Assalamualaikum..
Jumaat, 6 Jun 2014
Dalam pukul 8 pagi turun bersarapan di hotel. Okey laa menu yang disediakan.. Ada meehon goreng, nasi goreng, boleh buat sendiri roti bakar, air kopi dan teh serta jus disediakan.
Bersarapan pagi dulu..
Lepas bersarapan, weols ke destinasi lawatan seterusnya iaitu ke Bukit Bendera. Pernah sampai ke sini lama dulu tapi masa tuh keretapi lama lagik dan sekarang dah ada keretapi baru dan laju plak tuh.
Weols set Waze ke Bukit Bendera. Ingatkan betul laa Wazenya tunjuk jalan rupanya yang dibawa weols nie ke Bukit Bendera yang lain jadi kena laa keluar balik dan cari masjid negeri dan dari situ ada signboard ke Bukit Bendera dan baru laa sampai ke destinasi yang dituju.
Bila dah direnovate.. nampak cantik dah Bukit Bendera nie..
Aku dan Kak Idah..sempat posing di sini..
Harga tiket RM8 dan kena tunjuk Mykad
Dilaluan nak naik keretapi sempat posing lagi Dalam almari tuh macam² barang dipamerkan
Menunggu giliran nak naik keretapi
Landasan keretapi
Keretapi Bukit Bendera yang baru
Pemandangan seluruh bandar Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera
Weols naik buggy ini. Dikenakan bayaran sebanyak RM30 dan
bawa pusing² selama kalau tak salah 20 minit rasanya..
Pemandu yang tolong snap gambar ini.
Ada menara tinjau masa jalan² tuh weols berhenti kat sini..
Ada shooting sedang berjalan untuk filem omputih katanyaa..
Keretapi lama Bukit Bendera..
Atas Bukit Bendera ini ada Masjid dan juga Kuil Hindu
Berselfie laki bini ngan monopod..
Pemandangan sekitar Bukit Bendera
Sempat masuk kat Muzium Burung Hantu..
Lukisan yang dipamer dalam muzium nie
Berselfie laki bini..lagi ahakss..
Ini kedai cenderahati burung hantu pada sesapa nak beli laa..
Cantik plak replika periuk kera nie..
Kat atas Bukit Bendera ada jugak dijual FM, Tshirt dan macam² lagi laa..
Turun dari Bukit Bendera ada plak jumpa kedai jeruk Pak Ali. Beli sikit tuk bawa balik..
Perut pun lapar.. jom gi cari makan laa plak..