As-Salam
Hari ini dah masuk hari ke 3, umat Islam berpuasa.. uols puasa tak?
Aku nie puasa insyallah.. tapi tu ler.. masih lagi batuk² memang dugaan
betul laa.. batuk kena plak di bulan puasa ini. Aku semalam pergi lagi
ke doktor ambil ubat sebab batuk aku nie ler..tak baik² lagi.
Pagi tadi lepas makan sahur, makan laa ubat. Batuk punya pasal keluar
balik ler isi pewut ngan ubat² yang dimakan.. adoiyai.. punya laa pahit..ikss
kiranya ubat tak jalan laa..sebab dah keluar balik..
Okey ini nak citer sambutan majlis tahlil arwah dan sambutan puasa diadakan
pada Rabu, 18 Julai 2012 yang lalu. Majlis bermula pukul 12.45 tengahari dengan
membaca nama² arwah dan bacaan doa.
Selesai semua tuh.. apa lagi makan time laa. Antara hidangan weols
seperti biasa ada Nasi Beriani, Ayam Berempah, Kambing BBQ (org sedekah),
Dalca, Jelatah, Papadom, Laksa Johor, Roti Jala dengan Santan durian, kuih-muih
pun ada.. Kiranya kenyang laa perut.
Khusyuk.. rakan² sama² membacakan doa utk arwah
Ini dalam surau..
Laksa Johor.. Air Sirap Bandung Soda
Ini nasi aku ler..
Goodie Bag yang weols dapat.. ada Majalah Rapi (lama punya laa),
Surah Yassin, Buahan Tamar