Tengok pada tajuk dan cover buku cam tak menarik kan..
tapi sebenarnya jalan citer novel ini best giler..
Cerita yang kelakar, romantis..gitu.. Kalau uols baca..
akan tersenyum² jer.
Penulis E-Man Sufi ada blog utk novel ini. Kalau
uols nak baca ada juga diletakkan..tapi rasanya tak complete
satu buku. Biasa laa kalau nak tau lebih lanjut kena
laa beli novelnya kan..
Sila klik SINI
Pada peminat novel sila dapatkan di pasaran..yer..
Aku beri 5/5 bintang
Sinopsis :
"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."
Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu
Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!
Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?























aduhai...tak pernah 'ada masa' nak baca novel kak...apatah lg membeli..hihi..tak serajin akak =)
ReplyDeletesejak sekolah memang tak minat baca novel. cuma rajin dok baca buku pelajran or buku ilmiah jer.
ReplyDeletekalau baca novel ni, kejap je ngantok. Novel kan tebal gitu. rasa mcm tak mampu le nak habiskan membaca. ngeee...
selalunya org yg suka baca novel ni hati mulus gitu
Kakcik pun dalam misi nak mencari dan membeli satu dua novel baru. Nanti kakcik terjah sama novel itu. :)
ReplyDeleteboleh al jenguk2 blog dia nanti.. :)
ReplyDeletesaya tumpang baca jer dalam blog penulis...
ReplyDeletesaya tumpang baca jer dalam blog penulis...
ReplyDeletesejujurnya mmg tak mengemari membaca Novel..brgkali belum bertemu jodoh satu cerita dlm bentuk Novel yg buat kan..Ah mau baca dan baca lagi....apa pun nampak menarik cerita ni...
ReplyDeletemacam best je, nak try usha la
ReplyDeleteMembaca novel salah satu cara utk melepaskan stress kan? akak pun suka baca novel...
ReplyDeletesyoknye kak...bile laa lieya nak start bace novel balik ni kak....beli majalah pun tersadai nak bace nak abis kan satu page pun payah huhuhuhu......kalah ngan godaan dayyan ajak mengempeng heheeheheh
ReplyDeleteslm perkenalan...
ReplyDeletesinggah sini n follow rina...
smemangnya novel ni termasuk dlm list yg bakal dibeli...hihihii
x sabar nak grab
klu bli sempat baca ke x..ke baca x mo stop2 ;)
ReplyDeletebagus la baca novel, sya selalu je tak sempat...huhu, malas sebenarnya ;)
ReplyDeletemasa mmg tak cukup nak
ReplyDeletebaca novel..hehe
agak2nya sure akan di dramakan tak rinna .. ;)
ReplyDeletealamak bab baca novel ni saya fail ni
ReplyDeletesuka baca sinopsis tp nak baca satu buku...kirim salam...mmg tak habis2
ReplyDeletedela dh laa tgglkan dunia novel.... pyakit M teruk sgt... bila la nk mulakan.. :(
ReplyDeletebest eh..alahai..dee skrg takde masa..kalau tak dh beli sis..hehehe..
ReplyDelete