Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Jom Kita Gelak²

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas.   Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais. 

Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada  menyediakan perkhidmatan wifi secara free.   Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt satu window tanya password..
 

"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.
 

"Yes boss?"
 

"Sini wifi aper dia punya password?"
 

"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt window mintak password.
 

"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"
 

"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.
 

Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan.   Lantas gua tekan 'OK'
 

Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.
 

"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"
 

"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"
 

"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2  sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.
 

"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.

Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul
 
'tujuh empat kali' boleh tak?"  



Thursday, October 21, 2010

Surat Putus Cinta..

Korang layan laa..Surat Putus Cinta..nie.. adesss.. sabo je laa.. Kelakar laa plak..


p/s Surat ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiadaa...hehehehe

Thursday, February 11, 2010

"Mak Apan ilang"

Aku baca cerita ini kat email dan penah jugak baca.. kat blog org lain tapi tak ingat plak sapa..just nak ceria2kan petang2 nie..aku tepekkan kat sini...

*****************************************

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.


Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.


"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.


"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!

"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.


***********************
Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama-rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:


"Dalam sinki penteri."


Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.


MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam!

Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara



Tuesday, January 26, 2010

Akibat Suka Mengungkit

Jom kita layan citer..nie....

Amir tampak kebingungan, sambil memecut laju BM7 series nya dia pun tiba di perkarangan rumahnya. Rumahtangganya sedang bergolak. Isteri nya mahu meninggalkanya melupakan mahligai indah yg mereka bina sekian lamanya .

Amir : Safirah...ko nak kemana ni? Jgn ko nak derhaka dgn suami, Tempik si amir

Safirah : Saya nak meninggalkan abg! Tak tahan saya dgn perangai abg yg terlalu Materialistik! !

Amir : Abih Beg-Beg tu...Yg ko pakai tu...Crocodile, Samsonite tu semua aku beli hasil titik peluh aku tau....!!

Safirah : Tapi....

Amir : Tak da tapi-tapi... .Kau nak tinggalkan aku...jgn bawak beg beg kepunyaan aku ini..Pegilah ko selai spinggang!!

Safirah : Abg ni Kejam...Tak mengenang budi..sell.. ..

Amir mencelah...

Amir : Oh tak mengenang budi...!!! Hoi Safirah, > cuba ko ingat balik masa ko eksiden dulu....ni hah darah yg mengalir kat dalam tubuh aku ni hah yg jadik.. .... penyelamat dikala nyawa kau tenat...Skarang kau nak tuduh aku tak mengenang budi!!

Safirah : Abih nak saya bayar balik hutang darah abg lah ni...??

Amir : Kalau itu hakikatnya!! .......Kau tak payah nak tunjuk keras...ko tak da apa...harta, bende...nak bayar balik semua yg aku berikan pada kau selama ini...

Air mata Safirah mengalir laju..membasahi pipinye yg berjerawat itu!! Safirah tak berfikir panjang setelah didera secara batiniah. Dia pun mula membuka segala pakain yg sedang dipakainya.. .

Safirah : Baik !!!!! Saya akan Keluar dari rumah ni tanpa seurat benang...(Sambil mbuka Baju Kurungnya).. Nah (sambil Mencapak ke arah Amir) amik balik Baju Kurung Den Wahab yg awak belikan Raya dulu!!!!

Amir tersentak !!! Safirah cuma tinggal bercoli dan sluar dalam saja......Jiran tetangga mula mengambil perhatian..

Safirah :Nah !! (sambil Mengambil sesuatu dari dalam Seluar dalamnya) Ambik Ni !!!!!!!

Si Safirah mencampakkan Tuala Wanitanya yg dipenuhi darah itu!! kpd si Amir...

Amir : Eii..iiii..Apa ni ..Peng...

Belum Sempat amir mengahabiskan ayatnya....

Safirah : TU!!! BAYAR BALIK HUTANG DARAH AWAK, SAYA BAYAR SECARA INSTALLMENT! !!


hihihihi... ni aku kongsikan untuk sama² kita ketawa...yer..

Thursday, September 10, 2009

♥♥ Kisah Ibu Yang Berdendam Dengan Menantu ♥♥

Korang layan je laa citer ini yer..

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.........tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. '

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan......

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya......tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan........Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab......penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

.........................

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua

*HAHAHAHAHA

Wednesday, June 24, 2009

~~Nok Ujang~~

Jom kita bergelak ketawa lak petang-petang yer..



Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas dan Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer.

One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara.. " Amer.. nok ujang.." "Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer. "Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa. " Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hanglaa!" panas sikit Amer. "Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras. "Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??" Amer dah naik angin.. siap turun dari jer katil dia dah. "Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut Abu jawab..

Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.

wakakakakkakakak kelakar..


p/s : Ini cuma lawak semata-mata tiada kena mengena ngan sesapa yer.. heheheh



Monday, June 08, 2009

~~Senyum Jangan Tak Senyum~~

Analisis Kesuburan..

Pada satu hari, seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah berjumpa dengan

seorang doktor untuk membuat analisis kesuburan dan jumlah kandungan
sperma yang ada dalam air maninya. Kemudian doktor itu pun memberikan
sebuah botol lalu berkata,

"Pakcik ambil botol nie, esok datang balik jumpa saya bersama dengan
contoh air mani pakcik kat dalam botol nie ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua datang kembali bersama botol yang
diberikan oleh doktor itu semalam. Tapi doktor tu tengok takde apa pun
yang terisi kat dalam botol tu, kosong jer. Doktor tu bertanya ler kat
orang tua tu, "Apsal pakcik tak isi contoh air mani pakcik dalam botol nie??".
Lelaki tua tu pun menjawab, "Tuan doktor, ceritanya begini, pada mulanya
tu, saya guna tangan kanan saya, tapi tak dapat jugak. Kemudian saya
gunakan plak tangan kiri, pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri
saya tolong. Isteri saya guna tangan kanan pun tak dapat, tangan kiri pun
tak dapat. Kemudian isteri saya pakai mulut plak, tak dapat jugak. Pas tu
dier gunakan gigi, pun tak dapat. Susah betul, sebab kami dah habis
ikhtiar, saya panggil anak perempuan jiran sebelah rumah kami, dier pakai
tangan dengan mulut jugak, pun tak dapat-dapat jugak", terang lelaki tua
tu.

"APA??? Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..???", tanya
doktor tu terkejut beruk. Lelaki tua tu pun menjawab lagi,

"Ya., betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami cuba, tapi masih jugak tak
dapat nak bukak
TUTUP BOTOL nie!!!"...


P/s : Korang jangan fikir yang bukan² ekk!!! Nie scheduled N3...





Wednesday, June 03, 2009

~~Senyum Pagi Rabu~~

Nie aku kongsikan citer..lawak dari email aku.. korang layan je laa yer..

Kisah Pak Ali


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api.
Pabila lalu kat kawasan tasik,
Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu.
Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas..
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik.
Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie
Pari Pari: Inikah isteri kau

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu
masa dulu telah menjadi tamak

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku katakan
'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee..
kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku
Kata `ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...".

Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss