Assalamualaikum..
5 Disember 2015 (Sabtu)
Hari Jumaat tuh hubby tetiba bagi tau yang dia kena ke Terengganu wakil untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga pelajar yang meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya. Oleh sebab hubby kena gi sorang so dia ajak laa aku sekali temankan dia.. sekali bawa anak bujang ku. Pagi Sabtu tuh weols ke ofis hubby sebab weols ke sana gunakan keta ofis dia.
Perjalanan sejauh lebih kurang 400 km lebih.. Sampai di Terengganu lebih kurang pukul 3 petang. Perut dah lapar so search laa En. Google.. terjumpa laa tempat makan yang dia orang kata sedap tuh.. Gigih laa weols ke sana.. Nak merasa jugak laa.. Weols ke Ikan Celup Tepung Warong Pak Nong..
Memang kena kuat semangat laa kalau nak makan kat sini sebab korang kena beratur untuk ambil makanan tuh.. Masa weols sampai tuh belum mula lagi sebab dia orang akan start dalam pukul 3.30 petang. Makanan yang ada adalah ikan, udang (3 ekor RM5), sotong (ini ikut harga), Kalau nak makan nasi adalah nasi lemak atau juga korang boleh makan meehoon atau mee goreng. Selain dari tuh ada jugak pulut mangga.
Dah kenyang makan, aku cadangkan ngan hubby supaya weols ke rumah keluarga pelajar tuh..yang tinggal kat Besut, Hubby memula cadang weols pergi esok tapi takut sibuk plak urusan kebumi sebab pelajar nie orang Siam. Weols ke Besut memang guna Waze aje laa.. sebab tak pernah sampai kan.. so bila sampai baru laa weols tanya orang-orang yang ada di situ cam na nak pergi rumah keluarga pelajar nie. So orang kat situ bagi tau weols kena ke Kuil Siam yang ada kat kampung tuh..
Sampai je kat kuil tuh kebetulan plak ayah mendiang nie ada kat luar kuil siam.. So untuk menjaga adab weols pun masuk laa tapi cuma kat bahagian luar kuil laa.. Ayahnya ajak laa hubby masuk bagi penghormatan pada anaknya.. Lepas tuh baru weols bagi sumbangan pada keluarga mendiang. Dalam pukul 7.30 baru weols gerak ke Kuala Terengganu.
Tak de buat booking, weols terjah je hotel kat Kuala Terengganu.. memula weols ke Grand Continental tapi mahal sangat laa plak.. so weols cari laa hotel lain.. so jumpa laa Hotel Tanjong Vista. Bermalam di sana semalam.. Weols check-out dalam pukul 12 tengahari pas tuh ke Pasar Payang.
Tak dapat nak jalan² sangat di Kuala Terengganu sebab hujan aje sepanjang hari. Di Pasar Payang sempat laa beli keropok dan beli sourvenier sikit.. Bertolak dari Kuala Terengganu dalam pukul 3 petang.
Singgah di R & R Temerloh tuh yang makan nasi ngan ikan patin tempoyak.. Sampai di ofis hubby dalam pukul 11.30 malam dan alhamdullillah sampai di rumah dalam pukul 12.15 malam
Masa nie tak ramai sangat orang bila dah mula dalam 3.30 petang orang makin ramai
nak amik lauk² tuh pun cam berebut sikit.. penat gak laa nunggu.. Ada orang bagi tau kalau nak makan gak korang kena gi dalam pukul 6.30 gitu sebab masa tuh dah tak ramai orang katanya.. sebab warong nie tutup dalam pukul 8.30 malam
Weols kena bayar RM48 untuk semua makanan ini..
Sempat posing² kejap.. ramai orang dan banyak kereta..
Nie makan malam weols.. kat sebelah hotel.. Hubby makan mee kari, aku meehoon
sup dan anak aku makan nasi goreng ayam..
Nie bilik weols ambil superior dan ambil extra bed..
Ada kemudahan sterika, sejadah dan iron board..
Kolam renang ada dalam bangunan hotel
Juadah untuk sarapan banyak jugak.. laa
Time to check out..
Hubby dan anak bujangku.. susah betul nak bergambar..
p/s : Panjangnya aku membebel dalam N3 nie.. dah lama rasanya aku tak bercerita dlm blog aku nie.. Ada lagi N3 aku yang masih pending.. Nanti laa kalau ada mood aku up N3 tuh..
