Pukul 2.30 tadi aku ada mesyuarat NADI.. Hmm..mesti korang tertanya apa itu NADI. Mesti korang ingat NADI tuh denyutan kan.. hehehe sebenarnyaa tak laa.. NADI tuh sebenarnya cam satu ahli jawatankuasa yang dilantik di setiap PTj (pusat tanggungjawab).
Aku nie kiranya dah dilantik jadi AJK NADI nie sejak dari tahun 2003 lagi.. Setiap tahun mesti jadi AJK.. hehehe iye laa cam orang penting laa jugak.. Setiap tahun akan ada lantikan baru dibuat.. tapi ramai yang tak nak ambik tanggungjawab ini untuk menjadi AJK.. iye laa kiranya ini kerja sukarela kan.. tapi aku tak kisah laa.. dah orang lantik aku okey ajer.. Tahun ini aku jadi AJK Biro Kebajikan dan Kerohanian.. Dolu² aku penah jadi AJK Biro Rekreasi (yang nie setiap tahun aku jadi AJK) sebab selalu jadi AJK nie akan keluar utk survey tempat utk familyday.. lain² tuh yang bestnya..heheh... Setiausaha pun pernah.. tahun 2006..
AJK NADI dipertanggungjawab untuk merangka aktiviti sepanjang tahun.. seperti antaranya.. Sukan Staf (antara staf di jabatan aku nie), coming soon nie.. ada tournament bowling, nie sebelum nak puasa nie ada majlis tahlil dan lepas raya ada jamuan raya plak dan yang besar sekali planning nye nak wat Hari Keluarga..
Meeting tadi weols dah plan nak wat Majlis Tahlil/Arwah pada 6 Ogos ini.. So, aku dari Biro K & K menguruskan dari segi makanan.. Dah decide untuk makanan pada majlis ini, weols akan sediakan nasi ayam dan air mineral jer.. maklum laa badjet tak byk pas tuh aktiviti masih ada lagi nak guna duit.. Iye laa pas puasa kan raya.. Masa jamuan raya nanti baru laa wat makanan sedap² sikit..kan..
Kebetulan plak baju Izah dan Haris sama..
malu2 plak dia org berdua nie..dah plak
dilabelkan kapel of the year.
Gambar yang bawah tuh Pengerusi sedang
mendengar pendapat Cik Mell ..
Antara AJK yang hadir..
ada juga tak dapat menghadirkan diri
Aku sempat laa pose kejap..heheh
Hidangan minum petang weols.. ini je laa..
dulu² mewah jugak skrg nie..badjet kena kontrol plak