Assalamualaikum..
Sabtu, 30 April 2016

Sabtu, 30 April 2016
Pagi aku ke sekolah anak aku di Shah Alam untuk jemput dia balik cuti sebab Isnin kan cuti Hari Pekerja. Lepas tuh aku ajak Encik Hubby pergi ke PBKL di Meaps Serdang. Nasib baik dia nak..heheh.. Weols sampai dalam pukul 3 petang gitu. Biasa laa aku akan suruh En. Hubby pergi laa tempat mana² dia nak pergi dan aku plak gi carik novel yang telah aku buat list. Nasib baik aku dah survey dulu kat booth mana dan dewan mana penerbit² novel nie.. Kat MAEPS nie ada 3 dewan besar jadi aku cuma perlu pergi ke Dewan A saja sebab kat sini memang ditempatkan penerbit² novel.
Nak balik petang tuh plak hujan turun dengan lebatnyaa.. terkandas gak laa kat situ kejap.. tak per leh rilex kat dalam dewan yang ada tuh boleh duduk² sambil tunggu..hujan berhenti..
Jom tengok novel apa aku dah beli..
Sempat laa Selfie laki bini.. nie.. sementara tunggu hujan berhenti
Boring dah nunggu hujan berhenti..
Hujan lebat betul petang tuh..
Dapat t/tangan dari penulis Muna Mahira.. untuk novel terbaru Batrisya
Hasil tuaian di PBKL 2016
























































