Tuesday, May 31, 2016

Makan Ikan Patin Tempoyak Di Restoren Temerloh Catering

Assalamualaikum..

Sabtu, 28 Mei 2016

Cuti sekolah telah bermula, jadi  weols ke sekolah anak aku untuk bawa dia balik dari asrama.  Lepas itu weols ke Seksyen 15 nak makan tengahari kat Restoren Termerloh Catering.  Plannya dulu aku nak gi ngan ofismate pada hari Jumaat tapi bila call dia orang kata Jumaat memang dia orang tutup.. so tak de laa pergi.. jadi kali nie aku ajak hubby pergi makan kat situ.. Weols guan waze jer.. senang gak laa nak jumpa.. Rasanya sedap gak laa.. iye laa kalau nak makan ikan patin tempoyak kira dah sedap laa bagi aku.  Tak payah nak ke temerloh untuk menikmati ikan patin tempoyak..kan.. 

Kedai corner lot.. Restoren Temerloh Catering

Nie aku ambik patin sangkar.. 

Hubby ambik patin mas 

Konsep layan diri.. ambik lauk pauk.. pas duduk orang akan datang kira.. 

Harga yang diberi belum masuk GST.. 

Monday, May 30, 2016

Rezeki Makan Dan Makan..

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas waktu lunch weols dapat undangan dari Bahagian Kewangan, Pejabat TNC dan Pejabat Pengarah.  Dia orang plak buat majlis kesyukuran makan² dan juga nak sambut bulan Ramadhan.  Alhamdullillah rezeki.. Sedap plak menunya.. kenyang perut weols..

Ambik makanan kat sebelah pas tuh makan kat bilik mesyuarat weols.. 


Nasi beryani..ngan kuih muih..


Pada hari Jumaat plak ofismate sponsor plak buat steamboat. Alhamdullillah rezeki lagi.. kenyang gak perut..  Dah makan steamboat makan plak rojak buah..

Ada rojak buat jugak.. dan steamboat



Friday, May 27, 2016

Husna Nasi Berlauk Air Dingin

Assalamualaikum..

Hari Rabu hari tuh ofismate oder nasi berlauk Air Dingin dari Kelantan.. pukul 9 pagi dah sampai ofis weols.. so pepagi dah layan nasi berlauk..nie.. kiranya fresh dari kelantan sebab katanya flight landing kat airport dalam pukul 4.30 pagi tuh katanya laaa.. Not bad leh laa layannsss..

 Gulai ikan.. tongkol

Nasi pack dalam kotak

lauk ayam 


Ofismate layanss.. pepagi..nasi berlauk.. 


 Nasi Berlauk Air Dingin..gulai ayam
aku punya..

Thursday, May 26, 2016

MAJLIS KESYUKURAN DAN SAMBUT PUASA

Assalamualaikum..

Selasa, 24 Mei 2016

Selapas aje selesai mesyuarat bahagian, weols buat majlis kesyukuran dan juga sempena nak sambut bulan puasa.  Majlis kali ini telah ditaja oleh staf yang mendapat APC, Sah/Tetap dan juga boss besar weols yang telah dinaikkan pangkat. Alhamdullillah majlis berjalan dengan lancar dan makanan pun weols puashati sebab nie kira 1st time laa oder dari caterer nie..

Jom layang gambar² sekitar majlis berlangsung..,





Pakat² weols yang serba oren..


Posing² jangan tak posing.. Sama plak ngan air sirap tuh kalernya..

Sebelum makan dengar ucapan dulu dan baca doa selamat sikit 

Kari Kambung, Ayam Masak Merah, Paceri Nenas Ulam, Ikan masin 
dan sambal belacan 


Kuih yang sedap.. ketayap dan karipap...memang laku abis.. dimakan.. 

Sempat laa bergambar ramai² sebelum acara makan.. 

ABC yang ditaja oleh En. Ridzal.. terima kasih.. dia memang 
selalu taja kalau weols ada majlis makan² gini

Bubur pulut hitam.. sedap.. 

Ini aku yang punya..hehehe..sedap kari kambingnya..

Wednesday, May 25, 2016

Selamat Hari Lahir Buat Diriku..

Assalamualaikum..









25 Mei datang lagi.. dan hari ini bertambah lagi usia ku.. Alhamdullillah aku bersyukur ke hadrat Allah kerana masih lagi diberi aku peluang untuk bernafas di atas muka buminya ini.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku kesihatan yang baik dan dapat bersama-sama dengan keluarga yang aku sayangi.

Terima kasih pada semua yang telah memberi ucapan dan doa kepada diriku ini.  Moga kalian juga akan diberkati oleh Allah hendaknyaa.. 

Aaammiinn..

Tuesday, May 24, 2016

Novel ~ Sayang Papa Saya Tak?

Assalamualaikum..



Aku suka ngan Raisya.. anak yatim piatu berumur 18 tahun lari dari Rumah Asuhan Budi dan bekerja di rumah Pn. Rogayah sebagai pengasuh Qalish. Farish yang murung setelah kematian isterinya Kasih mengabaikan anaknya sendiri kerana padanya Qalish yang menyebabkan Kasih mati tapi pada hakikatnya Kasih meninggal sebab terlibat dalam kemalangan jalanraya bersama ngan adik kembarnya Fakhrul yang dalam perjalanan ke hospital untuk bersalin.  Raisya disuruh kawin dengan Farish oleh mamanya sebab Raisya yang dirasakan baik dan bertanggungjawab untuk menjaga cucunya..dan selain dari tuh ditawarkan wang RM100,000 jika Raisya sudi kawin gnan Farish... Kalau nak tau kisahnyaa apa Raisya buat dengan wang tuh korang baca laa novel nie.. 

Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinospsis ~

Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.


Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

“RM100,000.00 Encik Farish? Yang tak gatal pun mesti jadi gatal.”- Raisya.

Kalau begitu ragamnya, bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya?

Monday, May 23, 2016

Novel ~Chinta Unlimited (Limited Edition)

Assalamualaikum..



whoohh.. marathon dari pukul 11.00 hingga pukul 2.50 pagi.... nak tau punya pasal endingnya sanggup sengkang mata.


best.. kelakar laa amani nie.. sanggup jadi pelakon tambahan.. nak cari duit.. kan dah terkantoi ngan azrul.. terputus laa cinta ditengah jalan sebab dah salah faham.. tapi kalau dah jodoh x kemanakan..



Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

Azrul Redza dan Nur Amani. Cinta terbit saat kali pertama mereka bertemu. Tapi semuanya musnah dek salah faham.

“I ingatkan you ni berbeza. Rupa-rupanya, you’re as cheap as them...” – Azrul.

“You hold a mean grudge, Encik Azrul.” – Nani.
“Ya, kalau melibatkan soal hati dan perasaan, memang I berdendam!- Azrul.

Takdir tertulis, ada pertemuan seterusnya buat mereka. Mulanya Azrul berniat membalas dendam. Tapi, kalau memang jenis tak pernah buat kerja jahat, hatinya jadi tak tergamak. Sudahnya, dia ‘lepaskan’ sahaja Nani. Ingatkan selepas itu, hati akan lega. Tapi rupanya makin kacau dengan kehadiran Aaron.

“Dah awak dengan dia tak ada apa-apa. Tak salah saya ambil peluang kan? – Aaron.

Nani juga jadi serabut. Dia tak mahu berpaling pada Azrul tetapi dia juga tak mahu beri harapan pada Aaron. Hingga sampai satu tahap, dia terpaksa memilih Azrul untuk mendapatkan bantuan. Cumanya, bantuan Azrul bukan datang percuma! Ada terma dan syaratnya.

“Awak ni nak mengambil kesempatan ke, atau memang ikhlas nak tolong?” – Nani
“Ikhlas tu urusan saya dengan Allah. Come on, Cik Amani. Kalau nak diikutkan, dalam hal ni awak yang paling untung tau!” – Azrul

Untung ke kalau sekeping hati yang jadi pertaruhan? Kalau ikut kata Azrul, semuanya nampak mudah. Tapi hakikatnya, tak semudah yang difikirkan.

Adakah Nani akan setuju dengan terma dan syarat Azrul? Jika setuju, cukup banyakkah cinta mereka untuk terus kuat menempuh ujian? 



Friday, May 20, 2016

Novel ~ Rafique's Girl

Assalamualaikum...



Eii geram ngan rafique yg sejuk beku masa memula tapi bila.sejuk beku dia dah cair adoiyai melting laa plak sebab dah pandai berkata².. dan mira plak pun sama blur jugak cam tk faham cara rafique tunjuk kan kasih sayang.. haa bila dah masing2 buat derk je mula laa terasa kehilangan.. nasib la ada adik dan kawan baik fika.. yg tlg dia org berdua nie.. kalau x sampai ke sudah dok pendam perasaan masing2.. bila dah masing2 terbuka mencurahkan perasaan dlm kata2 baru laa happy jer....hidup.dia.org.. manis tertumpah gula gitu..


Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

Rafique Azwar... lelaki yang digelar ‘mamat sejuk beku’ oleh adik sendiri, memang tidak pandai bercinta. Riaknya yang sentiasa serius serta perwatakan yang kaku membuat semua gadis yang pernah mendampinginya angkat kaki kerana tidak tahan dengan sikapnya yang beku dan tidak pandai mengambil hati. Sehinggalah dia bertemu Dhamira.

Pertemuan pertama membuat Rafique gagal mengawal mata serta emosi. Namun, kemahuan hati yang sudah berbisik rasa, tidak mampu dituruti kerana percaya gadis itu sudah berpunya. Bukan pendiriannya merampas milik lelaki lain. Hati membengkak melihat kemesraan Dhamira bersama Danial dan bebas laku pasangan itu, sehinggakan dia mampu bertindak di luar jangkaan.


Dhamira... gadis selamba yang memendam seribu rahsia. Rahsia yang menyimpan selautan duka. Bertemu dengan Rafique membuat dia tidak selesa. Pandangan lelaki itu mendebarkan hati. Hati yang disangka telah mati. Sedar yang Rafique sering bersangka buruk akan hubungannya dengan Danial, Dhamira tetap mendiamkan diri. Namun, tatkala rahsia akhirnya tersingkap, Rafique terkedu sendiri.


“Korang tak malu ke?... Aku bukan sekadar sakit mata tengok korang dengan tak malunya bersentuh-sentuhan depan orang ramai, tapi aku pun dah terpalit dosa jugak sebab benarkan perkara mungkar berlaku depan mata aku!” – Rafique


Tidak sempat meminta maaf, Dhamira ditimpa kecelakaan. Kecelakaan yang menyerlahkan kesanggupan Rafique untuk berkorban harta dan nyawa demi Dhamira. Maka atas alasan ‘hutang nyawa’ serta desakan Danial, Dhamira bersetuju menerima lamaran Rafique. Sukarnya meniti kehidupan rumah tangga apabila dua jiwa yang jauh berbeza bersatu. Rafique yang beku, serta Dhamira yang terlalu halus hatinya. Azam untuk menerima Rafique seadanya rupa-rupanya hanya di bibir sedangkan hatinya masih mengharapkan suaminya itu meluahkan rasa hati.


Mampukah Dhamira menangani kecewa dalam hati? Mengapa kebahagiaan yang dicari Dhamira sering menjadi iri kakak sendiri? Betulkah Rafique tidak mencintai dia sedangkan setiap perlakuan lelaki itu mencerminkan sebaliknya?


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss