Pada hari Selasa malam dalam pukul 10.30 cam tuh, Makcik aku (alaa yang selalu aku sebut Wan Indok) tuh ler..dia kena muntah². Tak tau le napa..tiba² je.. katanya..
So malam tuh dalam pukul 10.30, Mak Cik aku talipon, katanya dah tak tahan sgt dah.. pala pun pening berputar² katanya. So aku pun kejutkan anak aku yang sedang lena diulit mimpi tuh untuk gi umah Mak Cik aku sebab kat situ ada Mak aku. Iyelah dah hubby aku outstation lagi.
Siap² pack baju sikit takut kena 'admitted' plak nanti kan. So kita orang cadang ke KPJ Kajang. Mula² tuh fikir nak ke PPUM tapi tau je laa hospital semi goverment nie.. lama bebenor kalau nak jumpa doktor, walaupun pergi terus ke A & E.
Sampai ke KPJ Kajang, Makcik aku tak boleh jalan. Nasib baik Pak Guard kat situ tolong ambik kan kerusi roda.. siap tolong tolak lagik ke A & E. Dah daftar masuk.. kena plak tunggu doktor ada laa dalam 1/2 jam jugak laa tunggu sebab kebetulan masa tuh ada 2/3 orang pesakit jugak.
Ni haa Makcik aku tengah nak tunggu doktor
Doktor datang dan cek Makcik aku. Dia diagnose mungkin sebab banyak asid dan angin dalam perut itu yang menyebabkan muntah². Jadi dia decide nak admit Makcik aku.. memang dah agak dah.. mesti kena admit punya.. sebab muka Makcik aku dah pucat..sangat.. kesian dia.Aku tanya laa sebab² nya napa boleh jadi gitu. So dia kata mungkin sebab makan benda masam², atau ambil byk vitamin C. Memang betul pun, Makcik aku cakap dia suka makan buah oren byk² tuh le sebabnya.. pas tuh plak suka ambik Vitamin C. Doktor advise laa suruh ambik Multi-Vitamin jer..
So sebelum naik ke wad, nurse tuh pasangkan 'drip' sebab dah tak de makan dan air dalam badankan. Sebelum tuh nurse tuh dah cucuk ubat ngan ambik darah sekali.
Biasalah hospital swasta nie kan sebelum naik ke wad kena bayar deposit dulu. Aku pun pergi laa kat tempat bayaran tuh.. Aduiyai.. kena bayar dalam RM1000 deposit.. beb.. tapi tak kisah laa kan Makcik aku punya duit.. Dah siap bayar, so kita orang pun naik laa ke wad. Tinggal laa Makcik aku kat situ. Aku balik dari hospital dan sampai di rumah lebih kurang pukul 2 pagi.
Nasib baik satu hari je. Hari Rabu semalam dia discharge. Lega katanya...























0 Pengomen Terdiva:
Post a Comment
Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..