Selepas weols melawat ke ICE DOME.. weols ke
ke kilang yang menjual bermacam jenis makanan seperti
sotong, ikan bilis, kacang gajus, kerepek dan bermacam lagi.
Bermacam² jenis kacang, sotong, kerepek ikan.. ada dijual
Weols beli mee tomyam (cam maggie tu).. sekotak ada 30
peket tapi weols share ngan kawan hubby 15 peket seorang..
Dah makan sedap.. :)
Macam² ada
Selepas membeli belah kat kilang makanan tadi..
weols dibawa ke pasar terapung (floating market) antara
tempat menarik yang perlu dilawati kalau datang ke Hatyai..
Cuaca pada petang hari.. mendung ngan hujan renyai².
Weols kena menapak masuk sebab jalan agak jem
dengan banyak kereta dan bas pelancong..
Tempat ini dibuka hanya dari Jumaat hingga Ahad sahaja.
Keadaan sekitar pasar terapung..
Yang menarik kalau beli air letak dlm bekas cam tembikar.. tuh..
Bergambar bersama anak² Ustaz Ramly
Awek baju pink tuh cantik.. jadi tumpuan orang untuk ambik gambar..
Weols beli bubur nie.. sedap.. Cara dia orang hulur guna
bakul ngan kayu.. pas tuh letak laa duit dalam bakul tuh..
Kat sini tak dapat nak jalan² sangat sebab hujan turun
dengan lebatnya.. rasa rugi laa plak tapi nak wat cam na..kan.
Kiranya weols satu hari telah melawat lebih kurang 6 tempat.. cuma
tak dapat nak pergi ke pantai tengok ikan duyung.. sebab masa tuh
hujan lebat giler..tak boleh nak turun..
Esoknya sebelah pagi weols naik tuktuk.. drivernya bawa weols ke kedai jual roti canai..
Sebelah kedai tuh ada sebuah masjid pakistan..
Di hadapan pintu masuk masjid..
Membeli sedikit lagi kudapan di kedai muslim Cakarapan
Di dalam pasar.. ada macam² kedai..jual macam² barang..
Dalam pukul 12 tengahari weols dah cek out.
Sampai di Danok dalam pukul 2 petang....
Di Imigresen untuk cop.. balik..plak. Kat sini pun kena gak lagi
selitkan RM1 seorang dalam passport masing²
Sebelum keluar dari Danok ke Bukit Kayu Hitam.. weols jamu selera dulu..
Selesai makan teruskan perjalanan dan singgah di R&R utk solat dan sampai
di BMI dalam pukul 12 tengah malam.
Percutian yang menarik.. dan tak dapat dilupakan melawat ke tempat orang..
Okey tuh jer.. Sekian..hehehe






















