Showing posts with label Raya 2014. Show all posts
Showing posts with label Raya 2014. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Kisah Raya Aidil Adha 2014

Assalamualaikum..

Lambat up N3 raya.. sebab minggu lepas mood ke laut sebab badan tak sihat..

Tahun ini aku beraya di Sg. Petani.. Saja nak beraya ke sana plak pada tahun ini. Weols bertolak dalam pukul 11.30 pagi dan berhenti rehat di Hentian Ladang Bikam sebab hubby aku ngantuk giler. Lagi pada hari tuh weols puasa jadi tak de laa makan² dalam perjalanan tuh. Berehat laa dalam 1/2 jam dengan tido kejap. Lepas tuh plak highway tengah jem giler sebab berlaku eksiden selepas terowong menora tuh.. 

Weols sampai di Sg. Petani dalam pukul 10.30 malam. Singgah makan malam sebab berbuka pun dalam jem dengan makan jagung rebus dan kacang rebus serta air..

Memula weosl cadang nak tido rumah Kak Sal (kak ipar) tapi memandangkan weols dah sampai lewat dan weols ingatkan rumahnya takut penuh dengan anak² dan cucu.. so weols cek in hotel je laa..

Pagi esoknya weols pergi solat raya di Masjid yang berdekatan dan lepas tuh baru weols ke rumah Kak Sal untuk beraya.  Weols bertolak balik ke KL hari Ahad petang tuh jugak.. sebab kalau balik hari Isnin mesti jalan jem giler..sebab masing² nak balik KL kan..


Makan malam weols di Sg Petani.. Nasi Goreng Daging Harimau Menangis.. 
tu dia namanya kelas gitu.. hahahah



Solat raya Aidiladha di Masjid Tunku Puan Habsah Sg. Petani


 Sebelum ke Masjid posing² laa kejap..



Dah selesai solat raya.. hujan turun renyai.. di Sg. Petani.. 
kiranya seharian hujan turun


Menjamu selera di rumah Kak Sal dan Abg Usop


Tu dia sedap.. hidangan yang disediakan..




 Hubby sempat posing di kaunter sebelum check out..









Sempat singgah di R&R Ulu Bernam pekena Zul Mee Kari..


Sampai di rumah dalam pukul 11.30 malam. Alhamdullillah jalan pun tak de jem..

Thursday, August 28, 2014

Kenyang Perut 3 Hari Makan² Jamuan Raya

Assalamualaikum..

Selama 3 hari dari hari Isnin lepas, ofis aku nie bergilir² wat majlis raya di bahagian masing².
So selama 3 hari tuh jugak laa tengahari weols makan free..ahakss

Hari Isnin ada 2 bahagian buat makan².
Memula aku pergi Bahagian Pentadbiran dulu dan dalam pukul 3 petang
plak aku ke Bahagian Elektrik.

Hari Selasa tengahari ada plak jemputan makan² raya dari
Bahagian Ukur Bahan.. meriah tengok makanan yang dia orang bawa..
sedap² plak tuh.. terutama sekali laksa johor memang feveret laa..

Hari Rabu semalam, walaupun Syawal dah abis tapi
kira last kopek laa Bahagian Kewangan plak wat makan² raya..

Memang kenyang pewut weols kat ofis nie.. alhamdullillah rezeki..

Ini hidangan dari Bahagian Pentadbiran..  


Kat sini aku makan ayam rendang, roti jala, satay.. hmm.. 


Curlast.. staf Pentadbiran pakat² baju sedondon gitu.. 

Posing² yer  


Ini plak di Bahagian Elektrik..Dia orang plak ada nasi kerabu, spegetthi, rendang dan
macam² lagi.. aku bawa balik puding karamel.. sedap..  


Ini plak Bahagian QS pada hari Selasa.. kat sini aku suka ngan Laksa Johor.. 


Meriahkan hidangan dia orang.. 


Ini semalam.. antara dessert yang ada masa jamuan raya Bahagian Kewangan.. meriah jugak


Macam² weols ambik..pas tuh makan ramai² kat dlm pantry.. 


Geng² menjamu selera..


Wednesday, August 27, 2014

Majlis Hari Raya Lorong Rumah 2014

Assalamualaikum..

Sabtu, 23 Ogos 2014

Seperti tahun² sebelumnya, lorong kat umah aku akan mengadakan jamuan raya. Sebelum tuh orang lelakinya akan adakan dulu mesyuarat membincangkan perkara ini.. Lepas lelaki..mesyuarat, kaum ibu plak buat mesyuarat nak bincang barang² dan menu yang akan dihidangkan.

Hari Sabtu lepas solat Zohor, aku pun gi laa rumah jiran aku, Kak Leha. Kat sini weols ngan kaum² wanita yang lain bersama² menyediakan bahan² untuk dimasak.

Yang kaum lelaki plak pasangkan khemah dan sama² juga memasak juadah hari raya.  Antara yang dijamu adalah Nasi Impit, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Jelatah, Kuah Kacang dan kuih muih serta agar² dan buah²an.

Lepas Isyak acara berlangsung bila orang² surau datang dan membaca doa selamat.

Antara kaum lelaki yang datang sama² membantu..  


Khemah yang telah didirikan.. tunggu kerusi meja laa plak


Tengah masak ayamg masak merah.. sedappp.. 


Bersama dengan jiran tetangga yang lain.. sempat laa..posing² 


Acara.. potong memotong.. racik meracik.. 


Kaum lelaki pun sibuk membantu dalam memasak.. 


Penat memasak berehat minum² dulu 


Senyummm... 


Tuan rumah Kak Leha yang di sebelah kiri sekali.. 



Telah siap..hidang di atas meja.. tinggal tunggu tetamu dari masjid datang.. 


Meriah tengok..seronok rasanya.. 


Orang² surau telah pun datang.. dan doa sedang dibacakan.. 


Bersama² jiran tetangga yang lain




Ini acara tapau menapau..yer.. 


Sedapnyaa.. 





Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar..

Monday, August 25, 2014

Jamuan Raya Bahagian..2014

Assalamualaikum..

Khamis, 21 Ogos 2014

Weols memang selalunya plan kalau nak buat makan² sebab nak jimat belanja, weols akan buat selepas mesyuarat bahagian.  Jadi untuk jamuan raya bahagian untuk tahun ini weols plan buat hari Khamis laa. Tahun ini weols pakat tak buat potluck jadi weols plan kutip duit jerk.

Menu weols simple jer.. ada Nasi Impit, Rendang Ayam, Daging Masak Hitam, Meehoon Soto, Lemang, Masak Lodeh, Kek Batik, Kek Karot, Kuih Koci dan Kuih Cucur Badak. Weols jemput juga laa jiran² dari Bahagian untuk sama² datang makan².

Hidangan jamuan raya.. 


Semuanyaa sedap.. 


Meehoon Soto pun sedap.. 


Kuih yang dioder dari mak cik Murni 


Kek Batik oder dari Faisal.. 


Ada kek karot jugak..

Masing² dah lapar.. jom jamu selera..


Meehoon Soto sedapp..


Aku dan Wanie 


Hahaha geng sengel.. ambik gambor gini.. 


Posing² jangan tak posing..yer kawan² 









Haa.. tunjuk kasut le plakk..ahakss..






Alhamdullillah semuanyaa berjalan dengan lancar.. makanan pun ngam² jer..kiranya mencukupi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss