Showing posts with label Majlis Tahlil. Show all posts
Showing posts with label Majlis Tahlil. Show all posts

Monday, April 07, 2014

Majlis Tahlil Arwah & Doa Selamat

Assalamualaikum..

Lambat betul nak up N3 untuk hari ini.  Rasa cam malas jerk.. cam lemau jerk nie.. tapi kalau tak up kan jugak N3 nie bila lagi.. sebab ada N3 yang lepas tak di update kat sini.  Plan² laa yer..

Semalam aku ke kenduri doa selamat kat rumah Pak Ngah aku kat SS2, PJ.  Kiranya sekali ngan tahlil arwah dan juga doa selamat sebab dia dah selamat menunaikan umrah sekeluarga bulan Mac lepas.

Aku pergi dengan mak dan makcik aku laa bawa dia orang.  Sapa lagi nak bawakkan kalau tak weols. Majlis bermula dalam pukul 11.30 pagi.  Bacaan yassin dimulakan dulu.  Ramai yang hadir jugak untuk memeriahkan majlis kali ini.  Weols balik dalam pukul 3 petang gitu.

Jom layan gambar yer..

 Antara tetamu yang hadir.. ramai laa jugak


 Ahli jemaah surau..


Pak Ngah aku yang sedang berdiri bagi sedikit ucapan


 Hidangan makan tengahari..


Kuih muih dan minuman pun ada..


Pak Ngah sepupu mak..berbual dengan mak cik


 Ini Iman anak sepupu aku..kalau nak cakap ngan dia kena speaking
london laa.. heheh cakap omputih aje..


 Baby Mia.. baru nak masuk 3 bulan. 
Senang betul  nama tak de panjang just call her MIA


 Alololo cembeng la Mia nie geram betul ngan dia.. 1st time
jumpa ngan Mia. 


Baby Mia dah nak balik Dubai. Mummy dan Daddy dia keje sana.. 



Friday, January 11, 2013

Solat Berjemaah Dan Bacaan Yassin

Assalamualaikum

Khamis, 10 Januari 2013 

Pada tengahari semalam, kat ofis aku ada wat majlis
bacaan Yassin dan solat zohor berjemaah.

Pada yang nak air yassin diminta untuk bawa
botol mineral masing².

Memula organiser nak wat solat hajat tapi
last minit tak jadi cuma buat solat zohor berjemaah jer

Tak kisah laa.. Solat hajat tuh boleh buat 
sendiri jika berhajat kan sesuatu kan.. 

Kaum hawa bersama² membaca Yassin..


Selesai solat..jemput makan laa semuanyaa.. 
Menu Nasi Ayam bungkus (iye laa masa rehat dah abis, bawa masuk ofis ler)..
Ada juga laksa penang, buah²an dan sirap bandung


Nasi ayam aku..nyum²



Monday, July 23, 2012

Majlis Tahlil dan Sambut Puasa

As-Salam

Hari ini dah masuk hari ke 3, umat Islam berpuasa.. uols puasa tak?
Aku nie puasa insyallah.. tapi tu ler.. masih lagi batuk² memang dugaan
betul laa.. batuk kena plak di bulan puasa ini.  Aku semalam pergi lagi
ke doktor ambil ubat sebab batuk aku nie ler..tak baik² lagi.  

Pagi tadi lepas makan sahur, makan laa ubat.  Batuk punya pasal keluar
balik ler isi pewut ngan ubat² yang dimakan.. adoiyai.. punya laa pahit..ikss
kiranya ubat tak jalan laa..sebab dah keluar balik..

Okey ini nak citer sambutan majlis tahlil arwah dan sambutan puasa diadakan
pada Rabu, 18 Julai 2012 yang lalu.  Majlis bermula pukul 12.45 tengahari dengan
membaca nama² arwah dan bacaan doa.

Selesai semua tuh.. apa lagi makan time laa.  Antara hidangan weols 
seperti biasa ada Nasi Beriani, Ayam Berempah, Kambing BBQ (org sedekah),
Dalca, Jelatah, Papadom, Laksa Johor, Roti Jala dengan Santan durian, kuih-muih
pun ada.. Kiranya kenyang laa perut.


Khusyuk.. rakan² sama² membacakan doa utk arwah 

Ini dalam surau.. 

Laksa Johor.. Air Sirap Bandung Soda 


Ini nasi aku ler..  


Goodie Bag yang weols dapat.. ada Majalah Rapi (lama punya laa), 
Surah Yassin, Buahan Tamar

Tuesday, June 19, 2012

Kenduri Doa Selamat di Rumah Pak Ngah Ku

As-Salam

Hari Sabtu lepas dalam pukul 10.30 pagi, aku sekeluarga 
bersama makcik aku ke rumah Pak Ngah di Sg. Way.  
Dia buat kenduri doa selamat.  Weols sampai di rumahnya 
dalam pukul 11.10 pagi.  Majlis belum lagi bermula 
kerana masih lagi menunggu tetamu dan kariah masjid
 untuk sama-sama membaca doa.  Kenduri doa selamat ini 
adalah untuk mengucapkan syukur kerana Pak Ngah aku ini 
baru sihat dari sakit.  Hari tuh dia masuk ICU 
kat Asunta Hospital.  

Alhamdullillah dia dah sihat seperti sediakala.  Kenduri ini juga
untuk arwah Pak Andak aku dan juga mak mertua Pak Ngah.
Majlis berjalan dengan lancar.  Selesai doa selamat, its 
makan time.

Makanan di kater dari sedara Mak Ngah yang diimport
dari Paroi, N9.  Antara hidangannya ada Nasi Putih, Daging
Salai Cili Api, Sambal Udang, Ayam Goreng, Sayur Rampai
Ikan Masin, Ulaman dan Sambal Belacan dan tuan rumah
sempat buat kerabu mangga.  Sedap sungguh
rasanya.  Sebelum balik sempat laa tapau sikit lauk 
untuk buat makan malam.

 Hahahah acara waji bergambar dalam kereta.. 


 Sedang menuju ke Sg. Way... Jalan jem sikit jer nak menuju ke Angkasapuri..


 Doa selamat sedang berjalan..


Hubby dan anak ku.. Di sebelah hubby tuh suami sepupuku, Redza..


 Dah selesai doa selamat.. menjamu selera laa plak..


 Para tetamu sedang menjamu selera..


 Ruang hidangan makanan


Nyum² teringat balik sedapnyaa..


 Aku bersama Pak Lang.. abang mak..


 Aku bersama hubby tersayang..


 Aku bersama Haiqal & Hakimi..


 Bergambar kenangan dengan adik beradik mak..


 Dari kiri : Pak Tih, Mak, Pak Ngah, Pak Lang, Makcik (Indok)
yang tak de adik mak yang bongsu Acik dan Pak Ndak yang
baru meninggal bulan Januari lalu.


Bukan senang nak berkumpul adik beradik gini kalau tak de majlis kerian begini..


Wednesday, June 08, 2011

Tahlil dan Solat Hajat

Dah beberapa hari blog aku nie sunyi sepi.. sebabnyaa aku cuti 2 hari lepas.. kalau aku cuti blog pun sunyi ler....aku ada beberapa N3.. aku mulakan dengan yang ini dulu yer...

Jumaat, 3 Jun 2011.. Ada majlis tahlil, solat hajat kat ofis baru.  Walaupun belum pindah masuk sepenuhnyaa.. tapi Pengarah nak gak wat hari ni.. Majlis bermula dari pukul 7 malam dengan solat maghrib berjemaah pas tuh baca Yasin, solat Isyak dan solat hajat.  Tak ramai staf yang hadir.. iye buat lepas ofis.. dan buat pulak hari Jumaat ramai yang nak balik kampung dan ramai yang bercuti panjang.  Nak buat cam na..kan.. majlis haru diteruskan..  

Makan malam bermula dalam pukul 9.. Antara menu yang ada.. iye laa nasi putih, ayam merah, pecal, sayur campur, ikan masin, agar-agar, buah²an dan air sirap limau.  Kalau dah tak ramai orang makanan pun banyak laa lebih.. so apa lagik.. tapau laa sikit bawak balik.  Dan kenyang perut minta izin laa balik.. dah penat kan.. :) tapi pewut kenyang laa.. alhamdullillah..











Friday, March 25, 2011

Majlis Tahlil Arwah

Tengahari tadi Bahagian Pentadbiran mengadakan majlis 
tahlil untuk  kakitangan weols yang baru² ini 
telah meninggal dunia.  
So, aku dan staf dari Bahagian aku join laa sekali. 
Weols bayar untuk makan RM5 jer. 
 Majlis bermula dalam pukul 11.30 pagi.  
Iye laa kena mula awal..sebab 
nanti yang lelaki kena pergi masjid untuk 
sembahyang Jumaat.

Makanan untuk hari nie ada 
Nasi Ayam, Bubur Kacang Hijau, Kek Coklat, 
Swiss Roll Cake, Buahan dan Air Sirap.  
Alhamdullillah.. majlis berjalan 
dengan lancar. 


Majlis diadakan di bahagian belakang pejabat pentadbiran.


Antara teman² yang hadir 


Orang² kuat Pentadbiran membantu dlm mengagihkan 
ayam² takut tak cukup nanti..


Sempat laa berposing sebelum menjamu selera..




Wajib ambik gambar makanan kan.. hehehe.. 
korang tengok aje laa yer..nyum²


P/s : Takziah dan Al-Fatihah utk keluarga Wan Teh (nenek saudara) yang meninggal hari.. ini.  Tak sempat nak pergi menziarah..Moga rohnyaa ditempatkan bersama² orang² yang beriman dan beramal soleh. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss