As-Salam..
Ini adalah part terakhir.. korang layan laa yer gambar² di bawah.
Dalam weols jalan² tu terjumpa plak sebuah Kedai Melayu..
borak² dia nie orang Pattani dan tinggal di
Mekah dari zaman kanak² lagi.. Masih lancar berbahasa melayu..
Hubby aku sempat memotong rambut kat sana.. tapi katanya..
orang Arab nie kasar laa... pedih kepala dia.. SR12 dia kena bayar..
Nasib baik anak tak potong rambut kat sana..
Sebelum pergi Mekah.. hubby dah buka akaun di sini..
iye laa tak kan nan bawa duit banyak²kan..
Jadi weols simpan in hand SR500 jer.. bila nak guna..
weols akan keluarkan.. Aku galakkan
korang bawa lebih sikit kalau korang di Madinah kerana kat sana..
kurang sikit ATM cuma di Mekah banyak ATM
yang boleh korang keluarkan duit....
Ini adalah hari terakhir di Mekah.. Dalam perjalanan ke Masjidil Haram
Jemaah yang nak pulang dikehendaki untuk membuat Tawaf Wida..
(tawaf selamat tinggal).
Lepas buat tawaf, disunatkan juga solat 2 raakat.
Masa ini memang mata tiba² jek akan berair menangis..
Hiba sunggah pada masa ini.. Aku berdoa dan berterima kasih pada Allah
kerana telah menjemput aku ke sana. dan aku berdoa agar
aku dapat ke sana semula.. Sedih betul kerana itu laa kali terakhir
aku akan tengok kaabah depan mata..
Di tingkat atas Masjidil Haram..
Hubby bersama Mutawif Ustaz Abas.. dia nie orang Indon..
tapi dah bertahun² tinggal di Mekah..
Beg² telah diturunkan siap² sebelum pergi buat Tawaf Wida kerana selepas
buat Tawaf Wida kena terus naik bas.. dan ikut kebiasaannya..
dah tak boleh singgah lagi ke bilik atau membeli belah.
Sebelum sampai di Airpot Jeddah.. weols singgah di Masjid Terapung
atau Masjid Hawa.. di Laut Merah. Singgah solat jamak zohor & asar..
dan makan tengahari.. di sini
Angin bertiup.. dingin jerk..
Suasana dalam Masjid Hawa.. Aku solat kat luar jerk.. dengan angin laut yang sejuk ...
Ada laa plak orang Arab nie jual buah ini.. Mula² dia orang kata buah kurma muda.
.tapi bijik cam bukan.. tapi sedap.. rangup cam epal..
Di Airport Jeddah selepas cek-in bag..
Tengok ambik kesempatan bila bini tak de dekat ngan dia.. posing ngan pramaguri gitu..
Amboi.. hubby cakap pramugari..tu yang nak ambik gambar ngan dia.. hehehe..sabo je laa..
Ketika di dalam kapal terbang, tempat duduk weols dah berjauhan. Aku duduk di tingkat bawah sorang² dan yang lain kat bahagian atas. Boring betul laa.. Semua jemaah bising² sebab terpisah dari laki dan anak masing². Rupanya bukan jemaah dalam kapal terbang weols jer.. Cik Mel pun baru balik gak dari umrah. dia pun kena gak cam nie. Pergi elok jerk..bersama² tapi balik semua berpecah..
Sampai di KLIA pada pukul 11.05 pagi pada 21 Mac 2012. Hubby sewa van untuk bawa weols balik ke rumah. Kak Yang balik sendiri ke rumah terus.. dan Kak Nyah ikut aku balik ke rumah dan hubby akan hantar dia balik dengan kereta.
Sampai di rumah... memang penat sungguh.. lagi pun jetlag. Tergolek laa cari bantal.. Pas tuh badan dah mula tak sihat.. batuk² selsema.. semuanya cukup..
Sekarang alhamdullilah dah pulih.. dan sihat.. Anak pun batuk dia dah beransur pulih.. Aku berdoa semoga aku dijemput kembali ke sana.. dan aku juga telah panjatkan doa untuk kawan² untuk sama² merasai dan menjejaki kaki ke sana.. Insyallah.