Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Tuesday, March 25, 2014

Takziah #MH370

Assalamualaikum..


Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.  Selepas pencarian selama 17 hari, malam tadi dalam pukul 10 malam, Perdana Menteri telah membuat sidang media khas memaklumkan tentang perkhabaran yang amat mendukacitakan bagi seluruh rakyat Malaysia dimana pesawat MH370 dikatakan terhempas di lautan Hindi.  Kita mengharapkan ada berita baik tapi kalau sudah ditakdirkan oleh Allah begini pengakhirannya maka kita hanya mampu redha. 

Takziah diucapkan dan kepada keluarga mangsa nahas banyak²kan bersabar menghadapi dugaan ini. Aku mendoakan moga mereka yang terlibat (beragama Islam) ditempatkan bersama² dengan orang² yang beriman, beramal soleh serta dicucuri rahmat hendaknya.

Jauh disudut hati masih lagi berharap agar mereka semua selamat di suatu tempat yang tidak kita ketahui. Masih lagi #DoaUntukMH370




Tuesday, August 20, 2013

Salam Takziah Untuk Ofismate

Assalamualaikum..

Pagi tadi weols dikejutkan dengan berita kematian anak perempuan ofismate aku iaitu En. Amali.  Rasanya dekat sebulan juga anaknya ini terlantar di hospital. Katanya dia sakit demam panas dan ada asma kalau tak silap laa.  Jadi weols teman² ofismate yang lain beramai-ramai laa pergi melawat.  Weols terus ke tanah perkuburan islam di Seksyen 9 di Kota Damansara. 

Salam Takziah buat keluarga En. Amali. Moga roh anak perempuannya ditempatkan bersama² orang² yang beriman dan beramal soleh.. Amin.  Al-Fatihah..

Al-Fatihah


Antara ofismate yang turut hadir

Tanah perkuburan islam seksyen 9, Kota Damansara

Bacaan talkin sedang dijalankan..



Thursday, August 02, 2012

Salam Takziah

As-Salam



Pukul 2.30 pagi dapat panggilan telefon dari Kak Sal (kak ipar) 
yang dok di Sg Petani.  Dia bagi tahu yang bapa saudara (Ayah Cik)
 hubby aku yang tinggal di Bukit Rokan, N9
telah meninggal dunia pukul 11 lebih malam tadi.  

Masa kenduri kawin Ain bulan lepas di Jelai, weols 
sempat laa menziarah arwah di rumahnya.  Memang keadaannya
telah uzur sangat.  Makan dah tak boleh cuma minum
susu melalui hidung aje.  Memang hiba sangat 
nengoknya masa tuh.

Alhamdullillah arwah sempat berjumpa ngan Apak dan adiknya
yang bongsu (Wancu) bila Apak dijemput 
oleh anak sulung arwah, Yeop Azmi melawat arwah ini
semasa hidupnya..  Kiranya dia pergi setelah hajatnya tercapai.
Isteri arwah pun kiranya baru meninggal tahun lepas.

Al - Fatihah dan Salam Takziah buat keluarga arwah Ayah Cik.

Wednesday, February 29, 2012

Salam Takziah

28 Februari 2012

Pada pukul 10 pagi, ofismate aku, Linda beritahu Abang Sulong, salah seorang bekas staf jabatan aku telah meninggal dunia. Menurut sumber, arwah meninggal ada yang kata jatuh tangga, ada plak yang kata bila naik tangga sesak nafas dan terduduk di tangga. Tak pasti yang mana satu yang betul.

Abang Sulong ini adalah pemandu bas jabatan. Dulu² kalau weols ada buat rombongan ke rumah staf yang kawin, dia laa yang bawa weols. Antaranya ke Kelantan laa.. bila dah ke sana sure weols akan melencong ke Rantau Panjang. Banyak juga rombongan weols dia yang bawa bas bersama dengan Abang Idris. Jadi banyak gak laa jasanya..

Dalam pukul 11.30 pagi, aku dan beberapa orang staf naik bas untuk melawat arwah di surau Kg. Kerinci untuk memberi penghormatan terakhir.

Al-Fatihah & Takziah untuk keluarga arwah..


Wednesday, January 18, 2012

Takziah Untuk Keluarga Ayah Andak

Al-Fatihah

Selasa, 17 Januari 2012

Pada hari Isnin aku ada lihat status sepupu aku Imah kat FB yang mengatakan Ayah Andak aku dimasukkan ke hospital.  Jadi aku pun tanya laa khabar kat dia pasal keadaan kesihatan Ayah Andak.  Dia bagi tahu Ayah cuma sakit perut dan keadaan dah okey lepas doktor masukkan ubat dan air.  Katanya dah boleh buang air besar pun.  Jadi tak de laa nak merisaukan.  

Dalam pukul 12.30, Imah telefon katanya ayah sedang tenat.  Aku terkejut laa kan.. iye la dimasukkan ke hospital cuma masalah sakit perut tiba² dan nazak. Dalam pukul 1.30 tengahari, Imah telefon lagi.. katanya Ayah dah meninggal. Aduhai sebak betul rasa hati ini.  Iye laa tak sempat nak melawat, arwah dah pergi .  Sakit kejap aje.  Walaupun sedih tapi syukur alhamdullillah kerana dia pergi dalam keadaan yang senang tanpa sakit yang teruk.

Aku telefon hubby aku memaklumkan pada dia.. masa tuh hubby ada kat luar sebab pergi kedai motor nak tarik rantai.  Jadi dia kena balik ofis dulu maklumkan kat ofis dan hubby sampai kat ofis aku dalam pukul 3.30.  Balik umah amik mak aku dan anak aku plak.. bertolak balik ke kampung.  Imah bagi tahu yang arwah nak dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah atuk dan uwan.  Jadi dari hospital Kuala Pilah dah siap kapan terus di bawa ke surau dekat dengan kubur.

Aku terkilan sebab tak sempat nak tengok dia.  Weols sampai dalam pukul 6 petang.  Arwah baru lepas kebumikan dan sedang baca talkin.  Mak aku plak masa nak bertolak tu tiba² rasa nak demam.  Bila sampai di tanah perkuburan itu, mak aku tak turun pun sebab badan mak aku panas sangat.  Takut plak dia pengsan sebab katanya kepala pening.  Jadi lepas dari kubur tak de singgah ke rumah arwah kat Bukit Rokan sebab kalau nak ke sana ambil masa 1 jam.  Weols terus balik lagi pun masa tuh dah nak dekat Maghrib.  

Dalam perjalanan nak balik tuh, aku cadang cari klinik dulu sebab risau sangat. Cari laa klinik kat pekan Kuala Pilah.  Jumpa doktor, dapat ubat 3 jenis. Charge dia mak oii punya laa mahal.. RM80 sebab agaknya doktor (Cina) tu ada tanya dari mana.. so cakap laa dari KL dah tentu tak de follow-up kan.. ambik kesempatan ler charge mahal gitu.  Sabo je laa.. harap ubat nie boleh buat mak aku sembuh.  Mula tu cari klinik doktor melayu tapi doktor tak de plak masa tuh dan doktor masuk klinik dalam pukul 8 malam, cam na nak tunggukan.  Tu yang cari klinik lain.

Aku mendoakan semoga arwah Ayah Andak aman di sana dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  Al-Fatihah...


Tuesday, October 11, 2011

Al-Fatihah Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia




Sumber : MURAI.COM


KUALA LUMPUR, 11 OKT 2011: Biduan Negara Datuk Ahmad Jais yang digelar sebagai Frank Sinatra Malaysia oleh pengarah muzik terkenal, Dato Ramli MS telah pun kembali ke rahmatullah, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
Ahmad Jais yang dilahirkan di Kapar, Kelang, Selangor pada 28 Mac 1936 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam Selangor.

Dia yang dikenali menerusi lagu Di Ambang Sore, Bahtera Merdeka, Gelisah, Budi Setahun Segunung Intan (duet bersama Kartina Dahari) dan Juwita Ku Sayang (duet bersama Darin Rafeah Buang) meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan paru-paru.

Sejak menghambakan dirinya sebagai anak seni, Ahmad Jais sudah merakamkan suara menerusi lebih 100 lagu dalam 15 album. Kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Beliau juga pernah menjuarai anugerah Juara lagu asli pada 1959 dan 1960, Juara lagu pop (1962) dan Juara lagu asli (1962), Anugerah Sepanjang Zaman Papita 2011 serta Anugerah Budian Veteran menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2002).

Selain itu, beliau juga pernah diberi kepercayaan untuk mengadakan beberapa konsert yang besar. Antaranya, Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Beliau juga turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang diPertuan Aging Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari keputeraan Seri Paduka Baginda yang ke-63 pada 2006.

Pihak warga murai.com.my ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar buat seluruh industri hiburan tanah air.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah...


p/s : Salam Takziah buat keluarga Allahyarham.. Moga rohnyaa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang² yang beriman dan beramal soleh..Insyallah.. Amin.

Monday, March 21, 2011

Moga Kak Anum Tenang Di Sana

Al Fatihah dan Salam Takziah Buat Keluarga Kak Anum

Semalam dalam 12.30 tengahari aku dapat panggilan dari kawan ofis aku.  Dia bagi tahu yang Kak Anum yang penah aku tulis N3 mengenainya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.  Aku tak dapat laa nak pergi melawatnya semalam.  

Jadi tengahari tadi aku ikut teman² ofis yang lain pergi ke rumah kakaknya di flat PPR Taman Batu Muda.  Weols dapat laa berjumpa jugak dengan emak Kak Anum.  Weols sempat laa bacakan Yasin beramai² untuk di sedekahkan pada arwah.  Arwah disyaki mengidap kanser darah.  Katanyaa terlebih sel darah putih. Meninggal dalam pukul 4.30 pagi di hospital PPUM.

Lepas bacaankan Yassin... tak sangka plak kakaknya jamukan weols dengan mee goreng.  Lepas makan weols dibawa oleh suami arwah dan anaknya pergi melawat ke pusaranyaa.  Arwah di kebumikan di perkuburan Karak kalau tak silap laa..

Aku mendoakan agar roh Kak Anum ditempatkan bersama² orang² yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Tuesday, November 16, 2010

Salam Takziah



Isnin, 15 November 2010
Pada pukul 9 lebih emak aku telefon beritahu yang Uwan aku (mak Abah) telah meninggal dunia.  Aku masa tuh dah sampai ke ofis.  Jadi aku telefon laa hubby aku beritahu dia.. tentang hal ini.  Kesian plak kat hubby aku.. dia pun baru je sampai ofis.. kena patah balik ambik aku kat ofis.. nie dan balik ke rumah nak ambik keta.  Weols bertolak balik ke kampung dalam pukul 11 pagi.  

Uwan aku nie meninggal sebab sakit tua.  Kiranya dah lama sakit.. dah tak boleh cakap.  Makan pun tak boleh cuma minum susu melalui tiub jerk.. Aku sampai di kampung rumah Uwan dalam pukul 1 tengahari. Sempat laa hubby aku join solat jenazah dan aku sempat ikut sekali pergi ke kubur dan melihat sekali upacara pengkebumian.

Syukur alhamdullillah segala urusan pengkebumian semuanya..selesai dengan lancar.  Dah selesai tuh aku balik ke rumah Uwan aku untuk jumpa Abah dan Makcik serta adik beradik aku yang lain.  Dalam pukul 3.45 aku beransur pulang ke KL.

Aku mendoakan agar arwah Uwan aku di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Amin


Ini laa arwah Uwan aku yang sempat aku ambil gambarnya...
masa aku melawat dia yang lalu.

p/s : berlinangan airmata aku apabila jenazah diturunkan ke liang lahad.. Al-Fatihah..

Thursday, August 05, 2010

Salam Takziah

Al-Fatihah dan Salam Takziah buat keluarga Uwan Cik..


Rabu, 4 Ogos 2010
Pukul 1.30 pagi.. aku terima panggilan telefon dari makcik aku.. beritahu yang Uwan Chik telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 1.20 pagi.. di Hospital Kuala Pilah.. rupanya.. dia tak sempat pun dibawa pulang..sebab sebelum tuh anak² dia dah plan nak bawa dia balik.. tapi dah ajal dia meninggal di hospital..

Oleh sebab hubby aku ada appointment yang mustahak.. jadi weols hanya bertolak balik ke kampung dalam pukul 11 pagi.. Alhamdullillah sampai di kampung dalam pukul 12.45 tengahari.. cuma tak sempat laa nak tatap arwah Uwan wat kali yang teakhir.. tapi aku tak ralat laa sebab aku dah pun jumpa dia 2 hari yang lepas masa aku melawatnya di hospital..

Sampai dikampung weols terus ke Masjid. Sembahyang zohor di masjid dan sempat laa besama² sembahyangkan jenazah.... Selepas jenazah di kebumikan aku ke rumah Uwan aku.. sian aku tengok Tok Cik aku.. walaupun tengok muka cam tak sedih tapi iyelaah.. 'soulmate' dia dah tak de.. sedih laa jugak.. kan.. Tok Cik aku tuh pun bukannya..sihat sangat..

Aku bertolak balik ke KL dalam pukul 4 petang.. dan sampai di KL dalam pukul 5.30 petang..

Ini laa gambar kenangan terakhir aku 
bersama dengan UwanCik

Friday, April 02, 2010

Salam Takziah Din Beramboi


Petikan dari Berita Harian Online....

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.

“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

llahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat. Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.

p/s :

Salam Takziah buat keluarga Din Beramboi.. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang² yang beriman...

Aku suka sangat dengan celoteh Abg Din.. selamba jerkk.. suka dengar masa dia jadi DJ kat THR dulu² dan skrg bersama dengan Aznil di Riuh Pagi ERA. Memang dia sorang yang kreatif dan sponton dengan lawak beliau.. Hilang laa sebutir lagi bintang dari persada seni.. negara..

Moga keluarga Abg Din Beramboi akan tabah menghadapi dugaan yang menimpa ini.. Al-Fatihah


Friday, March 26, 2010

Salam Takziah...

Dapat lagi berita sedih...

Tengahari tadi dapat panggilan dari emak. Dia bagi tau yang sepupu aku, anak Pak Tih baru jer bersalin anak keduanya.. seorang perempuan..yang sgt cantik.. itu apa yg dikata oleh datuknya kepada emak aku.. semalam.. tapi yang sedihnya anaknya meninggal dunia. Aduh boleh bayangkan bagaimana sedihnya kan.. anak yang dikandung 9 bulan pergi buat selamanya. Emak bagi tau..anaknya lemas.. tak tau laa cam na leh terjadi.. iye laah dah kuasa Allah kan cuma dipinjamkan buat seketika cuma..

Salam takziah buat keluarga Pak Tih.. terutama sekali sepupu aku Fairus Hanum.. Moga tabah menghadapi cubaan dan dugaan ini.

Yang pastinya..anak itu menanti dipintu syurga.. A-Fatihah...


p/s : Minggu ini dah dua berita kematian.. dpt berita jugak.. nenek sedara aku pun sedang sakit.. mungkin aku akan pulang ke kampung insyallah...



Monday, March 22, 2010

Salam Takziah

Innalillahhiwainnailaihirojiun...Al Fatihah.. dan
Salam Takziah untuk keluarga AyahAlang..


Pagi tadi masa on the way ke ofis, hubby terima berita yang AyahLang, abang Apak meninggal dunia. Terkejut juga laa kan.. sebab last masa weols jumpa dia masa tuh dia sihat walafiat lagik.

Hubby aku lepas antar aku ke ofis, dia ke Gombak tumpang Abang Uda dan ambik Kak Yang untuk balik sama ke kampung...Aku tak ikut sebab hubby kata tak payah laa ikut dia je laa balik... so nanti malam laa tunggu citer yang selanjutnya..


Gambar kenangan masa hari raya 2009 yang lepas..
Apak & AyahAlang


p/s: Yanie Mentor meninggal dunia semalam kerana mengidap ketumbuhan paru-paru.
Muda lagik baru berumur 25 tahun.. Salam takziah jugak buat keluarganya..




Thursday, August 13, 2009

♥♥ Takziah AlFatihah - Ustaz Asri Rabbani ♥♥

Innalillahhiwainnailaihirojiun.. Al Fatihah dan Salam Takziah buat keluarga Ustaz Asri dari Kumpulan Rabbani. Moga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.




Sedih laa jugak bila mendapat tahu tentang kematian Ustaz Asri ni.. Iyelah aku suka sgt dengar lagu² Rabbani..lebih² bila Ustaz Asri nie menyanyi. Aku ingat lagi.. 2 tahun lepas bila aku dan ofismate pergi berbuka pose di Hotel Singgahsana. Setiap tahun Kumpulan Rabbani akan buat persembahan mereka di sana. Memang best dan sore Ustaz nie memang superp..kalau dengar live. Iye laa nak wat cam na..kan Allah lebih sayangkan beliau.. Moga allahyarham akan berbahagia di sana...


Petikan dari BeritaHarian Online

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss