Tengahari tadi aku dan beberapa staf di Jabatan
menghadiri majlis perpisahan untuk
En. Agos, Jurutera Awam dari
Bahagian Pembangunan Projek. Dia laa juga
yang bersama-sama dengan Jurutera yang
lain bertanggungjawab menyiapkan
Bangunan Canseleri yang baru.
Dia akan bertukar ke Cameron Highland
kalau tak silap laa...
Majlis makan ini di adakan di Bilik Wau,
Rumah Universiti dan setiap sorang
dikenakan RM25.00 (termasuk hadiah)
Aku mendoakan moga En. Agos
terus maju jaya di dalam
kerjaya di tempat yang baru..
Cenderamata untuk En. Agos
Pengarah menyampaikan cenderamata
Makanan yang dihidangkan ada Nasi Putih, Rendang Ayam,
Daging Lomak Cili Api Kentang,
Sayur Kailan, Sayur Kobis, Ikan Tengiri Goreng,
Udang Goreng Berempah,
Udang Goreng Berempah,
Sambal Belacan, Ulaman,Kopi & Teh,
Pengat Pisang.
Pengat Pisang.
Laksa Johor.. sedap jugak..
En. Agos memotong Kek Black Forest dari Bakers Cottage
Sempat posing lagik
Bersama² teman²























wajah en.agus ceria je disamping kek black forest terbaek tu dari bakers cottage , garenti sodap.
ReplyDeletesis rina.. terliur negok laksa johor.. sedap nmpk.
ReplyDeletebestnya hadiah dia tu..
ReplyDeletesemoga en agos suke suasana di tmpt baru dan selamat berjaya
ReplyDeletewaaa sedap2 menu nie .. masakan kg tu rinna :)