Kredit : MStar Online
PETALING JAYA: Pelakon Sabrina Ali, 31, mengesahkan sudah berumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada awal tahun ini. Sabrina yang dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung pernikahan tersebut.
"Dah nikah awal tahun 2011 ni," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan kepada mStar Online. Sumber memberitahu Sabrina bernikah dengan Syed Amirul Syed Ahmad berusia 29 tahun dalam satu majlis tertutup.
Bagaimanapun tidak diketahui mengapa dia enggan menghebahkan pernikahan berkenaan. Sebaliknya kata Sabrina, dia tidak bersedia untuk mengulas mengenai desas-desus yang diperkatakan. Sementara itu sumber turut memberitahu pelakon Khurafat tersebut sudah mengandung dua bulan.
Dalam sebuah sesi fotografi bersama Mingguan mStar beberapa bulan lalu, Sabrina pernah memberitahu sedang bercinta dengan jejaka yang berasal dari Raub Pahang. Malah dia turut menyatakan kesediaannya untuk berkahwin tahun ini.
“Saya mengenalinya pada satu majlis hari jadi kakak angkat saya dan setakat ini, kami serasi bersama. Dia juga menerima anak saya, Ariyana, seadanya,” ujar Sabrina dalam pertemuan itu tidak lama dulu. Sebelum ini, Sabrina Ali pernah mendirikan rumah tangga dengan Shahrin Mohd Abdul Halim pada Mei, 2006 dan berpisah pada pertengahan 2010.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ariyana.
P/s : Alahaii..dah mengandung baru nak declare dah bernikah.. dulu bila ditanya wartawan masih kawan². Benda baik gini pun nak sorok plak ker.. Mungkin baru jadi janda dah nikah baru tuh yang malu nak declare agaknya.
























Takut jatuh saham kot..tapi kalau dah bersuami...nak takut apa kan? x faham betul dunia artis ni
ReplyDeletekalu betul, tahniah dan selamat pengantin baru...
ReplyDeletewah hensem jugak suami dia..sepadan lah diorang
ReplyDeletemuda nampak lakinya :)
ReplyDeletetahniah... semoga kekal
ReplyDeleteharapnya kekal...
ReplyDeleteorg cantik... jap jer dapt jodoh. hehehe
ReplyDeleteadoii bila baca mcm nie .. sakit ati pun ada kan rinna .. dah lah mcm adik dan kakak .. ( huhuh ada nada jeles sebenarnya ekkke )
ReplyDelete.. dah ngandung baru nak ngaku .. ermmm standard lah tuu kan .. kang kalau ngandung x der somi susah pulak huhuhu
dunia2 ...
ish ish...sonok jadi artis ni kan...baru cerai dah kena sambar jejaka lain...jodoh ye...
ReplyDeletesemoga jodoh yg ni berkekalan laa hendaknya.
ReplyDeleteok la tuh dah nikah..saya pun nak nikah gak lar..ekekeke!
ReplyDeletekebiasaan macam tueee laaaa
ReplyDelete