Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Sunday, April 08, 2018

Majlis Penghargaan LZS

Jumaat,  6 April 2018 

Hari nie hubby hantar aku dengan kereta sebab malam ni teman dia ke Majlis Penghargaan Lembaga Zakat Selangor.. Majlis di adakan di Hotel Grand Blue Wave di Shah Alam.  Hubby wakil dari Unikl BMI kerana dia adalah Penolong  Amil yang bertauliah yang dilantik oleh LZS..  Deputy Dean pun ada hadir sama.




#throwback.. lupa nak post.. 



Friday, January 06, 2017

#THROWBACK ~ MAJLIS PERKAHWINAN AZILA & AZIZUL

Assalamualaikum..

Mood berblogging dah mari.. so nak #throwback majlis perkahwinan adik sepupu boleh Oktober lepas.. 

Majlis akad nikah di adakan dirumah pengantin perempuan di Country Heights, Kajang.. bermula pada pukul 10 pagi.. Tiada majlis bersanding hanya ada pelamin untuk bergambar dengan ahli keluarga sahaja dan acara makan beradap.

Jom layan gambar.. 











Thursday, October 27, 2016

Bercuti Ikut Hubby Kursus Ke Melaka...

Assalamualaikum..

Pada Khamis, 13 Oktober 2016, lepas aje anak aku abis exam weols ambik dia kat sekolah dan shoot ke Melaka.  Hubby aku ada kursus pada hari Jumaat hingga Ahad. Pas tuh plak dia dapat 1 bilik sorang jadi aku cadangkan weols ikut sekali laa..kan. Oleh kerana dia kursus esok jadi weols kena booked bilik di hotel yang lain.  Jadi aku pun search kat Agoda dan dapat laa weols booked bilik kat Hallmark Crown di bandar Melaka dan berdekatan plak ngan Novotel yang hubby akan kursus di situ. Di Hallmark weols dapat RM133.00 semalam (1 Queen Bed dan 1 Single Bed) termasuk breakfast.  Pada aku kira murahlaa kan.. so grab aje laa harga tuh.. 

Sampai di Melaka kena laa weols guna Cik Waze.. iyelah bandar Melaka nie.. banyak yang jalan sehala.  Alhamdullillah dalam pukul 3 petang weols pun sampai laa kat hotel.  Check-in.. pas tuh plak dia orang upgrade weols punya bilik.. dapat laa Katil King ngan 1 Single Bed.. Bilik punya laa luas..hehe.. seronok laa jugak. 




Lepas berehat² weols keluar ke bandar melaka.. saje je jalan² pas tuh weols gi cari makan laa.. Dapat recomendation untuk pergi makan Asam Pedas kat kedai Asam Pedas Pokok Besar sebelah jer ngan Claypot Asam Pedas.

Asam Pedas ikan jenahak dengan set nasi dan kerang rebus

Bersarapan pagi di hotel 

Sebelum weols check in kat Novotel.. weols singgah dulu di Masjid Selat.  
Cantik masjid nie ditepi laut.  Hubby sempat solat Jumaat di sini..


Lepas solat weols terus ke Novotel untuk check-in plak.

So bilik yang hubby dapat 2 Single Bed dan weols tambah 
satu extra bed dan breakfast plak bawah umur 16 tahun percuma..


Bilik air dan toilatries..yang ada.. 


So weols aka berkampung di sini selama 3 hari 2 malam.. Jadi aku apa lagi layan baca novel laa.. kat dalam bilik.. sementara hubby gi kursus..


 Pagi sarapan di restoren hotel laa.. 



Hubby sambung lagi kursus sampai ke malam..


Sarapan hari ke 2 

Lepas sarapan weols posing di lobby..hotel.. 


Sebelum balik posing² lagi


Sebelum balik ke KL, weols gi singgah ke Klebang Coconut Shake.. punya laa ramai orang.. penuh..Nasib baik ada tempat duduk.. Weols just order air je laa.. sebab plan nak gi makan kat tempat lain..

Nyummy.. sedap.. 

Lepas tuh search waze weols ke Restoren Nasi Ayam Baba.. sedap jugak laa.. teruja orang dok citer pasal nasi ayam nie.. sambal dia lain sikit.. so terjah laa.. jugak..


Selesai makan weols pun teruskan perjalanan balik ke KL.. sebelum sampai umah singgah ke Dobi dulu..setel kain baju.. pas tuh balik laa ke rumah.. Alhamdullillah..selamat sampai...

Thursday, July 21, 2016

Kedai Cermin Mata Murah di Sg. Wang

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas aku pergi ambik anak kat asrama dia bawa balik sebab nak siapkan tugasan Geografi PT3 dia.. Jadi sebelum balik tuh weols singgah laa kat Sg. Wang sebab nak buat cermin mata untuk dia..  Pernah buat cermin mata untuk dia dulu tapi hilang laa plak.. susah betul nak suruh dia pakai cermin mata.. katanya hilang macho.. sabo je laa..

Weols pergi kat Sg. Wang sebab pernah viral kat internet yang kat sini nak buat cermin mata murah. Iye laah selalunya kos nak buat cermin mata mesti lebih kurang dalam RM500 gitu.. untuk sepasang kan.. Kat sini boleh dapat RM65 lens ngan framenya sekali. Ada kedai sebelah tuh RM80 frame ngan lens sekali.. so korang pilih laa nak pergi kedai yang mana. Satu lagi cermin mata korang boleh siap dalam masa 2 jam pada hari yang sama.

Cermin mata anak aku tak boleh siap pada hari yang sama sebab anak aku punya silau tinggi jadi kena order cermin lain.. dan dia orang tak de stok. jadi cuma siap dalam hari Selasa gitu.. Weols kena bayar RM65 + special cermin silau RM80 = RM145  dan yang aku punya plak RM65 + nipiskan cermin = RM135 so weols bayar RM280 sahaja untuk 2 cermin mata.. Murah kan.. jimat pun jimat kalau rasa² nak tukar lain.. pergi je buat yang lain plak..


Ramai orang kat kedai nie.. kat kedai sebelah pun ramai gak.. 
korang pilih laa frame yang korang nak dulu pas 
tuh test mata.. dalam 2 jam siap..

Murahkan utk 2 cermin mata nie..


Tuesday, May 31, 2016

Makan Ikan Patin Tempoyak Di Restoren Temerloh Catering

Assalamualaikum..

Sabtu, 28 Mei 2016

Cuti sekolah telah bermula, jadi  weols ke sekolah anak aku untuk bawa dia balik dari asrama.  Lepas itu weols ke Seksyen 15 nak makan tengahari kat Restoren Termerloh Catering.  Plannya dulu aku nak gi ngan ofismate pada hari Jumaat tapi bila call dia orang kata Jumaat memang dia orang tutup.. so tak de laa pergi.. jadi kali nie aku ajak hubby pergi makan kat situ.. Weols guan waze jer.. senang gak laa nak jumpa.. Rasanya sedap gak laa.. iye laa kalau nak makan ikan patin tempoyak kira dah sedap laa bagi aku.  Tak payah nak ke temerloh untuk menikmati ikan patin tempoyak..kan.. 

Kedai corner lot.. Restoren Temerloh Catering

Nie aku ambik patin sangkar.. 

Hubby ambik patin mas 

Konsep layan diri.. ambik lauk pauk.. pas duduk orang akan datang kira.. 

Harga yang diberi belum masuk GST.. 

Monday, May 09, 2016

Kubur Di Masjid Al-Bukhary

Assalamualaikum..

Sabtu, 7 Mei 2016

Aku dan hubby bawa Makcik aku ke LowYat nak cari bateri henfon dia.. dan hubby pun nak cari baju/casing untuk tab dia.. So sebelum tuh weols singgah laa solat kat Masjid Al-Bukhary di Jalan Hang Tuah.  Selalu gak lalu lalang kat sini tapi tak pernah singgah.. jadi weols singgah untuk solat Zohor di situ.. Lepas selesai.. hubby bagi tau yang kat Masjid nie ada sebuah kubur lama seorang alim ulamak Syed Lal Shah Al-Bukhary.  Sebelum masjid diubahsuai.. memang ada kubur disitu. Jadi kubur² disitu perlu dipindahkan tapi kubur SyEd Lal Shah Al-Bukhary nie tidak dapat dipindah jadi dibiarkan bersemadi di situ..dan diperindahkan..  Jadi kalau uols nak tau kisahnya boleh terjah blog DI SINI







AL-FATIHAH

Friday, May 06, 2016

Jam Tawaf Untuk Hubby Tersayang

Assalamualaikum..

Jam tawaf untuk En. Hubby tersayang.. Sebulan jugak pre-oder dan hari Rabu
 lepas baru dapat barang.. Alhamdulillah.. selamat gak sampai.. Memang susah
jugak nak tengok waktu jam sebab dibaca terbalik.. Memula memang pening gak laa.
so kena laa biasakan... Seronok En. Hubby dapat jam nie..sebab pernah 
dia beritahu teringin nak beli jam nie.. so fikirkan jam dia rosak..so aku belikan laa
untuk dia.. kira surprise.. laa.. 




Thursday, April 28, 2016

Aktiviti Aku Hari Isnin Lepas..

Assalamualaikum..

25 April 2016 (Isnin)

Hari ni aku dan hubby cuti.. sebab anak pun dapat cuti sempena sukannya.. Mak plak ada appoiment doktor kat GH so weols pun hantar laa mak ke hospital dulu.  Lepas tuh weols ke rumah flat kat Setapak nak ambik surat dan bayar bil² rumah tu yang tertunggak.  

Selesai hal semua tuh.. hubby ajak gi makan.. dari hari tuh lagi aku teringin nak makan sup cicah ngan roti... pernah laa bagi tau dia.. ajak dia gi makan sup nie kat Jalan Doraisamy.. tapi memang tak dan laa kan.. Jadi hari nie.. hubby ajak laa aku gi makan sup gak tapi kat jalan Setapak nie.. Rupanya belakang masjid kat jalan Setapak nie ada satu kedai sup mamak..  Macam² jenis sup ada.. Jadi aku oder sup kambing dan hubby oder sup ayam.. cicah ngan roti..Hmm sedap gak laa.. kuah supnya pun pekat..kenyang perut aku..

Lepas makan tuh weols gi ambik mak aku dan weols ke pejabat loyer nak setel bayaran untuk keluarkan geran umah flat setapak dah selesai terus laa balik umah sebab si bujang tuh tak ikut weols keluar.. tengok dan tercongok depan pintu pagar..  

Malam lepas Maghrib weols hantar laa dia balik asrama..

Hmm..sedap sup daging kambing nie cicah ngan roti.. 


Kedainya belakang Masjid nie yang dekat Jalan Setapak

Restoren Sup & Popia Zaiton Hussin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss