Monday, October 05, 2009

♥♥ Mandi Manda ♥♥

Salam..

Aduhai..dah beberapa hari ini aku tak sempat nak update blog aku ini. Sebabnya aku bz nak siapkan kertas permohonan jawatan baru untuk tahun 2011. Pening pale aku nak fikir tuh yang tergendala nak update.. Tapi alhamdullillah siap juga cuma tinggal nak bagi boss aku semak aje..

Okey laa..nie aku nak citer pasal aku, Angah dan Kak Idah sekeluarga pergi mandi manda di Kolam Air Panas di Felda Sg Klah. Kiranya weols singgah sini on the way nak balik ke KL. Selama weols ulang alik ke Perak nie mmg tak pernah pun singgah. Kira ini 1st taim ler aku ke sini. Seronok jugak laa..

Ada dua tempat untuk mandi manda. Satu kolam air panas dan satu lagi kolam air sejuk. Mula2 tuh weols ke Kolam Air Panas. Ada satu kolam tuh kira besar jugak laa.. dan air tak le berapa panas dan boleh laa jugak berendam kat dalamnya. Kat bahagian kolam air panas tuh ada jugak kolam² yang kecik². Kolam kecik² ini kebanyakkannya airnya memang panas.. Kalau rasa badan tuh kuat cuma laa rendam kaki dalam kolam air tuh.. Aku pernah laa cuba rendam tapi tak laa lama.. tak tahan beb.. panassss... Ada sorang brother tuh, dia turun plan². Mula2 rendam kaki, pas tuh badan.. pas tuh dia benamkan diri dia dalam air panas..tuh.. Adalah dalam 5 minit kut dia rendamkan seluruh badan dia..dalam air panas tuh.. Iks aku cuma tahan rendam kaki seminit jer.. pas tuh tak tahan dah...

Dah puas kat kolam air panas... weols ke kolam air sejuk plak laa.. Dah anak aku sibuk ngajak ke situ.. Mandi manda laa weols sampai kul 4 petang.. Salin baju.. pas tuh balik laa.. Perjalanan balik singgah di Hentian Ulu Bernam untuk solat dan makan.. Mee Kari kat situ mmg sedap.. dan kuahnya pekat..Dan kenyang apa lagik.. teruskan perjalanan balik ke KL..

Di Kolam air panass...


Di Kolam air sejuk.. seronoknyaa anak aku




Air pancut dok hentam badan....


Di tempat air panas bertingkat


Sebelum mandi sempat makan burger dulu


Kolam tempat rebus telur..


Singgah di Ulu Bernam makan mee kari sedapppppp




Wednesday, September 30, 2009

♥♥ Sambutan Hari Jadi ♥♥

Pada hari raya ketiga.. tuh, weols buat sambutan Majlis Hari Jadi Apak (ayahmertuaku) dan Kak Idah (kak ipar ku) sekali. Hari lahir Apak jatuh pada 25 September 2009 dan hari lahir Kak Idah pada 15 September 2009. Jadi kita org wat sambutan tuk dua orang ini..

Kek telah dibeli oleh Hubby dan Kak Yang di Teluk Intan. Kek Tiramisu.. sedap gak laa kek ini..

Kek Hari Jadi..

Apak dan Kak Idah.. memotong kek hari jadi bersama


Apak membaca doa..


Dikelilingi oleh anak-anak, cucu-cucu dan cicit


Kak Yang, Kak Idah, Apak, hubbyku dan Abg Hadi..(suami Kak Idah)


Cucu dan cicit yang sama² meraikan majlis..hari jadi..


Weols sekluarga mendoakan Apak dan Kak Idah dimurahkan rezeki, dipanjang umur dan sihat sentiasa...

Tuesday, September 29, 2009

♥♥ Hari Raya Kedua ♥♥

Pada hari raya kedua.. sudah kemestian juga weols akan berkonvoi pulak ke Bota. Ada 3 kereta dan satu van.. Kereta aku, kereta Kak Yong, Kereta Angah dan juga van rusa Kak Sal dan Abg Yusuf (akak ipar ku yang duduk di Sg Petani, Kedah). Di sini weols akan melawat kubur arwah ibu mertuaku plak dan juga melawat bapa saudara hubbyku, Pak Cik Rahim. Sempat juga singgah ke rumah Kak Sumah, kakak sepupu hubbyku yang tinggal bersebelahan dengan rumah Pak Cik Rahim. Kebetulan plak berjumpa dengan Wanchu Ipoh, ibu saudara hubbyku jugak.


Aku, Kak Yang, Anis, Kak Sumah, Wanchu,
Hamizan, Haiqal dan hubbyku


Tiga Mak Dara Terdiva.. ahakss...


Beraya di rumah Kak Sumah

Setelah solat selesai solat jamak, weols menuju plak ke rumah ibubapa Ninie, besan Kak Yang di Batu Gajah, Perak. Ninie dan Zaid tak balik beraya tahun nie.. dia orang berdua beraya di UK.. Tengok kat blog Ninie.. dasat jugak sambutan dia orang berdua siap ada open house lagik.


Aku, Hubby dan Kak Yang di rumah Ninie


Kecoh bergambar.. weols suma nie..hehehe..
tgk tuh licin..weols makan..hehehe


Bergambar kenangan di depan rumah Ninie..






Dari rumah Ninie, weols plak ke Ipoh... ke rumah Wanchu. Kat sini weols makan Laksa le pulak.. dah sebelumnya makan Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang.. dan macam2 lagik.. kenyang sungguh hari itu.

Bertolak balik dari Ipoh..dalam pukul 8 malam dan sampai di Sg Lampam, rumah Kak Imah dalam pukul 9.30 malam. Dalam pada itu plak, Abg Ijai suami Kak Imah jamu weols semua dengan buah durian. Kebetulan masa ini durian tengah gugur banyak dan pekebun hantar kat Abg Ijai sebab Abg Ijai nie peraih durian. So kenyang le weols makan durian.

Makan Laksa di rumah Wanchu.. dan juga
makan² durian di rumah Kak Imah...sedappppp

Dah kenyang makan² durian... pack² angkat beg baju masuk keta.. sebab malam ini plak, weols akan tido kat umah kak ipar aku yang lagi satu.. Kak Idah...hehehe.. ramai kan akak aku kat perak ini sebenarnya ada dua orang akak ipar aku.. best jugak.. berpindah randah nie.. hehehe.. Sampai di rumah Kak Idah.. tgk² toto dan bantal telah dihampar kat ruang tamu.. so apa lagik.. masing² merebahkan badan ler.. weols semua..

Kiranya selesai.. beraya di kampung... sebab raya ke tiga weols tidak ke mana². Plan ingat nak balik tapi tak jadi.. plak.. sebab ada plan lain.. nanti aku sambung lagik.. yer... tunggguuu...!!!


Monday, September 28, 2009

♥♥ Hari Raya Pertama ♥♥





Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari Ahad, 20 September 2009. Seperti tahun² sebelumnya aku memang balik ke Perak untuk berhari raya. Tema kaler untuk raya tahun ini adalah Pepel Kaler..heheheheh. Tak de plan pun nak kaler pepel tapi sebab tgk baju yang ditempah ada plak kaler pepel..so carik laa baju melayu hubby dan anak aku kaler pepel..

Pagi raya..seperti biasa lepas orang lelaki balik dari sembahyang raya, weols bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Lepas itu bersiap-siap plak pack² baju terus sebab weols semua akan check out dari umah FIL dan akan bermalam pula di rumah Kak Imah.. (akak ipar ku). Lepas letak beg² semua, weols ke Bukit Pekan di Kampar untuk melawat kubur arwah abg sulung hubbyku dan juga arwah opah dan sedara mara hubbyku.

Lepas melawat ke kubur, weols gi plak ke rumah ibu saudara hubbyku (adik pada FIL) dan juga singgah di rumah saudara mara yang lain. Sakan gak laa jalan2 ke rumah sedara mara pada hari raya pertama.




Hubbyku dan ayahandanya..


Ayahandaku dan abangnya.. masing² berumur 84 dan 88 tahun
masih sihat walafiat..alhamdullillah




Aku sekeluarga bersama Kak Yang dan anaknya
Kak Yong sekeluarga dan Angah sekeluarga



Beraya di rumah sanak sedara..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss