Friday, October 16, 2009

♥♥ Jamuan Raya 2009 ♥♥

Hmm..dah lama jugak aku tak update citer tentang diri aku nie. Sebenarnya ada banyak citer... tapi.. tak tau cam na nak citer...hehehe.. Malas pun iye jugak.. Lagi pun aku sibuk dari minggu lepas lagik.

Aku telah dilantik menjadi AJK untuk menguruskan makanan bagi Jamuan Hari Raya untuk Jabatan aku. Iyelah last minit punya program.. Nak carik catering sana sini bukannya senang kalau tak de contact kan.

Kebetulan sebelum aku dilantik menjadi AJK nie, unit aku bercadang nak buat sendiri majlis hari raya kerana tiap² tahun memang kewajipan laa weols wat sambutan sendiri. Yang Jabatan pun buat jugak. So aku adalah laaa wat survey untuk cari caterer yg boleh supply makanan untuk majlis unit aku tuh. Bila aku dilantik jadi AJK makanan.. aku tak boleh laa lagik nak organise untuk majlis unit aku. Kiranya tahun ini tak de laa majlis hari raya kat unit aku.. abis.. orang kuatnya..(aku le sapa lagik) dah kena wat keje lebih besar ..so yg unit aku kena laa kansel.

Caterer yang aku dapat adalah Zarinah's Catering Sdn Bhd.. Not bad jugak laa..makanan yang dia org offer. Ada nasi beriani, ayam masak merah, dalca,nasi impit, masak lodeh, kuah kacang, laksa johor, air oren, buah²an, teh tarik. Harga sekepala RM11.90. So aku order untuk 200 orang makan.

Majlis Hari Raya tuh berlangsung hari ini. Majlisnya simple aje laa.. ada ucapan sikit dari TNC weols.. pas tuh baca doa.. Dah abis doaaa.. apa lagi.. makan laaa..



Persiapan yang dibuat sebelum majlis bermula


Antara kakitangan yang hadir


Antara makanan yang dihidangkan


TNC sedang memberi sedikit ucapan


Aku dan AJK .. Siti (baju biru) & Maziah (baju oren)




Molly, Aku, Cik Asura & Meli


Posing jap... sambil menikmati hidangan






KaK Salim, Kak Asmah.. & Aku...









Tuesday, October 13, 2009

♥♥ 10 Laluan Menujuk Ke Akhirat ♥♥

Untuk dikongsi dan renungan kita bersama...


10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat

Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:

Bagaimana memudahkannya?


LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya


Thursday, October 08, 2009

♥♥ Beraya ke Gombak plak..♥♥

Hmm..kita sambung lagi citer ekk...

Lepas beraya ke Keramat rumah Kak Yang, weols semua ke Gombak le pulak. Ke rumah Abg Uda..Weols sampai dalam pukul 7 lebih dekat² nak Maghrib gak laa..

Di rumah Abg Uda, isterinya Kak Saadiah hidangkan jugak menu yang sama. Nasi impit, masak lodeh, kuah kacang dan rendang daging. Hmm..nyummy sedapnya.. Kenyang perut aku..

Weols makan² sambil² tonton tayangan video yang diambil masa raya hari tuh. Iyelah Abg Uda tak balik masa raya tuh.. jadi dapat laa jugak dia..tgk video apa yang jadi masa hari raya..





Tengok laa makanan yang dihidangkan..hmmm..sedapnyaa..


Hubby ku bersama dengan Nabila..anak Yongnoina


Tengah ralit dok tengok tayangan video..




Wahh gelak sakan Kak Sadiah...

Wednesday, October 07, 2009

♥♥ Beraya ke Keramat ♥♥

Pada hari Sabtu, 26 September 2009, 7 Syawal aku sekeluarga pergi ke rumah Kak Yang. Itu pun setelah mendapat panggilan dari Angah ajak datang rumah dia orang.. katanya ada wat makan² sikit. Jadi lepas zohor weols pun pergi laa.. sebelum tuh singgah le kejap kat umah Kak Nyah ambik dia sekali. Nasib baik MRR2 tak berapa nak jem.. mungkin masa tuh orang belum ramai lagik balik ke KL.


Aku tengah khusyuk menhayati..makanan .. lagik pun masa tuh tgh lapor..


Adehss hubby aku kalau bergambar mesti..contro machonya..




Makanan yang sungguh enak...ada plak makaroni goreng ..Kak Nyah bawak..
Daun ketupat.. tu CD yang anyamm..cayalaaa CD..


Uiks CD apo terngago jer..mulut tuh.. hehehehe

Lepas..makan² kat ruma Kak Yang, weols ke Gombak plak.. nanti laa aku citer..next N3 yer...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss