Showing posts with label DisneyLand. Show all posts
Showing posts with label DisneyLand. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

Percutian Ke HongKong, Disneyland dan Shenzhen, China 1 Nov - 5 Nov 2013 - Part 2

Assalamualaikum..

2 November 2013 (Sabtu)

Jom sambung hari kedua di HongKong.. Destinasi seterusnya adalah ke DisneyLand..

Pepagi bangun.. buat sarapan sendiri.. Semalam kan ada beli burger King.. so weols makan tuh je laa untuk sarapan.  Maklum laa kat HK nie susah sikit nak cari makanan halal.  Korang kalau nak ke HK siap laa bekalkan Maggie cup, 3 in 1 coffee dan milo. 

Aku pun ada bawa roti gardenia ngan tuna dalam tin tuh. Jangan lupa juga bawa air mineral lebih sikit sebab barang² kat Hong Kong tersangat laa mahalnya.  Selain dari itu kena juga bawa botol kosong setiap kali kalau ke tandas maklum laa dalam tandas tak de air yer.. Usung laa botol kosong tuh.

 Dalam coach nak ke DisneyLand, Hong Kong.. Bersama rombongan seramai 17 orang semuanya..


Akhirnyaa jejak juga kaki weols ke DisneyLand..


Bergambar kenangan di depan pintu gerbang..bersama geng² UNIKL BMI

Bersama keluarga tersayang.. 

Ini sedang menunggu train untuk dibawa pusing² Disneyland 


 Bila sampai di sini weols solat dulu sebelum jalan².  
Cari City Hall nie maklumkan nak solat dia orang akan bagi bilik untuk solat..

Ada persembahan pancaragam.. seronok nengoknyaa..


 Menarik tengok pokok di belakang tuh..

Ini di dalam Small World.. lebih kurang sama je dengan USS Singapore..
 tapi lebih best lagi USS Singapore 

Cantik dan cute² semua patung.. 

Di luar bangunan Small World.. Nak naik boat kena beratur panjang gak laa..

Cam garang jer..hehehe..

Cantik betul istana Mickey Mouse..tuh

 Dah lapar..apa lagi cari makan laa.. makanan memang mahal.. 
cuba tengok harga tuh.. Nak masuk dalam nie tak boleh bawa makanan sendiri..
jadi kena laa makan apa yang ada dalam Disneyland nie..  Ini di Tahitian Terrace

Nasi lemak malaysia.. anak aku punya

Yang ini plak aku share ngan hubby.. Harganya HKD96 = RM48 

Muka dah kenyang leh sambung lagi jalan²

Hahaha sempat gak laa naik gajah nie.. lepas beratur dekat setengah jam..

 Pukul 3 petang plak ada acara perarakan.. kereta berhias.. cantik sangat..




Banyak tempat jugak laa weols pergi..tapi banyak tuk anak² laa.. tapi sangat seronok.. penat laa kaki berjalan. Malamnya dalam pukul 8 malam acara kemuncak.. bunga api.. Ada aku share sikit video kat FB. Cantik sesangat..

 Selesai pertunjukan bunga api.. semua pun beransur keluar sebab dah tutup..ahehehe.. 

Bye² Disneyland..

Lepas dari Disneyland, weols ke Ladies Market.. kat sini je laa weols sempat shopping iye laa dah rugi semalam.. Itu pun dapat kejap aje.. anak aku buat hal penat katanya.. Balik weols naik teksi sebab coach tak ambik.. jadi weols bayar dalam HKD65 sampai ke Newton Hotel.

 Kaki sakit nie..tapi dikuatkan hati gak..laa.. jalan..

Suasana di Ladies Market..

Hubby pun nak bergambar gak laa.. 

Balik tuh terus pack barang² sebab dah nak check-out awal pagi.. Tido malam tuh tak ingat diri.. penat sungguh..Esok nak melawat² sekitar Hong Kong plak..

Nanti sambung lagi yer..

Monday, November 11, 2013

Percutian Ke Hongkong, DisneyLand dan Shenzhen, China 1 Nov - 5 Nov 2013 - Part 1

Assalamualaikum..

Dah lama betul blog ini tak de N3 baru.. seperti yang dimaklumkan, aku sekeluarga pergi bercuti.. dan balik dari bercuti mood ke laut laa plak nak update N3.. so nie plan² laa aku citer ekk.. Dari 1 Nov hingga 5 Nov 2013, weols ke HongKong dan Sanchen, China.  Percutian ini diuruskan oleh hubby aku melalui Koperasinya sejak awal tahun lagi..

1 November 2013 (Jumaat)

Memang tak lelap tidonya.. aku pada malam tuh.. sebab takut terlajak.. iye laa dah booking teksi pukul 5.30 pagi untuk hantar ke Bandar Tasik Selatan dan naik ERL dari sana ke KLIA.  Memula tuh memang plan nak bawa kereta dan park kat Putrajaya Sentral tapi rasa tak sedap hati plak.. jadi tu yang naik teksi dan ERL aje.



Sampai di KLIA dalam pukul 6.40 pagi.. sempat la gi cari tempat solat untuk solat subuh. Dah setel gi laa beratur kat kaunter untuk cek-in bag.. tapi diberitahu flight delay.. sebab ada kerosakan.  Mula laa penumpang dan termasuk weols nie bengang napa tak dimaklumkan awal.  Iye laa tak laa weols nie tercongok seawal ini.  Ingatkan delaynya tak de laa lama rupanya flight pukul 4 petang.  Jadi weols semua di beri kupon sarapan pagi di McDonalds dan selepas sarapan ditransfer weols semua ke Empress Hotel untuk berehat dan makan tengahari.  

Menunggu untuk dihantar ke Hotel 

 Ada 2 bas termasuk weols yang ditranfer ke Empress Hotel, Sepang

Bilik hotel yang sangat selesa tapi cuma dapat tinggal di sini selama 2 jam aje.. 

Makan tengahari.. 

Dalam pukul 2 petang weols berkumpul semula untuk ke KLIA dan terus ke balai berlepas tunggu disitu plak.  Dah pukul 4 petang diberitahu flight delay lagi pukul 6.30 petang.. Adohai.. memang menyumpah semua penumpang. Dapat lagi voucher makanan percuma Burger King tapi tak sempat nak makan.  Jadi weols bawa laa naik kapalterbang.  Bila dah boarding.. weols kena tunggu dalam sejam dalam kapalterbang sebab menunggu co-pilot lewat sampai sebab terperangkap dalam jam.. memang dugaan betul laa.  Weols dah kerugian satu hari.. iyelah sepatuthya.. flight pukul 9.45 dan sampai dalam pukul 12.30 tengahari... Akhirnya berlepas juga dari KLIA dalam pukul 8 malam dan sampai di Airport Hongkong dalam pukul 12.30 pagi. Pengalaman betul naik MAS dapat masalah gini.. 

Naik keretapi ke Balai Berlepas.. 


Ini makanan dalam kapal terbang.. Mee Blackpapar..


Seronok sebab dah naik kapal terbang..

Telah sampai di Airport HongKong..besar sungguh.. 

Weols di jemput oleh Benny dari travel agent 

Naik coach ke hotel 

Sedikit penerangan oleh Benny tentang aturcara esok.. 

Ini adalah bilik weols.. sepatutnya anak aku sebilik dengan Cik Roy .. 
tapi dia tak nak..jadi katil nie dirapatkan laa..

Bilik air.. nya.. 

Ada 7 eleven gak kat HK nie 

 Hubby beli sim kad HK bernilai HKD68..boleh buat call dan berinternet..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss