Okey ini citer pasal sambutan raya kat lorong umah aku plak..
Macam aku citer sebelum nie.. pepagi.. aku dah join kaum ibu² untuk gotong royong menyediakan barang² untuk dimasak. Alhamdullillah laa.. ramai jugak yang datang membantu.. jadi kerja nak menyiapkannya pun jadi cepat. Lepas siapkan untuk jamuan raya.. sambil² tuh jugak siapkan juadah untuk makan tengahari jugak. Antara menu untuk makan tengahari antaranya.. masak lemak kobis, sambal sardin, telor goreng dadar, ikan masin, sambal belacan dengan ulaman kacang botol dan daun petai.. Khemah di pasang di hujang jalan..
Ini adalah suasana masa makan tenghari.. Masa ini aku dah masuk umah siap²
nak keluar tapi hubby aku sempat laa jamu selera
Ini laa kaum lelakinyaa..yang ada dilorong rumah weols..
Kaum wanita pun ambil kesempatan jugak nak bergambar beramai²
Sebelum menjamu selera.. ada bacaan yasin jugak.. untuk Kak Zaimah yang
tinggal di lorang weols nie.. Dia menghidapi kanser payudara..
dah pun menjalani operation tapi kansernya telah merebak ke
buah pinggang plak.. Kat lorong weols nie pun
ada jugak ada 2/3 buah rumah Cina..dia orang pun dijemput sama..
seronok betul dia orang dapat makan.
Antara menunya.. Nasi Tomato, Nasi Impit, Ayam Masak Merah,
Daging Masak Hitam, Kuah Kacang, Jelatah, Kuih Muih,
Buah²an, Air Sirap, Teh Tarik.
Hubby aku bersama kenalannyaa dari Belgium dan Eddy
jiran yang juga merupakan anak saudara Sham (suami Kak Yong)
Antara tetamu adalah orang² surau yang datang menjamu selera selepas membaca yassin
Ini adalah Abdullah Nouri berasal dari Belgium. Dia kenalan hubby aku di internat setelah diperkenalkan oleh kenalan dari Indonesia.. Sempat bermalam di rumah weols sebelum dia berangkat balik. Seronok dia datang ke Malaysia. Sebelum ini dia sempat singgah di Pattani, Thailand, Kota Baru, Kelantan sebab nak tengok cara² orang² Islam di negara² yang dilawatinya..