Bermula dari semalam hingga esok aku ke ofis dengan
kereta.. sebabnyaa hubby aku pergi bawa student dia
yang akan jadi OC untuk intake baru ini ke Johor,
Resort Gunung Ledang.. kalau tak silap laa..
Pagi tadi aku keluar dari rumah dalam pukul 6.45 pagi.
Hantar anak aku ke sekolah.. selalu kalau naik motor
pukul 7.15 baru keluar dari rumah. Nasib baik pagi
tadi tak teruk sangat jem dan aku sampai di ofis.. dalam
pukul 8 pagi.. dan sempat plak aku isi minyak di
Petronas NPE.
Bila pindah ofis baru nie tak payah dah nak berebut
parking.. kalau awal banyak ler parking yang kosong.
Pukul 9.30 pagi.. plak aku ada meeting Bahagian.
Hari ini lewat sikit start meeting sebab Pengerusi
mesyuarat hari ini pergi jumpa TNC kejap.. lewat
laaa dalam 15 minit. Bos aku yang sorang lagik
yang patutnya mempengerusi mesyuarat kena plak
masuk wad sebab dia kena gi operation lututnya pada
hari Isnin ini insyallah laa.. Dia kena masuk wad awal
sebab doktor nak monitor 'blood pressure' dia yang
cuma turun sikit jerk.
Aku doakan operation itu berjalan dengan lancar...
Kosong parking dari ujung sana...
Hingga laa hujung sini..
Ahli² mesyuarat..
Perkara yang ditunggu² apa lagik kalau meeting mesti
ada makan.. Meeting berehat sebentar..
KITA MAKAN DULU..
masing² kelaparan.. maklum laaa tak makan pagi..
Nasi Lemak ngan Ayam Goreng Berempah..
Kuih Karipap dan Kek Muffin Coklat
dengan air teh dan nescafe
Beratur..nak ambik makanan
Hmm..nie aku punyaa..hehehe aku organise kan.
kena laa ambik ayam dua ketui..
Alhamdullillah kenyaaangg..