Assalamualaikum..
9 Ogos 2013 (Jumaat)
Hari Raya Kedua di rumah Kak Idah. Pepagi membantu memasak sarapan sebelum bersiap untuk berjalan raya di hari kedua ini.
Hidangan Nasi Lemak untuk sarapan di Hari Raya Kedua..
Seronok bila berkumpul begini.. kecoh aje.. :)
Hubby bersama Abg Hadi dan Syam
Senyum anak aku dapat makan Spegatthi Bolognese..
Lepas bersarapan weols semuanya bersiap² untuk ke Bota plak untuk melawat ke kubur ibu mertua ku. Selalunya selepas melawat ke kubur, weols akan ke rumah bapak sedara hubby aku Pak Cik Rahim tapi tahun ini tidak lagi kerana dia telah meninggal dunia sebelum puasa hari tuh dan isterinya plak sekarang ini tidak berapa sihat. Oleh sebab hari Jumaat, weols terus ke Masjid Universiti Petronas di Seri Iskandar sebab yang lelakinya nak solat Jumaat. Lepas lelaki solat weols perempuan plak pergi solat. Cantik Masjid UTP nie..
Lepas solat weols meneruskan perjalanan ke rumah besan Kak Yang di Batu Gajah. Memang setiap tahun weols akan pergi beraya ke sini. Dari rumah besan Kak Yang, weols ke rumah kawan baik Kak Yang lupa plak nama tempatnya.. Seronok Kak Yang dapat jumpa kawan sekolah dia dulu².
Dari situ weols ke Ipoh plak ke rumah Wan Chu, mak sedara hubby. Dah siap makan² weols pun balik laa.. kerumah Kak Idah.. dan bersiap pack bag untuk ke rumah Kak Imah plak dan bermalam di sana.
Ini adalah kubur arwah ibu mertua ku..
Ini lah rumah Pak Cik Rahim.. tinggal kenangan.. kalau tak setiap
tahun weols akan beraya di sini.
Sempat ambik gambar labu sayung ini..
Sempat bergambar di depan masjid Universiti Petronas di Sri Iskandar, Perak
Kak Nyah dan Anis
Antara hidangan di rumah besan Kak Yang..
Sungguh menyelerakan..
Amboi bangg.. sedap ker.. tuh..:)
Ahaks sempat lagi posing² tuh..maklum laa raya.. bila lagik kan
Syam, hubby dan Kak Yong
Besan Kak Yang yang tunjukkan jalan yang mudah ke rumah kawan Kak Yang..
Makan lagi.. kenyang pewut..
Bergambar kenangan dengan kawan Kak Yang dan anak²nya
Ini di rumah Wan Chu di Ipoh..
Hubby pun minat bergambar jugak.. ahakss..
Selesai untuk Hari Raya kedua.. nanti sambung..lagi sebelum balik ke KL