Hari ini sampai ofis awal.. dalam pukul
7.55 pagi. Anak aku tak pergi sekolah
sebab katanya ada sukan dan dia tak terlibat.
Pastu gi laa minum dulu kat kantin awal sikit
sebab kul 8.40, Pengarah nak jumpa semua kakitangan.
Kalau jumpa Pengarah selalunyaa akan
mengambil masa berjam².
Dalam pukul 8.50, acara bermula dengan
bacaan doa oleh En. Omar, Juruteknik Kanan,
weols selalu kalau ada apa² majlis dia yang
akan bacakan doa.
Ini adalah kali yang ke 3, perjumpaan
dengan Pengarah. Antara yang diperkatakan
ialah weols semua akan berpindah ke bangunan
baru. Bangunan baru nie kiranya lama jugak
tertangguh pembinaannya kerana beberapa masalah.
Tapi rasa seronok laa berpindah ke tempat baru.
Yang tak berapa nak seronoknya.. macam aku dan
beberapa Pembantu Tadbir di Bahagian masing²
akan ditempatkan di satu bahagian. Maknanya
weols nie tidak lagi berada di Bahagian bersama²
kakitangan teknikal yang lain macam sekarang.
Bukan aku tak suka.. tapi aku lebih suka
dengan keadaan suasana sekarang dimana ramai
kakitangan teknikal dari kakitangan pentadbiran.
Nak wat cam na kan.. dah arahan. Sedangkan
boss aku sendiri pun ditukarkan sementara
ke Jabatan lain nie kan pulak kakitangan
sokongan mcam aku nie..
Aku nie sebenarnyaa tak boleh bekerja
dalam keadaan stress kang tension susah plak.
Nanti lagik laa naik darah nie.. Aduhaii..
Aku cuma berharap keadaan akan lebih
baik dan mendapat suasana bekerja
yang baik.. Insyallah..