Showing posts with label Raya 2013. Show all posts
Showing posts with label Raya 2013. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Aidil Adha 2013..

Assalamualaikum..

15 Oktober 2013 (Selasa)

Hari Raya Aidil Adha disambut secara sederhana.. Aku sekeluarga tak balik kampung beraya kat sini jerk. Pepagi singgah kat umah makcik aku.. bawa keta dia.. sebab tak muat naik keta aku.  Jadi bawa 2 keta laa.. Alhamdullillah selesai solat sunat Aidil Adha singgah umah makcik makan² kat situ.  Pewut dah kenyang balik umah laa.  Ahaks mata plak dah kuyu.. layan tido laa kejap.  Lepas solat zohor siap² ke rumah Pak Teh di setapak katanya ada buat makan² sikit.  Sepupu aku ada buat akikah untuk 3 orang anak dia. Anak aku tido kat umah Pak Teh untuk beberapa hari nie.

Kenyang di rumah Pak Teh.. gerak plak ke rumah Kak Yang di Keramat.  Sampai kat situ dalam pukul 5.30 petang.  Kak Yong sekeluarga pun ada. Antara menu yang dimasak ada Nasi Dagang ngan ikan tongkol, Lasagna, kek, triple (ini Kak Yong bawa), nasi impit, kuah kacang, rendang ayam.  Kenyang pewut aku asik makan jerk.

Lepas solat Maghrib weols pakat plak ke rumah Kak Nyah di Bandar Tasik Selatan. Meriah laa rumah.. Makan lagi masak lodeh, rendang, nasi impit dan air sirap..sambil layan citer Cinta Mat Semperit.. Sampai kat umah dalam pukul 11 malam.  Penat seharian berjalan raya..

Balik dari solat singgah umah makcik.. sempat posing kejap..ahakss.. 

Hubby pun minat bergambar jugak.. 

Hubby sedang menjamu selera..

Di rumah Pak Teh di Setapak Jaya 

Hidangan menu di rumah Pak Teh 

Leka hubby dengar Pak Teh berborak..

Posing laki bini 

Nasi dagang.. dan ikan tongkol

Angah buat lasagna.. sedap.. 

CD dan Sham dok layan Lasagna panas².. dok dengar hubby ku berborak..

Mak² dara sedang posing.. 

Ada plak ironman sesat kat belakang tuh.. 

Apa laa yang aku dok citer ngan Sham nie.. 

Sambil menjamu selera.. 

Di rumah kak Nyah 

Nyum² sedapnyaa.. juadah.. 

Sebelum makan.. wajib ambil gambar dulu.. laki bini suka sgt bergambar.. 
kalau tak..nanti blog.. tak meriah..ahakss..

Thursday, October 17, 2013

Segalanya Berjalan Dengan Lancar..

Assalamualaikum..

Isnin, 14 Oktober 2013.. 

Aku, hubby dan anak aku cuti hari nie.  Pepagi dah bangun hantar mak aku ke hospital untuk rawatan ulangan. Aku plak ke flat, rumah mak aku kat Setapak nak ambik bil sewa rumah.  Dah setel bayar bil kat ofis bandaraya, weols gi ambik mak kat hospital.  Lepas itu terus ke ofis DBKL kat Jalan Kampung Baru untuk urusan pembelian rumah bandaraya yang telah di offer.  Dah lama offer tapi masa tuh belum cadang nak beli lagi.  Jadi dah lama fikir, so weols pun decide nak beli.  Jadi alhamdullilllah segalanya berjalan dengan lancar. Sekarang ini hanya tinggal nak sign agreement aje kat pejabat peguam.

Balik dari segala urusan singgah plak kat Burger Kings.  Sibuk plak anak bujang nak makan.  Oder laa makanan bawa balik takut tak sempat nak masak untuk berbuka.  Sampai kat umah plak siap² untuk masak rendang dan nasi impit. 

 Di kaunter Tingkat 8.. semakan jika ada outstanding..sebelum proceed  ke Tingkat 6

Muka budak boring.. nunggu.. 

Hubby yang menemani aku..  



 Selesai di DBKL ke pejabat peguam kat Cheras, Taman Segar



 Di Burger Kings.. oder makanan

 Ini anak aku punya burger.. ada set..nye tak sempat nak ambik gambar..

 Rendang sedang di masak..

Rendang hampir nak masak..


Tuesday, September 10, 2013

Lupa Plak Citer Raya Yang Ini..

Assalamulaikum..

Terlupa plak nak upkan N3 nie.. Hari Ahad, 1 September tuh ada majlis raya di rumah Ustazah Ramlah tempat aku ngaji.  Meriah jugak laa makanan sebab potluck kan. Pelajar² ustazah bawa makanan masing². Dapat plak lagi cenderahati berupa surah Yasin dan kain batik.

 Ustazah Ramlah berbaju biru

Sebelum makan ada bacaan al-quran 

 Penyampaian cenderahati..

Tak muat duduk dalam.. rumah..kat luar.. pun ramai..

 Antara yang makanan yang dibawa oleh para pelajar..


P/s : Hari ini anak aku menjalani peperiksaan UPSR.. Moga dia berjaya.. Insyallah.

Wednesday, September 04, 2013

Majlis Sambutan Raya Lorong Rumah

Assalamaualaikum..

Pada malam Sabtu, 31 Ogos 2013 yang lalu, lorong kat rumah aku seperti biasa buat majlis sambutan hari raya. Jadi sebelum majlis diadakan rewang untuk menyediakan juadah untuk dimakan.  Rewang bermula dari pukul 3 petang, lewat sikit sebab petang tuh hujan turun lebat.  Aku datang laa tolong² jiran² perempuan yang lain.  

Menu yang disediakan adalah Nasi Arab Daging, Nasi Impit, Kuah Kacang, Ayam Goreng BerempahMeehoon Soto dengan Buah²an.  Yang lain seperti pencuci mulut tuh potluck pada sesiapa yang nak bawa tuh..

Alhamdullillah majlis berjalan dengan lancarnya..

 Penyediaan Ayam rebus sebelum disiat jadi rencah untuk meehoon soto

Para ibu² memasak dan para bapa² memasang khemah..

 Berbual² sambil menunggu jemaah dari surau

 Selain keluarga yang ada lorong.. dijemput juga ahli jemaah 
surau..untuk sama² menjamu selera




 Ini lah nasi Arab Daging..makan dengan sambal ijo, yogurt dan salad


Desert dalam periuk ini mak aku yang buat yang dinamakan Putri Mandi
Dalamnya ada pisang, isi kelapa mula, dan tepung pulut (yg telah diuli dan direbus dulu)
Sedap.. suka orang² kat situ makan..


Friday, August 30, 2013

Jamuan Raya Bahagian Kewangan dan Bahagian Elektrik

Assalamualaikum..

Hari ini ada 2 Bahagian di Jabatan aku buat jamuan hari raya.  Alhamdullillah kenyang laa jugak perut aku hari nie.  Minggu depan pun ada gak lagi jemputan..

Jamuan Raya dan Besday sekali untuk Bahagian Kewangan

Antara menu untuk sarapan pagi.. Spegetthi, Meehoon Singapore, 
Kek, Nasi Impit, Rendang, Roti Jala, Cocktail dan Nescafe.. 

Teman² datang beraya.. 

Meriah jadinya bila masing² dari Bahagian lain bertemu..

Tak de gambar tak best laa kan..


Tengahari plak weols ke jamuan raya Bahagian Elektrik.. Antara menu yang disediakan ada Nasi Kerabu, Nasi Tomato, Ayam Merah, Dalca, Jelatah, Air, Kuih Muih Dan Buah²an.

 Lemang pun ada.. ngan Kuah Lodeh


 Antara pencuci mulut yang disediakan..


 Yang ada masa nie semua perempuan.. lelaki dah gi solat..


 Kuih muih macam² ada.. Asam Boi pun ada..




 Aku dengan Kak Rabitah..


Aku dengan Ba'ah.. Admire dia.. sebab dia dah kurus.. cayoik laa..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss