Buku ini aku dah lama dah abis baca.. tapi tak sempat nak share kat sini.. lepas pada buku nie ada lagi yang aku dah selesaikan pun..nanti dalam next N3 plak yer.. Jalan cerita dia pun best.. nie ada sinopsis tentang novel ini...
NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.
Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?























salam ramadhan
ReplyDeletekak rinna suka baca novel yer..oooo bagus2 teruskan membaca ye
mesti banyak dah koleksi novel akak kan?? :)
ReplyDeletedh lama x beli novel..sbb 10 novel sediaada masih belum dibaca..hahaha..
ReplyDeletebess pulak citer ni hehe
ReplyDeletemcm besh je citer nie,
ReplyDeletenak kena pi carik satu,
huhuhuhu...
x bole larik dr membaca novel:)
akak minat bc novel ekkk...
ReplyDeleteAngah/Hajar ~ mmg akak minat baca novel.. kira dah lama akak tinggalkan..nie baru aktif balik.. membaca..bukan apa kalau tak de apa nak buat..kalau tv tak de citer best layan novel ler.. :)
ReplyDeleteWanie/Posh ~ mmg best citer.. nie
MDT ~ tak de laa byk sgt koleksi.. ada laa sikit.. kalau dah byk nanti nak kena jual laa tuh..kang bersawang plak..
Dee ~ amboi sampai 10 ekk novel.. ish.. byk tuh.. napa di beli kalau tak baaca..sayang laa..
salam rinna..akak pun minat baca novel..terutama cinta cintun..
ReplyDeletetapi jarang beli...pinjam kat library ajer..selamat bersahur
mcm best je jalan citer novel dia..hehe.
ReplyDeletedh lama tak gi kedai buku..hoho
kita belum baca yg ni rasenye...
ReplyDelete