Kisah Pak Ali
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api.
Pabila lalu kat kawasan tasik,
Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu.
Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas..
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik.
Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie
Pari Pari: Inikah isteri kau
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu
masa dulu telah menjadi tamak
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku katakan
'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee..
kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku
Kata `ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...".
Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".























kelakar, kelakar.. memang kelakar...
ReplyDeletewakaka..
Salam,
ReplyDeleteYg ini kudah baca blog salah sorang blogger... Kisah Pak Ali yg tamak... hehe
Iye ker Amirul.. tak pe laa..mungkin ada blogger yang lain belum baca lagik kan.. :)
ReplyDelete