Monday, February 17, 2020

Novel ~ Kirimkan Rindu

Assalamualaikum..

Kirimkan RinduKirimkan Rindu by Hani Fazuha
My rating: 5 of 5 stars

Alahai Tuan Assad bila ngan Khyra mmg terlebih romantiknyaaa.. Syg sgt dia..tapi sorang yg sejuk bekunyaa. Layansss.. Sehari semalam..


View all my reviews

Novel ~ Kalau Tidak Kerana Tuan

Assalamualaikum..

Kalau Tidak Kerana TuanKalau Tidak Kerana Tuan by Nueen
My rating: 5 of 5 stars

Janda anak 4 yang sgt kuat semangat walaupun ditinggalkan oleh lakinya si Fuad sepupu sendiri yg x bertanggungjawab.. Geram je aku ngan Fuad nie mulut dia mmg x de insurans betul.. Ceraikan Fiza dgn talak 3 sbb nak kahwin ngan Diana. Makwe plak mak mertua@maksedara gak pun sama je mulutnya mcm puaka. Jumpa plak ngan duda hot Hisyam Zaid yang ditinggalkan bini yg curang. Kesian dia punya laa setia dengan bininya..

Hisyam sgt baik jaga Fiza dan anak2. Gentlmen sgt.. dan sgt bertanggungjawab sbb dia pun sygkan budak2..

Suka ngan watak Kaklong.. Terbaek kalau bercakap..

Nak tau lagi kena laa baca..


View all my reviews

Wednesday, July 24, 2019

Novel ~ Kontrak Kahwin Anti Klise

Assalamualaikum..

Kontrak Kahwin Anti KliseKontrak Kahwin Anti Klise by Shazie Kamaruzaman
My rating: 5 of 5 stars

Hahahha.. Best I like..

Ada gak kisah Mak Jemah dlm novel nie.. bila jadi kawin ngan Pak Enon
Karl, Dean Anon dan Noah.. pun terselit juga.. So kalau korang nak tau sapa mereka nie kena baca novel Shazie yang sebelum nie..

Hahaha x boleh blah bila rose terkentut bau petai dlm lift.. punya la menahan.. dah laa dlm lif penuh ngan orang..sebb tak tahan sgt.. terlepas jugak..

Seth walaupun garang tp protective sungguh.. Sayang sgt dia ngan Rose asik nak melekat aje.. walaupun memula kawin cam tak de cinta tapi bila dah kawin cinta itu mekar..

Love shazie's writing.. bahasa santai.. gelak je kdg2 baca..enjoy..


View all my reviews

Novel ~ Marry Me, Senorita

Assalamualaikum..

Marry Me, SenoritaMarry Me, Senorita by Suri Ryana
My rating: 5 of 5 stars

Seronok baca kisah Isa dan Sofiy.. Sweet leting couple nie.. Citer yg x berat.. iols suka x memberatkan kepala.. Baca susah nak letak.. Syg sungguh Isa ngan Sofiy.. Ada unsur agama dan diceritakan juga sejarah Islam di Sepanyol..
Hahaha x boleh belah minah sepanyol celup tu.. Rosmina Sukardi jadi Rosa Arabella ahakss..


View all my reviews

Novel ~ Officially Milik Dia

Assalamualaikum..

Officially Milik DiaOfficially Milik Dia by Melati Shafika
My rating: 4 of 5 stars

Yaya nie mmg dah crush ngan Fariq sejak U lagi.. tetiba plak boleh tersatu ofis ngan Fariq. Cam na dia org kawin korang kena baca laa..

Citer nie best jugak sampai boleh bergenang laa air mata aku..nie bila Yaya nie sanggup cari semula kekasih lama Fariq Hatta dan sanggup plak bagi Fariq nie kawin ngan bekas kekasihnya.. Oleh kerana dalam keluarga Fariq tidak boleh bermadu jadi Yaya mengundur diri. Mmg sedih laa masa nie..

Citer mmg happy ending laa.. kalau nak tau korang kena laa baca.. :)


View all my reviews

Wednesday, April 03, 2019

Novel ~ Asalkan Dia Bahagia

Assalamualaikum

Asalkan Dia BahagiaAsalkan Dia Bahagia by Hani Fazuha
My rating: 5 of 5 stars

Lahai Haris oii napa laa bersemut sgt.. Nampak dia sgt sygkan Dira.. Tapi geram gak laa suka sgt buat Dira salah faham.. Duda berhias Haris nie.. hehehe.. Dira plak cepat sgt berprasangka.. Asik laa menangis..
Langau Afida dan Abg Ikmal..


View all my reviews

Monday, February 11, 2019

Novel ~ Tuan Perasan Maco

Sunday, April 08, 2018

Majlis Penghargaan LZS

Jumaat,  6 April 2018 

Hari nie hubby hantar aku dengan kereta sebab malam ni teman dia ke Majlis Penghargaan Lembaga Zakat Selangor.. Majlis di adakan di Hotel Grand Blue Wave di Shah Alam.  Hubby wakil dari Unikl BMI kerana dia adalah Penolong  Amil yang bertauliah yang dilantik oleh LZS..  Deputy Dean pun ada hadir sama.




#throwback.. lupa nak post.. 



Saturday, February 18, 2017

Selamat Hari Lahir To My Hubby

Assalamualaikum..



18 Februari datang lagi.. Selamat Hari Lahir buat suamiku tersayang πŸŽ‚πŸŽ‰πŸ˜. Moga dipanjangkan umur,  dimurahkan rezeki, sihat sejahtera dan diberkati oleh Allah hendaknyaa.. Aminn. Love you always.. πŸ’žπŸ’—πŸ’“



Friday, January 06, 2017

#THROWBACK ~ MAJLIS PERKAHWINAN AZILA & AZIZUL

Assalamualaikum..

Mood berblogging dah mari.. so nak #throwback majlis perkahwinan adik sepupu boleh Oktober lepas.. 

Majlis akad nikah di adakan dirumah pengantin perempuan di Country Heights, Kajang.. bermula pada pukul 10 pagi.. Tiada majlis bersanding hanya ada pelamin untuk bergambar dengan ahli keluarga sahaja dan acara makan beradap.

Jom layan gambar.. 











Wednesday, December 07, 2016

Majlis Jamuan Meraikan Staf APC dan SPC 2016

Assalamualaikum..

Lamanya blog tak berupdate.. sayang plak tinggalkan.. gambar banyak tapi mood ke laut.. tu yg sunyi sepi jer blog nie.. Jom laa layan citer hari nie..

7 Disember 2016

Hari ini telah diadakan majlis Jamuan meraikan staf yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang.. Dulu² mereka diraikan di Dewan Tunku Canselor.. sebab ekonomi meleset..jadi penyampaian sijil dibuat di peringkat Jabatan sahaja.. Tak pe laa.. boleh juga buat makan² sambil² mengeratkan sillaturrahim antara staf..kan..

Jadi orang dapur..bantu menyiapkan untuk hidangan steamboat..

Dah siap susun semua makanan.. 

Ayam bakar.. dipanggang sendiri.. 

 Pengarah sedang memberi ucapan.. sebelum penyampaian sijil

 Sedap... ada meehoon sup, set nasi beriani, bubur pulut hitam, 
steamboat, ayam panggang, buah²an

Sebelum bersurai..ambik gambar kenangan.. untuk tahun 2016..nie
 bersama Pengarah dan teman²


Thursday, November 17, 2016

Miivio Blood Pressure Monitor

Assalamualaikum..

Akhirnya dapat gak beli Blood Pressure Monitor nie.. maklum laa 
aku nie ada darah tinggi.. Dah pernah ada sebelum nie.. tapi dah rosak.

Survey kat Lazada dan 11 Street dan masa tuh harganya RM160.
Ingat dah nak oder tapi asik laa tangguh².  Kebetulan plak hari
Jumaat lepas kan Lazada wat offer, aku tengok laa harga untuk
BP Monitor nie.. wah dah turun pada harga RM138.00 so apa lagi aku
grab laa satu.. Free shipping.. tu yang penting.. hehehe
Memang banyak brand tapi aku prefer brand Miivio yang ini.. 

Senang bila ada BP Monitor.. so leh tunjuk doktor bacaan  BP aku..


Kelebihan pada BP Monitor nie leh laa tau samada bacaan tu 
Tinggi sangat (Servere), 
Tak Berapa Tinggi (Moderate) 
Sederhana Tinggi (Mild) dan 
Normal (ok-ok sangat).


Tuesday, November 15, 2016

Chia Seeds In The House..

Assalamualaikum..

Akhirnya dapat juga beli Chia Seeds nie.. Pergi lunch kat Fakulti
Akademi Islam tengok ada orang jual kat ruang legar.. beli je laa.
Harga RM24 per 250g... Dah kebetulan jumpa terus je beli.. Ingat plan 
nak cari kat Giant tapi sehari ke sahari tak pergi² juga.. 



Thursday, October 27, 2016

Bercuti Ikut Hubby Kursus Ke Melaka...

Assalamualaikum..

Pada Khamis, 13 Oktober 2016, lepas aje anak aku abis exam weols ambik dia kat sekolah dan shoot ke Melaka.  Hubby aku ada kursus pada hari Jumaat hingga Ahad. Pas tuh plak dia dapat 1 bilik sorang jadi aku cadangkan weols ikut sekali laa..kan. Oleh kerana dia kursus esok jadi weols kena booked bilik di hotel yang lain.  Jadi aku pun search kat Agoda dan dapat laa weols booked bilik kat Hallmark Crown di bandar Melaka dan berdekatan plak ngan Novotel yang hubby akan kursus di situ. Di Hallmark weols dapat RM133.00 semalam (1 Queen Bed dan 1 Single Bed) termasuk breakfast.  Pada aku kira murahlaa kan.. so grab aje laa harga tuh.. 

Sampai di Melaka kena laa weols guna Cik Waze.. iyelah bandar Melaka nie.. banyak yang jalan sehala.  Alhamdullillah dalam pukul 3 petang weols pun sampai laa kat hotel.  Check-in.. pas tuh plak dia orang upgrade weols punya bilik.. dapat laa Katil King ngan 1 Single Bed.. Bilik punya laa luas..hehe.. seronok laa jugak. 




Lepas berehat² weols keluar ke bandar melaka.. saje je jalan² pas tuh weols gi cari makan laa.. Dapat recomendation untuk pergi makan Asam Pedas kat kedai Asam Pedas Pokok Besar sebelah jer ngan Claypot Asam Pedas.

Asam Pedas ikan jenahak dengan set nasi dan kerang rebus

Bersarapan pagi di hotel 

Sebelum weols check in kat Novotel.. weols singgah dulu di Masjid Selat.  
Cantik masjid nie ditepi laut.  Hubby sempat solat Jumaat di sini..


Lepas solat weols terus ke Novotel untuk check-in plak.

So bilik yang hubby dapat 2 Single Bed dan weols tambah 
satu extra bed dan breakfast plak bawah umur 16 tahun percuma..


Bilik air dan toilatries..yang ada.. 


So weols aka berkampung di sini selama 3 hari 2 malam.. Jadi aku apa lagi layan baca novel laa.. kat dalam bilik.. sementara hubby gi kursus..


 Pagi sarapan di restoren hotel laa.. 



Hubby sambung lagi kursus sampai ke malam..


Sarapan hari ke 2 

Lepas sarapan weols posing di lobby..hotel.. 


Sebelum balik posing² lagi


Sebelum balik ke KL, weols gi singgah ke Klebang Coconut Shake.. punya laa ramai orang.. penuh..Nasib baik ada tempat duduk.. Weols just order air je laa.. sebab plan nak gi makan kat tempat lain..

Nyummy.. sedap.. 

Lepas tuh search waze weols ke Restoren Nasi Ayam Baba.. sedap jugak laa.. teruja orang dok citer pasal nasi ayam nie.. sambal dia lain sikit.. so terjah laa.. jugak..


Selesai makan weols pun teruskan perjalanan balik ke KL.. sebelum sampai umah singgah ke Dobi dulu..setel kain baju.. pas tuh balik laa ke rumah.. Alhamdullillah..selamat sampai...

Wednesday, October 12, 2016

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

Kejadian semalam 11 Oktober 2016 di IKEA Damansara
bersama ofismate..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss