Ini adalah novel ke 3 yang aku baca selepas LYMA..
Jom layan sinopsis...
Kredit : 4/5 bintang
Sinopsis.. :
Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.
SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?

AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?
Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.
Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?

hehehe.. betul ke ada lelaki yg turut je pilihan keluarga.
ReplyDeleteTak de ke, wanita taste sendiri? bapak kata ok, ok je.. bapak kata cantik, cantik je..
wah..rajin betul sis baca buku ye..
ReplyDeleterajin betul sis baca novel :)
ReplyDeleteaah rinna nie rajin baca novel ..
ReplyDeletedah minat kan ;)
rajinnya sis..kalau bc novel nie mmg mengasyikkan..dulu suka gk wt koleksi..:-)
ReplyDeleteTengah suka nak baca.. rajin ler.. esok2..tak tau le lagik samada minat ke tidak.. Lagi pun dah beli masa ke PBKL hari tuh..so layan je laa.. :)
ReplyDeletesis ada ke book fair baru2 ni?
ReplyDeleteFatin ~ Iye minggu lepas dari 27 - 6 Mei di PWTC .. tu yg beli novel kat situ.. :)
ReplyDeletenovel mcm tu lah..klu dah baca x ley benti..syabas kak
ReplyDeleteseronok nye ada novel baru...:)
ReplyDeletemmng seronok sbnrnya layan novel...selagi tak habis, selagi tulah mngadap...
ReplyDeletedah lama tak baca novel...nak pinjam... hehehehe
ReplyDeleteRajin lah kamu ni sis baca novel...Saya ni cepat boring lah Rinna..baca sikit seminggu pas tu baru sambung balik...kdg pangkal tak ingat dah....kene selak semula...
ReplyDeleteAgak tak berapa minat citer camni.. Hahaha.. Tapi citer camni kalo buat drama selalunya mesti dilayan..
ReplyDelete