Showing posts with label Nick Deknudt. Show all posts
Showing posts with label Nick Deknudt. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Nick Sekeluarga Datang KL

Assalamualaikum..

Hari Sabtu pepagi lagi dalam pukul 5 gitu.. hubby dah keluar ke Hentian Putra sebab nak ambil Nick sekeluarga yang datang ke KL. Nick plan nak beli kereta.  Iye la senang dia nak bawa keluarga untuk jalan². Hubby dah jemput dia orang bawa ke Masjid Wilayah dulu untuk solat subuh dan bawa dia orang pergi sarapan.  

Lepas tuh hubby bawa dia orang datang ke rumah weols laa untuk rehat kan badan sebelum hubby bawa dia orang pergi cari kereta.  Alhamdullillah kereta yang di cari dah dapat. Kereta Iswara metallic blue. Tapi biasa laa kalau nak process ambil masa lagi pun kereta tuh nak kena bawa ke Puspakom semalam dan juga JPJ untuk pertukaran nama plak hari nie..Harap semuanya berjalan dengan lancar dan boleh dibawa balik ke Kota Bahru.  Kira rezeki dia jugak laa dapat sewa sebuah rumah kondominum kat KB sebab dapat pertolongan dari kawan hubby yang kebetulan nak balik ke KB hari tuh.

Hari Ahad plak setelah bermalam di rumah weols, hubby bawa dia ke hotel Palmers tempat dia orang pernah bermalam dulu.  Katanya kat sini memang selesa dan harganya pun murah sementara menunggu untuk selesai pembelian kereta.

Keluarga bahagia..


Makan tengahari di Medan Bonus Jalan TAR


Ini laa kereta yang mereka nak beli..


Hubby dengan Yasmin dan Sarah


Sempat makan di restoren Arab

Sempat bergambar sebelum aku keluar dengan makcik..aku

 Mak aku pun nak bergambar jugak..hehehe ngan cucu angkat dia nie..

 Sarah yang gebu.. suka sgt kalau dapat peluk² dia..


Yasmin kalau tengok in real.. pipi merah macam pakai blusher.. 

Jennah.. mata sangat cantik..

Sempat buat mee goreng untuk sarapan.. 

Dominica siap belikan ini untuk aku..katanya sebab bagi layanan
yang sangat baik.. Alhamdullillah.. seronok dia orang..

Friday, September 06, 2013

Kenalan Dari Belgium

Assalamualaikum..

Lepas dari kenduri sambutan raya tuh hubby aku telah pergi menjemput kenalan dia dari Belgium, Nick Deknudt serta isteri dan 4 orang anak perempuannya. Nick nie diperkenalkan oleh Abdullah Nouri yang pernah datang ke Malaysia pada tahun lepas.  Memula nak hantar dia orang di bermalam di Hotel De Palma, dah tu masa tuh tak de air plak.. jadi tanya laa kat Nick, katanya dia ada survey laa satu penginapan bajet nie, nama Hotel Palmers di Kasturi Walk.  Rupanya berdekatan sangat dengan Pasar Seni.  Suka sangat dia sebab ada bilik.  Hubby aku balik sampai umah dekat pukul 4 pagi.

Setelah bermalam beberapa hari di KL, dia nak pergi ke Kota Baru.  Nick nie seorang muslim.  Dia bercadang nak berhijrah dan sedang dok tengok² laa negara mana yang dia rasa sesuai untuk dia bermastautin. Katanya kat Belgium tak berapa sesuai kerana keadaan suanana serta masalah pergaulan yang tidak berapa nak elok.  Amalan gay dan lesbian berleluasa dan dia tak nak anak² dia terikut² akan budaya gitu.

Balik dari kerja semalam singgah kat Stesen Sentral, hantar dia orang nak ke Kota Bharu. Suka sangat tengok anak² Nick, comel² semua.  Dia orang nak keretapi Senandung Wau bertolak pada pukul 8.30 dan dijangka sampai di KB dalam pukul 10.30 pagi.

 Hubby bersama dengan Nick


Ni masa kat Pasar Seni..seronok dia orang tengok persembahan kat situ


Ini baby Jannah.. cute sangat dengan mata birunya.. 

Suka dengan Sarah anak kedua.. gebu..


Yang baju pink nie Yasmin.. 

Ini masa hubby bawa dia orang melawat ke KLCC 

Hubby juga sempat bawa Nick sekeluarga ke ofisnya kebetulan
 plak malam tuh ada majlis 
seronok laa budak student dok melayan anak² Nick 


Amelia dan Sarah.. 

 Siap sedia dah.. nak turun ke platform

Yasmin pun cute juga.. 
hehehe sekarang weols dan ada empat orang anak angkat 
Amelia, Sarah, Yasmin & Jannah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss