
Petikan dari Berita Harian Online....
p/s :
KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.
Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.
“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.
llahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.
Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.
Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat. Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.
p/s :
Salam Takziah buat keluarga Din Beramboi.. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang² yang beriman...
Aku suka sangat dengan celoteh Abg Din.. selamba jerkk.. suka dengar masa dia jadi DJ kat THR dulu² dan skrg bersama dengan Aznil di Riuh Pagi ERA. Memang dia sorang yang kreatif dan sponton dengan lawak beliau.. Hilang laa sebutir lagi bintang dari persada seni.. negara..
Moga keluarga Abg Din Beramboi akan tabah menghadapi dugaan yang menimpa ini.. Al-Fatihah























Al-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...
ReplyDeleteAl Fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat..amin..
ReplyDeleteakak minat gila ngan arwah daripada dia kat THR lagi.sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.
ReplyDeleteperginya seorang pelawak negara..
ReplyDeletealfatihah
Al fatihah asal tngk muka arwah mesti sedey sgt..sukar di cari ganti
ReplyDeletepaling bess punyer lawak
AL-FATIHAH...
ReplyDeleteSEMOGA ROH ARWAH DICUCURI RAHMAT & DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN...
skrg ni pun masih menegok citer2 arwah kt youtube.. mmg x sangka kn sis, bergitu cpt arwah pergi..
ReplyDeleteal-fatihah tuk arwah.