Friday, October 23, 2009

♥♥ Beli Sim Kad ♥♥

Hari nie hubby aku cuti sebab ganti cuti dia keje masa konvokesyen UNIKL yang lalu. Jadi lepas sarapan pagi tadi dan lepas clock-in nama. Aku bagi tau member ofis aku yang aku nak ke CELCOM kejap. Tujuan asalnya nak downgradekan broadband RM98 ke RM68 yang hubby aku selalu guna. Sebabnya dia selalu guna modem aku yang RM68 tuh dan so far memuaskan hati. Yang modem RM98 tuh kdg2 slow jugak.. jadi wat pe gunakan..so lepas fikir weols downgrade aje laa.

Dalam pada tu, hubby sempat laa tanya pasal pakej family plan yg 5+1 tuh sebab ingat nak wat supplementary utk anak aku. Iyelah senang nanti kalau dia gi mana2 ada handpone senang nak contactkan. Oleh sebab hubby aku punya main line ada masalah sikit..jadi aku kena laa register nombor baru untuk jadi main line dan anak aku jadi supplementarynya.. so nanti bila call antara aku dan anak jadi percuma laa.. Setiap supplementary cuma bayar RM5 hengget jer...

Skrg nie aku sedang guna Maxis..jadi sayang pulak aku nak tukar ke CELCOM walaupun boleh maintain nombor lama tuh... tuh yang aku pikir register ler nombor baru. Dah register dapat laa 2 sim kad.. baru. 019-xxx8856 dan 013-xxx8856.. nombor terakhir tuh sama jer kan..



Thursday, October 22, 2009

♥♥ Doalah Kepada Orang Tua Kita ♥♥

Lagi ilmu yang nak dikongsi bersama...

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan

Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Insya Allah, selepas berdoa beberapa hari akan nampak rezeki datang menjelma, Aminn
Allahu Akbar !


Wednesday, October 21, 2009

♥♥ Mimpi Seorang Gadis ♥♥

Untuk Renungan Bersama.....

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya.. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"


Tuesday, October 20, 2009

♥♥ Makan dan Makan Lagi ♥♥

Hmm..sekejap aje kan dah abis bulan Syawal dan hari ini dah masuk bulan Zulkaedah. Aku nak citer lagik laa pasal makan² raya lagik. Hari Sabtu lepas 17 Oktober 2009, kat lorong umah aku nie ada jamuan hari raya. Memang kebiasaan laa tiap² tahun lorong kat umah aku nie akan buat kutipan dan buat majlis raya. Kira open house utk weols. Setiap umah akan dikutip RM25 hengget.

Pagi sabtu tuh..aku akan join laa kaum wanita untuk bantu potong² bawang, sayur laa sambil² berchit chatting. Iye laa taim nie laa dapat berkumpul dan beramah mesra antara jiran yang jarang kita bertemu muka kalau tak de majlis hari raya ini. Kaum lelaki plak akan memasang khemah.. susun meja dan biasa laa borak2 jugak antara mereka.

Oleh sebab dia orang nak masak petang, aku tak dapat laa nak turun bantu sebab petang tu aku sekeluarga ke rumah Kak Nyah kat Bandar Tun Razak.

Kat rumah Kak Nyah (kak iparku), kiranya langkah kanan ler aku.. sampai je kat umah dia.. Kak Yang dan Angah sekeluarga pun ada. Dia orang tengah makan..jadi weols pun join le sekali makan.. Makan nasi putih berlaukan masak asam pedas, pucuk paku goreng belacan, sayur kobis ngan udang, ikan goreng, sambal belacan dan sayur rebus bayam dan bendir.. Fullamak.sedap.. dan kenyanggg..


Di rumah Kak Nyah .. rilex lepas makan..
senyum simpul Razin..





Jiran² di rumah aku.. sedang seronok menikmati
makanan yang disediakan

Kak Yang dan Angah kata nak datang umah weols.. so weols pun balik ler dulu..heheh.. kemas umah mana2 yang patut laa.. Aku plak tak sempat nak prepare apa2 pun utk dia orang so on the way balik tuh singgah laa beli lemang 2 batang. Kat umah ada serunding daging dan udang kering. Dia orang sampai kat umah aku lebih kurang 6.50 petang. Hidangkan le apa yg ada tuh.. Lepas solat Maghrib..hubby aku oder Pizza untuk makan pada malam tuh. Wakil dari lorong umah aku ada laa datang ajak weols nie gi join majlis raya tuh.. tapi sebab Kak Yang dan Kak Nyah segan plak nak pegi..so aku pun tak de laa kuar cuma wakilkan hubby aku je.. apa orang kata tunjuk muka.. laa..kang kata tak nak join plak..kan. Kak Yang beransur pulang dalam pukul 10 malam.


Hubbyku bersama² teman² jiran...ku..
ikss hubby je tak tukar baju melayu..


Pizza Hutt.. hidangan makan utk weols malam tuh..
kenyang jugak beb..
ada baki bekalkan utk Kak Nyah bawa balik..


Pada hari Ahad plak aku dijemput oleh Kak Leha.. jiran depan umah aku nie ke rumah dia.. Dia ada wat makan² sikit. So aku pun ke sana..Dia masak nasi putih jer.. ada ulaman, sambal belacan, sambal tempoyak, kari daging, kerabu bilis.. Selain dari itu ada Kuey Teow Sup..hmm sedap jugak lain dari yang lain.. hehehe.. Ish asik makan je laa.. kan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss