Assalamualaikum..
Jom layan N3 yang tertangguh..yer..
Sabtu, 20 Disember 2014
Hari nie weols sekeluarga balik ke kampung kerana nak hadir majlis pernikahan Nana anak Kak Imah, kakak iparku. Memula tuh memang plan nak balik hari Jumaat malam.. tapi last² tak jadi plak. So, weols balik hari jer. Gerak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi dan pergi menjemput Kak Nyah plak.
Sampai di R&R Rawang, weols bersarapan disitu dan jumpa plak Abg Uda sekeluarga dengan Kak Lah. Berkonvoi laa weols ke kampung. Terus aje ke masjid dan kebetulan lak masa weols sampai tuh baru je nak mula akad nikah. Dapat laa sama² menyaksikan akad nikah dijalankan.
Alhamdullillah dengan sekali lafaz, Nana selamat menjadi isteri pada Zikri. Lepas akad nikah terus ke rumah Kak Imah, ada majlis doa selamat dan makan² sikit. Majlis pun buat secara kecil²an aje. Tak jemput ramai orang cuma ahli keluarga yang terdekat dan orang² yang ada disekitar aje.
Majlis akad nikah sedang dijalankan..
Kakak² ipar ku yang hadir sama
Pengantin sebelum dinikahkan.. senyum meleret jerk..
Pemberian Mas kahwin
Majlis pernikahan yang paling sempoi..
Bergambar dengan pengantin selepas akad nikah
Posing kejap.. mak sedara pengantin
Simple tapi cantik..
Bersama pengantin..Nana..
Selamat Pengantin Baru, Moga kekal
bahagia hingga ke Jannah.. Aaammiin
Kakak² ipar dan biras..
Antara lauk pauk yang ada..dihidangkan..
Perut lapar.. soru laa dulu..
Pengantin sedang makan beradap
Kebetulan plak doyan dari kebun Abg Ijai ada plak berbuah.. dapat laa merasa
Hubby bersama mak sedara WanChu adik arwah apak yang bongsu
Balik singgah R&R Ulu Bernam, pekena Mee Kari Zul