lelaki.

Lihat sahaja penampilan dirinya...memang bukan cita rasa lelaki. Bardrizal yang melihatnya pun tidak berselera untuk mengenali dengan lebih mesra. Apatah lagi Hans bukan kategori wanita cantik walaupun punya rambut blonde macam minah salih!

Masa telah merubah segala-galanya. Hans kini berjawatan tinggi di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Oleh kerana keanggunan Hans yang menyerlah, lelaki itu jatuh cinta padanya. Bardrizal cuba memikat, Hans pula bermain tarik tali. Mana mungkin lelaki pemalas itu mahu bercinta dengannya?

Namun, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Lelaki itu telah dimalukan Hans di khalayak ramai. Dendam kesumat menguasai diri Bardrizal. Hans perlu ditundukkan. Pembalasan adalah agenda utama yang perlu dilaksanakan!


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss