Assalamualaikum
Dah beberapa hari blog tak berupdate. Semalam tak sempat nak update sebab bz jadi jaga kat kaunter.
Sempena cuti Hari Malaysia dan hari terakhir Syawal, lorong kat umah aku buat majlis hari raya seperti tahun² lepas juga laa..
Persiapan dibuat bermula selepas solat zohor. Weols yang kaum perempuan nie mula kerja rewang dengan menyediakan barang² untuk di masak. Yang lelaki plak tolong untuk memasang khemah.
Menu weols tahun nie tak de pun makanan raya tapi makanan biasa jer.. Tapi tak kisah laa janji weols dapat berkumpul begini. Kalau tak de majlis begini.. memang jarang laa nak nampak muka.
Kutipan sebanyak RM20 setiap rumah. Hidangan yang disediakan antaranya Nasi Lemak, Sambal Bilis, Kacang dan Timun, Ayam Goreng, Mee Goreng, Tauhu Sumbat, Cucur Bilis, buah²an, teh tarik dan air oren. Ada yang bagi roti jala, puding, agar² dan mak aku tolong masakkan kuah kacang seperiuk.. Weols ada juga jemput orang² surau untuk jamuan ini.
Majlis berakhir dan siap mengemas² dalam pukul 11.30 malam. Badan memang penat iye laa dari siang hingga ke malamkan. Siap bungkus lagi mana makanan yang berlebihan tuh.. dan esoknya boleh makan lagi..
Lepas Zohor rewang potong² dan masak memasak
Kak Linda sedang menggoreng cucur bilis
Sakit pinggang ke bangg...
Siap² masak.. tolong plak untuk menyusun² makanan
Acara makan yang dinantikan..
Tu dia hidangan yang menyelerakan
Nampak tak seperiuk bubur kacang.. tuh..
Ada yang sponsor bawa eskrem dah jadi tutti fruiti plak..
Nasi Lemak dan sambal.. siap ada ikan bilis dan di makan dengan ayam goreng..
Selesai majlis.. acara bungkus membungkus.. makanan..
Hubby bersama jiran²..
Bergambar kenangan.. yang pompuannya tak sempat..
masing² dan kepenatan.. dah ramai yang balik
Hubby sempat plak buat satu group dalam FB.. untuk lorong weols tuh jadi gambar² yang diambil dimasukkan ke situ.. sebab dia orang tak dapat tengok gambar majlis pada tahun yang sebelum²nya tuh.. Dengan adanya group ini boleh juga menyampaikan sebarang maklumat yang penting untuk ahlinya..