Assalamualaikum..
Hari Sabtu lepas dalam pukul 8.30 pagi weols sekeluarga bertolak ke Perak. Sebelum tu jemput 2 orang Kak ipar kut Kak Nyah dan Kak Yang sekali. Weols ada dapat jemputan kahwin di Kamunting. Kahwin anak sepupu hubby aku.
On the way tuh memula hubby nak singgah di R & R Tapah, tapi aku cakap laa yang ada R & R baru di Simpang Pulai yang baru dibuka. TQ pada blog
Alona Cintamaniszlite kerana bagi tau pasal info R&R nie. Cantik jugak laa R & R nie luas dan selesa siap ada bazar buah²an dan Maidin Mall lagi. Pada yang balik ke utara boleh laa singgah di sini. Aku kalau balik kampung memang tak lalu laa sini.. tapi sebab nak ke Kamunting boleh laa singgah sini.
Sampai di Kamunting lebih kurang dekat pukul 2 petang. Masa tuh pengantin tengah nak potong kek. Weols makan² dan kak ipar ku sempat laa bertemu dengan sanak sedara dan sepupu²nya. Sebelum beredar, sempat laa bergambar dengan pengantin. Lepas dari rumah pengantin, weols singgah ke rumah seorang lagi sepupu hubby aku.. rumah Kak Lita berdekatan jugak laa rumah dia sekejap. Dapat laa beberapa papan petai muda. Dalam pukul 4.30 petang, weols pun beredar nak balik ke kampung rumah Apak. Singgah di R & R, Tapah untuk solat dan sampai di rumah Apak dalam pukul 8.30 malam.
Esoknya lepas sarapan, weols gerak ke rumah Kak Imah plak.. borak² dan makan² lagi.. Layan nasi goreng dan Laksa. Dalam pukul 12.30 terus ke rumah Kak Idah. Weols makan tengahari plak kat sana. Kalau ke rumah Kak Idah.. selalu aku akan dapat buah limau nipis dan limau kasturi..dan dapat jugak daun pucuk paku.
Bertolak balik ke KL dalam pukul 4.30 petang.
R & R Simpang Pulai
Masih baru.. parking pun banyak kosong..
Toilet dan Surau..
Amboi dak bujang nie posing.. tak abis² ngan peace.. dia
Menuju ke Bazar dan tempat makan
Kawasan tempat makan.. byak gerai..
Ada Maidin.. dan lot² kedai.. banyak yang masih belum dibuka
Dah beli² jom kita teruskan perjalanan
Pengantin Zira dan Zaini sedang nak potong kek
Pelaminnya..
Bergambar kenangan..dengan sedara mara
Abg Hadi dan Kak Idah..sempat borak lagi sebelum bertolak balik..
Jom kita balik..alhamdullillah sampai KL dalam pukul 9.30 malam